💧19:hidup?💧

234 8 0
                                    

Pov Ali

"ha ha tak guna kau kejar dia" aku sudah tak kuat lagi untuk bertarung dengan rabit tapi.

Asal kan Hani dengan yang lain dah pergi jauh itu dah cukup untuk kurang kan aku rasa risau pada dorang.

Aku melihat tapak tangan aku yang sudah penuh kesan darah dan luka dari pertarungan aku tadi sambil tersenyum lega ye andai aku mati taklah rasa serba salah aku ni hantui aku lagi.

"dah macam ni kau masih berlagak ye? Kalau nak mati cepat!  Mari aku jadi malaikat maut kau!! " kata rabit sambil berlari ke arah aku

Ye aku memang nak tapi aku tak boleh lakukan sendiri, aku cuba elak dari ditikam dan aku berjaya dari pedang itu tapi seperti nya takdir tidak menyebelahi aku kali ini.

Tanpa aku sangka serangan mengejut dari Rabit, Aku tidak sempat elak dari tendangan Rabit yang laju dan membuat aku terbaring dengan  tanpa ragu  Rabit menikam aku dengan pantas.

Cak!

"Ugh!  Uhuk" aku dapat rasa pedang milik Rabit yang sudah tembus perut aku.

Itu membuat aku muntahkan darah dengan banyak aku tak larat lagi mata aku mula kabur dan samar-samar.

"HAHAHAH tidur lah dengan nyenyak ye encik super ejen MATA~ kirim hai aku kat nurul ye?" aku masih boleh dengar kata-kata Rabit sebelum dia cabut pedang dari aku dengan kasar.

Aku melirit melihat Rabit dan seorang lagi anak buah dia sudah pergi meninggalkan aku seorang diri dengan itu Rabit sudah berjaya tewaskan aku, aku melihat ke langit sambil tersenyum .

"ini k-e..a-pa mama dan rul r-asa?? Haha maafkan abg hani..  Maafkan aku ya allah..." aku pejam kan mata aku

End pov Ali

Pov Author

Di sebuah rumah

Ali mula membuka matanya dan apa pertama dia lihat ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang sedang tenung ali dari tadi

"EH?!  UGHH! " ali perut nya yang tempoh hari ditikam oleh Rabit sepeti luka nya mula terbuka.

"Papa! Abang ni dia berdarah! " kata budak lelaki itu dengan takut melihat luka Ali mula berdarah.

Datang seorang lelaki hampiri katil Ali dan belai rambut budak lelaki tadi merupakan anak lelakinya.

"tak pe papa tolong abang ni ye?  Pergi kat mommy kamu ok? Hazim " kata lelaki itu dengan lembut

Hazim mengangguk kepala dan segera meninggalkan ayah dengan Ali, Ali yang menahan sakit melihat lelaki didepannya dan hanya tersenyum sayu.

"apa khabar ejen ridzwan.... "

Lelaki didepan Ali sekarang ialah bekas Ejen MATA ketika dahulu iaitu ridzwan.

Ridzwan membuka pembalut pada badan Ali dan menyembur satu spring dengan sekejap luka itu tertutup semula.

"hmm rehat lah dulu luka kau tu dalam" kata Ridzwan

Ali tidak melawan dan hanya ikut apa dikata oleh ridzwan, ali pun baring semula dan melihat sekeliling bilik itu.

"kenapa saya kat sini? Bukan ke patut saya dah mati?"

Ridzwan duduk disofa untuk seorang sahaja dan silang kaki, melihat Ali dengan lama lepas itu Ridzwan pun mengeluh berat.

Ridzwan sudah anggap Ali seperti anak nya sendiri sebab dari kecil dia sudah didik Ali sebelum Aliya meninggal dunia.

"kira bersyukur sikit boleh?  Aku dah selamatkan kau ali... Benda kecik macam ni bukan boleh buat kau mati pun kan? Hm! "

Hilang Selamanya S1&S2 [EN.A]Where stories live. Discover now