31. Pujukan Jibrail.
TIGA hari Yasmeen tidak keluar dan hanya duduk di rumah Yazir menjaga anak-anak saudaranya. Malas hendak keluar dan malas hendak melihat wajah Jibrail, gadis itu masih merajuk.
"Auntie Yas!" Yasmeen yang sedang sibuk menonton television segera memalingkan kepala memandang ke arah Qhayra yang berlari terkedek-kedek mendekatinya.
"Uncle Jibrail ada dekat luar! Cari auntie." Terangkat kening Yasmeen saat mendengar kenyataan tersebut dari Qhayra, bebola mata bergerak melihat ke arah luar rumah.
"Buat apa cari auntie?" Soal Yasmeen dan masih tidak bergerak dari tempat duduknya. Qhayra segera menarik lengan ibu saudaranya itu untuk bangkit sebelum berlari anak menuju ke luar rumah.
"Ish Qhayra. Jangan tarik-tarik auntie lah." Tegur Yasmeen namun Qhayra tidak mengambil kisah dan masih menarik lengan gadis itu.
Yasmeen menyarungkan selipar sebelum berjalan mengikut Qhayra menuju ke arah taman tepi rumah banglo tersebut.
Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian biasa iaitu dengan berbaju t-shirt hitam bersama seluar slack kelabu sedang berbual dengan Qhilaf.
Qhayra melepaskan tangan Yasmeen sebelum belari laju menuju ke arah lelaki tersebut.
"Uncle!" Jibrail mengangkat kepala melihat Qhayra yang sedang berlari menuju ke arahnya bersama Yasmeen. Senyuman diberikan kepada Qhayra saat anak gadis Yazir itu memeluknya.
Yasmeen hanya membisu, kaki melangkah lambat-lambat menuju ke arah Jibrail. Wajah gadis itu tidak seceria selalu, mendung tidak gembira dengan kehadiran Jibrail.
"Kenapa datang sini?" Yasmeen menyoal sambil melabuhkan punggung di atas kerusi kayu bersebelahan dengan Jibrail.
Lelaki itu senyap buat beberapa minit, tubuh kecil Qhayra diangkat dengan mudah sebelum diletakkan di atas riba kanannya manakala di riba kirinya sudah ada Qhilaf.
"Saya bawa makanan untuk Cik Alana." Balas Jibrail selepas beberapa minit menyepi. Yasmeen mengangguk perlahan dan masih tidak memandang ke arah Jibrail, jarak kedudukan mereka juga agak jauh.
Jibrail melihat sisi wajah Yasmeen, plastik makanan yang dibelinya tadi diletakkan di sebelah Yasmeen.
Gadis itu akhirnya memalingkan kepala memandang ke arah Jibrail namun lekas-lekas Yasmeen mengalihkan bebola matanya ke arah lain.
"Saya tak tahu Cik Alana nak makan apa, jadi saya beli ini saja." Yasmeen melihat plastik yang tertulis Sushi King, senyuman manis terus terukir lebar saat melihat apa yang dibawa oleh Jibrail.
Lelaki itu hanya memerhati Yasmeen yang sudahpun mengambil plastik makanan tersebut, senyuman nipis terbit tanpa ditahan. Suka melihat cara Yasmeen.
"Wow!" Yasmeen mengeluarkan dua bekas makanan, bekas besar terisi dengan Sushi ball haru box manakala bekas sederhana terisi dengan Hanami bento chicken.
"Qhay pun nak juga!" Qhayra yang berada di atas riba Jibrail segera mendekati Yasmeen. Qhilaf hanya diam dan menghabiskan aiskrim cawannya yang tinggal sedikit.
YOU ARE READING
Milik Jibrail
Storie d'amore[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love so...