35. Lafaz Jibrail.
HANYA tiga bulan mereka mengikat tali pertunangan dan hari ini Yasmeen dan Jibrail sudah siap bersedia untuk melangkah ke langkah yang seterusnya.
Yasmeen tersenyum manis melihat dirinya yang sudahpun lengkap dengan berbaju pengantin di dalam cermin bilik. Wajah yang dihiasi solekan nipis makin menaikkan seri wajahnya.
Apa yang dia inginkan selama ini akan menjadi kenyataan. Lelaki yang dia suka, membalas kembali perasaannya.
"Cantiknya adik ipar akak ni." Nadia yang baru sahaja masuk ke dalam bilik terus menegur Yasmeen, gadis itu tersenyum manis sambil berpaling memandang ke arah kakak iparnya.
"Pengantin lelaki dah sampai. Jom." Kenyataan dari Nadia tiba-tiba sahaja menyebabkan Yasmeen gugup. Rasa nervous mula menguasai dirinya.
"Jangan nervous. Hari ni hari Yasmeen dengan Jibrail." Pujuk Nadia saat melihat Yasmeen seakan cemas. Gadis itu menghela nafas perlahan, mata dipejamkan rapat buat beberapa detik.
"Okey I dah confident balik. Jom." Tersenyum Nadia melihat telatah Yasmeen, tangannya menggenggam tangan kecil bakal pengantin itu.
Senyuman manis terukir elok pada wajah Yasmeen saat kaki melangkah perlahan menuruni anak tangga bersama Nadia. Rasa cemas ditahan sebaik mungkin apabila melihat ramai orang sedang menunggunya di bawah.
Jibrail yang duduk di hadapan tok kadi dan Datuk Azlan memandang Yasmeen yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Senyuman nipis terukir elok pada wajahnya saat melihat gadis yang bakal menjadi isterinya itu.
"Pengantin dah turun. Boleh mulakan dah ni." Tok kadi yang berada di hadapan Jibrail mula bersuara apabila Yasmeen sudah siap duduk di sebelah Puan Zariah tidak jauh dari Jibrail.
Hanya sekali lafaz sahaja, Yasmeen Alana binti Azlan telah sah menjadi isteri kepada Mohd Zeyad Jibrail bin Imran.
Yasmeen menunduk sambil menadah tangan mengaminkan doa yang sedang dibaca. Senyuman manis tidak pernah hilang dari wajahnya saat mendengar suara serak basah milik Jibrail lancar sahaja melafazkan akad nikah tersebut.
"Boleh batalkan air sembahyang dah ni." Ujar salah seorang lelaki yang berperanan menjadi saksi, Jibrail bangkit sebelum mendekati Yasmeen yang sedang menunggu di belakang.
Puan Zariah menepuk lembut sisi lengan Yasmeen bagi menyedarkan gadis itu bahawa Jibrail sedang menuju ke arah mereka. Yasmeen segera mengangkat kepala bagi melihat hadapan.
Terkedip-kedip mata cantik gadis itu saat Jibrail duduk di hadapannya. Puan Zariah memberikan kotak kecil bewarna merah yang terisi dengan sebentuk cincin pernikahan Yasmeen dan Jibrail.
Jibrail mengambil cincin milik Yasmeen yang lengkap dengan batu pertama bewarna putih bersih sebelum disarungkan pada jari manis isterinya.
Yasmeen melakukan hal yang sama kepada Jibrail, cincin milik Jibrail yang hanya dilengkapi dengan batu pertama sangat kecil di ambil dan disarungkan pada jari manis lelaki tersebut.
Anak mata Yasmeen bertembung dengan anak mata Jibrail saat lelaki itu memegang lembut dagu runcingnya. Jibrail memberikan kucupan hangat di dahi Yasmeen. Gadis itu memejamkan kelopak mata sambil menggigit bibir bawah bagi menahan senyum.
YOU ARE READING
Milik Jibrail
Romance[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love so...