💧9:si tudung putih💧

1.5K 68 81
                                    

Di taman akademi MATA

Pov author

Hani labuhkan punggung di tanah dan hembus nafas berat kerana dia baru sahaja lepas buat latihan dengan semua ejen seniornya dan sekali lagi dia dapat terima tatap dingin dari ali

"Dia cuba senyum ke apa ke?" Hani baring dan melihat langit yang tenang sambil tersenyum

Tapi fikir hani terganggu apabila dia perasan hanya seorang ejen seniornya tidak perkenalkan diri pada hani

"Siapa dia? Dan tatap yang sama macam ejen ali tapi aku rasa dia boleh tersenyum dibanding dengan mamat tu" geram hati hani apabila tadi ali hampir bunuh dia dengan pisau hampir-hampir tikam bahagian jantungnya

Secara tiba-tiba muncul seseorang depan hani yang pasti dia bukan seorang gadis atau ali melainkan

"Eh? Awak siapa?" Terus dari baringan dia kemudian duduk

Lelaki berhoodie memberi smrik dan bercangkuk dihadapan hani sambil tatap sedikit dingin pada hani yang ke kebingungan

"Heh! Aku rudy..Aku nak tahu kau ni siapa sebenarnya? Dan kenapa-" rudy cekam dagu hani dengan kasar

"Ugh..sakit lah!" Hani pun tepis tangan  rudy dengan kasar seperti rudy cekam dagunya tadi

"Haram sentuh orang yang bukan muhrim..ejen rudy mahu apa dari saya?" Jelingan maut diberikan oleh hani

'Menarik budak ni'

"Siapa diri saya tak ada kaitan dengan ejen rudy pun dan jangan cuba sentuh saya lagi" lantas hani berdiri dan meninggalkan rudy seorang disana.

Tapi langkah nya terhenti "Kau kenal nurul Atihah?" Senyuman sinis terukir  dibibir rudy

Hani terdiam dan mengempal tangannya erat "saya tak kenal dan saya tak tahu siapa dia, bye" terus hani berlari dengan pantas meninggalkan kawasan itu.

Rudy melihat kepergian hani membuat dia terasa seronok apabila rahsia hani yang sebenarnya dia telah tahu

"Hn~! Kau rupanya ye hani"

Bayangan putih disebalik pokok disana memerhati apa telah jadi di antara hani dan rudy tadi dengan penuh rasa bersalah

Hani terus berlari pergi ketempat pertama kalinya dia berjumpa ali dengan alicia dan disana juga pertama kali berlatih

"Siapa nurul Atihah? Ha!! Aku tak kenal dan aku tak nak tahu pun siapa dia" kepala hani menjadi sakit dan dia berhenti dibawah pokok tua yang berhampiranya

Hani terus duduk dan pegang kepalanya. Sakit yang hani alami sangat sakit tapi dia cuba kawal

Kelamaan hani pun terlelap dia bawah pokok tua tu .

Ditempat peringatan Ejen MATA

Ali berdiri didepan sebuah batu yang tertulis nama setiap ejen yang terkorban semasa menjalankan misi mereka

Ali berada didepan batu yang terdapat lambang tekno sambil tersenyum tipis pada batu itu "dah 14 tahun dah mama...ali tak mampu lalui semua ni dengan-" ali melihat tanganya sambil mengigil dengan ketakutan dan trauma yang masih melekat dia minda dan ingatannya

"Kalau ali tak bodoh masa tu mesti dia akan disisi ali kan mama? Hahaha" ali gelak dengan hamba, dalam hati ali masih menyalahkan dirinya sendiri. Anak matanya melihat pada batu lambang ejen khas MATA

"Maafkan aku..." air mata mula mengalir dengan perlahan dipipi ali

"Aku rindu kau"

Muncul bayangan seorang gadis  berpakaian serba putih telah memeluk kepala ali dengan lembut dan erat sambil tersenyum manis.

Hilang Selamanya S1&S2 [EN.A]Where stories live. Discover now