💧18: Lari💧

141 6 0
                                    


"hani makan lah penat akak masak tauuu" kata ally dengan sedih sebab dari tadi hani tenung makanan itu sahaja.

Hani mula tersedar dari termenung nya dan makan masakkan ally tapi tidak banyak.

"kenapa ni?  Apa yang tak kena ke??" tanya iman dengan risau

"kau masak tak sedap sebab tu dia tak lalu makan " kata Daus tanpa rasa bersalah pun.

Ally yang mendengar apa yang dikata oleh daus tadi terus tangannya laju ketuk kepala daus sambil tersenyum.

"kalau tak sedap asal kau tambah sampai 3 kali?  Perut pun dah macam bunting 5 bulan" perli ally pada daus

Alicia melihat gelagat si kembar ini hanya geleng kepala dan kembali melihat Hani yang masih mengelamun.

"kenapa? "

"haha tak ada apa kalau macam tu saya naik bilik  saya dulu ye? " kata hani dan naik ke atas bilik nya dan mengunci pintu sekali.

Iman melihat alicia dan alicia perasaan tenungan iman hanya angkat bahu tanda tidak tahu.

Ally dan daus yang sedar Hani sudah tidak ada dimeja makan pun terkejut.

"alahh tak sedap ke cia? iman?  Aku masak huhuhu penat aku masak tau dia makan sikit je" Ally murung ketika.

"aku dah kata kau tak nak dengar"

"diam kau! "

"korang ni datang sini bukan nak gaduh je kan? !" alicia mula hilang sabar.

"sabar alicia sabar"

Ally dan Daus yang dapat rasa Alicia mula nak mengamuk terus terdiam.

"maaf" kata mereka dengan serentak

Di bilik Hani

Hani tenung baju suit Ejen nya dengan lama, Hani tahu dia sudah berjanji tidak mahu jadi ejen lagi disebabkan kematian nurul dahulu.

"aku tak ada pilihan kan? "

Hani mula memakai suit itu dan dia sudah membuat keputusan untuk mencari ali tidak kira masih hidup atau sudah mati.

Hani tak nak mereka yang laun tahu dia pun matikan sistem yang ada didalam biliknya dan alat jejak yang ada pada dirinya dengan menggunakan kemahiran tekno milik Hani.

"maafkan saya kak alicia, kak iman, kak ally dan abang Daus... Saya tak nak korang terlibat lagi"

Hani membuka jendela dibilik nya sebelum dia terjun dari bilik nya yang tinggi 2 meter ini sempat hani meninggalkan nota atas meja.

"saya nak cari abang ali sendiri" hani pun lompat dan mendarat dengan sempurna.

Dan berlari ke dalam hutan milik Mata, hani sudah cipta alat yang membolehkan dia tidak dikesan oleh scan hologram yang sudah dipasang dalam hutan tersebut.

Itu membuatkan tuada siapa akan jejak dia dan tahu Hani sudah lari keluar dari hutan tersebut.

"aku kena cari sampai dapat...  Aku tak nak dia mati macam kak long"

Hani genggam crystal heart yang ada darah ke 3 orang paling dia sayang dengan erat.

.
.
.
.
.
.

Disesuatu tempat

Rabit berdiri depan seorang lelaki yang memakai topeng beruang sedang duduk dan silang kaki.

"maaf tuan saya dengan team saya sedang usaha dapatkan budak tu"

Lelaki topeng beruang itu melihat Rabit dengan renungan tajam sekali seperti belah pedang yang baru diasah.

Hilang Selamanya S1&S2 [EN.A]Where stories live. Discover now