💧10: bilik khas & Kesalahan fahaman💧

406 20 7
                                    

8:30 pagi

Di dalam bilik tempuh MATA

Hiyahhhh!

Terdapat dua orang yang sedang menjalankan latihan dengan serius dan senget sekali. Gadis yang sedang berlari pantas dan cuba serang lelaki atau lebih kurang gurunya dengan ke pantasannya

Tapi dengan senang gurunya elak dan gadis tersebut terjatuh ke belakang lelaki tersebut. Dengan muka geram terus dia cuba lawan kembali tapi perbuatannya terhenti apabila iman dan alicia datang ke bilik tersebut

"Korang berdua sudah tu..ni aku ada benda nak bagi tahu ni"  kata alicia pada lelaki tersebut atau ali dengan wajah dinginnya

Bila alicia bersuara begitu terus ali berhenti dan gadis tu atau hani akhirnya dapat juga bernafas lega. Mana tak dia dengan ali berlatih tanpa henti selama 4 jam setengah.

'Akhirnya dapat juga rehat terima kasih ejen iman dan ejen alicia'

Iman pun hampiri hani dan memberi air mineral pada hani, dengan segera hani meminumnya dan tersenyum ceria dengan hilang rasa penat berlatih dengan ali tadi dah lah dia sarapan makan sikit je sebab dia kena heret dengan ali tadi untuk berlatih.

"Terima kasih ejen iman..basah juga tekak saya"

Alicia yang melihat hani minum sampai habis dan jeling pada ali yang ali ni guru jenis apa? Sampai tak ada rehat, ni bukan hati kering tapi tak ada kemanusian langsung  dah lah buat orang macam ni.

"Kau ni dera budak tu ke apa?"

"Tak payah cakap banyak cakap cepat aku ada banyak hal nak buat" balas ali dengan tegas dan tambah nada dingin nya

Iman melihat alicia dan alicia melihat iman kembali dan alicia melihat kembali ali sambil mengeluh nafas berat sebab apa yang akan disampaikan olehnya nanti mesti buat ali bertambah marah dan tidak setuju

"Tapi sebelum tu hani pergi lah jalan-jalan mana dulu ok kitaorg ada hal penting nak bincang"

Hani yang dengar apa dikatakan oleh alicia terus pergi dari sana dan pergi jalan-jalan di Akademi MATA ni

Disituasi ali,alicia,iman

Mereka bertiga duduk ditempat yang terdapat kerusi di dalam bilik akademi itu dan mula bercakap apa yang tadi tertunda tadi.

"Cakap lah apa dia?..."

Alicia seperti berat mahu berkata kepada ali dengan mukanya yang  sudah menunjukkan reaski risau, iman terus pegang sebelah bahu alicia dan pandang ali didepan sebab iman pun risau juga tapi dia cuba tenangkan alicia

"Kau kena jujur pada hani siapa diri dia sebenarnya" kata iman dengan nada lembut nya 

"Setuju...Kau tahu kan yang hani tu adik kandung rul sampai masanya dia tahu bahawa kakak dia meninggal semasa jalankan misi 4 tahun lalu"

Ali yang dengar apa baru 2 orang gadis didepannya kata terus tunduk kepalanya dan anak rambutnya tutup matanya dan terdiam seribu bahasa dengan kepalanya juga mati akal.

"Ni untuk kebaikan dia dan hani  tidak akan salahkan kau ali... percayalah"

"Tidak..."

"tapi ali sampa-"

"aku kata takk!" 

Semua berada disana terus terdiam apa ayat baru keluar dari ali tadi dan alicia dengan iman mampu mengeluh dan terpaksa terima keputusan ali mereka tahu yang ali tetap dengan keputusannya mengatakan tidak untuk memberi tahu kebenaran kepada hani.

Hilang Selamanya S1&S2 [EN.A]Where stories live. Discover now