-Bab 25

54.3K 3.5K 269
                                    

25. Andai takdir mereka.

KELOPAK mata dipejam rapat, genggaman tangannya pada gelas kaca yang masih dipenuhi dengan air semakin erat menyebabkan gelas tersebut pecah berderai.

Darah yang keluar laju dari tempat luka di telapak tangan menitik mengotori lantai marmar. Senyuman sinis terukir elok pada wajahnya.

"Inspektor Jibrail..." mata yang tadinya terpejam kini sudah tercelik luas, renungannya tajam setajam pisau yang baru diasah.

"Pandai kau main sorok-sorok dengan aku selama ni." Rahang tajamnya gemeletuk kuat bersama tangan yang dikepal kencang.

Berita mengenai tempat utama dia menyimpan dadah miliknya telah dirampas oleh pihak Polis sudah menyebabkan dirinya naik hantu dan hanpir gila.

"Aku anggap ini adalah salam perkenalan kau. Dua-dua kau berjaya hentikan aku. Yasmeen, dadah aku." Ujarnya tenang walaupun hatinya panas bergelora mengenangkan inspektor muda yang menumpaskan hampir segala kerja kotornya selama ini.

JIBRAIL bergegas ke ward yang menempatkan seorang banduan yang mahu membunuh diri namun sempat diselamatkan oleh beberapa orang anggota polis yang menjaga penjara.

Ketat wajahnya, renungan tajam bagaikan pisau yang dapat menusuk sekali tekan sahaja pada tubuh manusia. Tangan dikepal kuat.

Pintu ward ditolak kasar dari luar menyebabkan Haikal dan beberapa orang anggota polis terus berpaling melihat empunya yang bertindak sedemikian.

"Selamat pagi inspektor Jibrail." Sapa dua orang anggota tersebut sebelum meminta diri untuk keluar dari ruangan itu meninggalakan Jibrail bersama Haikal.

"Ini je yang terselamat. Yang lain semua mati." Ujar Haikal sambil melihat wajah tegang Jibrail. Lelaki itu mengetap kuat gigi menahan rasa geram dan marahnya.

"Motif diorang buat semua ni aku tak pasti. Makamah belum jatuhkan hukuman lagi disebabkan kau suruh tangguhkan buat sementara. Kalau dah jadi macam ni, memang batal teruslah." Jibrail membisu, wajah seorang lelaki berambut merah yang pernah dijumpainya dahulu.

"Dia dalam keadaan koma. Entah bila baru boleh sedar semula. Kau sebenarnya kenapa nak tangguhkan perbicaraan tu? Kau dengan UTK dah tumpaskan diorang, jadi done lah." Haikal melabuhkan punggung di atas kerusi yang sememangnya tersedia di sebelah katil.

"Ketua diorang belum dapat." Berkerut dahi Haikal apabila mendengar kenyataan yang diberikan oleh Jibrail. Pelik.

"Ketua? Bukan budak tu yang ketua dia?" Haikal menyoal sambil melihat lelaki yang sedang terlantar tidak sedarkan diri di atas katil. Jibrail tersengih sinis.

"Dia mengaku dia ketua?" Anggukan kepala dari Haikal menyebabkan Jibrail tertawa halus. Berkerut dahi lelaki itu apabila melihat reaksi dari Jibrail.

"Setia betul kau dekat orang macam tu." Ujar Jibrail, pipi lelaki tersebut ditepuk berkali-kali. Haikal hanya membisu.

"Pastikan dia hidup. Bila dia dah sedarkan diri, bagitahu aku." Haikal belum sempat hendak menyoal lebih apabila Jibrail terlebih dahulu keluar dari ward tersebut.

YASMEEN mendekati iPhone nya yang berada di atas katil, rambut yang masih lembab dikesat kering. Senyuman manis diukirkan pada wajah jelitanya.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now