-Bab 19

51.4K 3.5K 111
                                    

19. Thailand.

KELOPAK dicelikkan dengan perlahan apabila sistem pendengarannya diterjah oleh suara perempuan menyanyi perlahan dan lembut merdu sahaja.

Kabur mata menyebabkan Jibrail mengerlipkan kelopak mata buat beberapa kali sebelum kembali memandang ke arah sebelahnya itu.

Kelihatan seorang gadis yang lengkap memakai pakaian tradisional perempuan Thailand, ruean ton bewarna merah hati.

Gadis itu mungkin tidak perasan akan dirinya yang sudah pun sedar sepenuhnya. Jibrail meraba perlahan bahunya yang elok berbalut dengan kain putih bersih, Kasem membantu merawat luka di bahunya semalam.

Kelopak mata dipejamkan rapat buat beberapa minit sebelum lelaki itu kembali mencelikkan kelopak matanya, tubuh sasa dibangkitkan dengan perlahan daripada berbaring di atas kerusi panjang beralaskan kain nipis.

"Bahagia Cik Alana." Tersentak Yasmeen apabila suara serak basah milik Jibrail tiba-tiba sahaja menusuk masuk ke dalam sistem pendengarannya. Lekas-lekas gadis itu berpaling melihat ke arah Jibrail.

"Eh bila you sedar? Bahu you sakit lagi ke?" Soal Yasmeen sambil mendekati Jibrail. Gadis itu melabuhkan punggung di hadapan Jibrail sebelum memandang ke arah bahu lelaki tersebut.

"Tadi. Tak." Jibrail membalas acuh tak acuh tanpa memandang langsung wajah jelita Yasmeen. Lelaki itu meraup rambutnya kebelakang.

"Oh ni. Kh-khao tom kot ah apa-apa je lah. Ni makanan yang mek Raylai buatkan tadi. Sejuk dah sikit." Ujar Yasmeen sambil mengambil semangkuk bubur nasi ala Thai dengan isi ayam sebelum diletakkan di atas kerusi di hadapan Jibrail.

"Makanlah. Dari semalam you tak makan." Lembut sahaja nada suara Yasmeen mengetuk gegendang telinga Jibrail. Lelaki itu membisu namun mengambil mangkuk makanan tersebut menyebabkan Yasmeen mencebik.

Yasmeen tersenyum melihat Jibrail yang sedang asyik menyuap makanan ke dalam mulut. Secawan air masak turut diletakkan di atas kerusi di hadapan lelaki itu.

"Raylai!" Yasmeen dan Jibrail serentak memalingkan kepala apabila Kasem tiba-tiba sahaja masuk ke dalam rumah dan mencari isterinya.

"Mek Raylai tengah mandi." Beritahu Yasmeen kepada Kasem, lelaki itu memandang wajah gadis tersebut sebelum tersenyum nipis.

"Jibrail sudah bangun. Bolehlah kalian ke pekan petang nanti. Tapi hati-hati, takut mereka ada di sini mencari kalian." Ujar Kasem sambil duduk di kerusi yang berada agak jauh dari Yasmeen dan Jibrail.

"Sungai golok dengan kampung ni jauh sangat ke?" Soal Yasmeen sambil memandang wajah Kasem, lelaki yang agak berusia itu menganggukkan kepalanya.

"Jauh. Tapi kalau kalian pergi dengan anak-anak muda yang mahu ke sungai sana kalian boleh tumpang mereka saja. Tapi selalunya hujung bulan." Kasem menjawab menyebabkan Yasmeen hanya mengerdipkan kelopak mata.

Jibrail mendiamkan diri, mangkuk yang sudah kosong diletakkan di atas meja sebelum air masak di ambil dan diteguk perlahan.

"Jibrail, jangan terlalu lasak. Kamu belum sihat." Kini mata Kasem beralih memandang wajah tampan Jibrail.

"Terima kasih sebab sudi tumpangkan kitorang." Yasmeen bersuara tatkala Jibrail hanya membisu tidak membalas langsung, gadis itu mengerling sekilas wajah lelaki tersebut. Senyuman diberikan kepada Kasem.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now