16. Rusuhan.
HAMPIR tiga jam Yasmeen dan Jibrail berada di butik, gadis itu akhirnya terduduk lelah di sofa apabila siap menyusun pakaian untuk dijualnya minggu depan. Semua pakaian hasil rekaannya sendiri.
Jibrail hanya berdiri, tidak penat dan perkara itu seperti hal ringan buat dirinya. Botol air yang berada di atas meja di capai sebelum Jibrail duduk berhadapan dengan Yasmeen.
Air mineral diteguk perlahan sambil mata Jibrail melihat wajah penat Yasmeen. Gadis itu sedang bersandar dan memejam rapat kelopak mata.
"Penatnya lah." Omel Yasmeen perlahan, Jibrail hanya mendiamkan diri. Bukannya berlari hanya mengemas sahaja itupun menyangkut baju di tempat sesuai dengan jenis baju.
Jibrail menggelengkan kepala melihat telatah Yasmeen, nampak sangat gadis itu jenis tidak lasak dan tidak tahan bekerja lama.
"Jibrail hulurkan air dekat I." Ujar Yasmeen tanpa mencelikkan kelopak matanya, Jibrail mengambil sebotol air mineral lain yang masih belum diminum dan penutup dibuka sebelum diberikan kepada Yasmeen.
Gadis itu dengan perlahan meneguk air melepasi kerongkongnya. Senyuman nipis diukirkan apabila terasa penatnya sudah beransur hilang.
Yasmeen kembali mencelikkan kelopak mata dengan luas, pakaian yang sudah siap digantung di pandangnya.
Jibrail tidak melihat ke arah lain dan hanya melihat ke arah Yasmeen yang ralit melihat baju.
"Jom. Balik. I penat dah." Yasmeen memandang Jibrail menyebabkan mata mereka bertembung dan merenung sesama sendiri sebelum Yasmeen bertindak memalingkan kepala ke arah lain sebelum berdehem perlahan.
Jibrail masih memandang sisi wajah Yasmeen, tidak mengalihkan perhatiannya langsung.
"Em kenapa Jibrail?" Soal Yasmeen apabila perasan akan renungan Jibrail pada wajahnya.
Gadis itu kembali memandang wajah lelaki tersebut meminta jawapan mengapa Jibrail melihatnya seperti itu.
Jibrail diam tidak membalas, beberapa minit keadaan di antara mereka sepi sebelum Jibrail bertindak bangkit dari duduk dan terus berjalan menuju ke arah pintu utama butik.
Mata Yasmeen terkedip-kedip buat beberapa kali, dada diusap perlahan bagi menenangkan jantungnya yang bagaikan hendak meletup kerana berdegup laju.
"Kalau hari hari macam ni, mati." Omel Yasmeen perlahan, laju saja gadis itu bangkit sebelum turut keluar dari butik miliknya.
Kelihatan Jibrail sudahpun berdiri di hadapan kereta menunggu dirinya.
Yasmeen membelakangi Jibrail apabila mahu menutup butik namun lelaki itu terlebih dahulu membantunya. Belakang tubuh tegap Jibrail diperhati penuh teliti oleh Yasmeen.
Merah wajah gadis itu apabila memikirkan Jibrail yang sentiasa membantu dan melindunginya di mana saja dia berada.
"Okey jom." Ujar Yasmeen setelah Jibrail sudah siap menutup sepenuhnya butik tersebut. Laju gadis itu memalingkan tubuh dan berjalan mendekati kereta.
Baru sahaja Yasmeen hendak membuka pintu kereta namun Jibrail lebih cekap membuka pintu tersebut buat Yasmeen.
Terkaku buat beberapa detik di situ sebelum Yasmeen terus masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
Milik Jibrail
Romance[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love so...