Bab 13

1.9K 76 3
                                    

Datin Maria bersiap-siap untuk pergi ke rumah kakak iparnya. Cadangnya, dia ingin memberitahunya mengenai perkahwinan Faris Sabtu ini. Alang-alang, dia ingin berjumpa dengan anak saudara kesayangannya, Delisha.

"Awak nak pergi mana Maria?" tanya Dato' Effendy apabila melihat isterinya yang berpakaian cantik itu.

"Saya nak pergi rumah abang long kejap," jawabnya.

"Oh, awak nak cakap dekat diorang pasal Faris kan. Oklah hati-hati tau pergi," kata Dato' Effendy.

Datin Maria hanya mengangguk. Sesampainya di rumah abang sulungnya, dia melihat Puan Sri Alina yang sedang ralit menanam pokok di halaman rumahnya.

"Hai kak long. Busy nampak," tegur Datin Maria.

"Eh, Maria! Tak perasan pula kau datang. Masuk lah dulu, aku basuh tangan kejap," kata Puan Sri Alina.

Datin Maria lantas masuk ke dalam rumah. Lima minit kemudian, Puan Sri Alina duduk di sebelah adik iparnya itu.

"Aku dengar si Amsyar tu kahwin lagi. Betul ke kak Long?" Datin Maria memulakan bicara.

Puan Sri Alina mengangguk.

"Ye, baru lagi. Dua minggu lepas. Ada ke dia pergi ceraikan Anis macam tu je. Lepastu boleh dia kahwin dengan perempuan dari mana pun aku tak tahu," jawab Puan Sri Alina.

"Dia ceraikan Anis? Ya Allah, apa nak jadi dengan si Amsyar tu. Aku tengok Anis tu baik je," kata Datin Maria.

"Itulah, aku pun tak tahu kenapa. Kesian dekat Anis. Aku dah sayang Anis macam anak aku tau. Tapi tengoklah Amsyar tu buat perangai entah apa-apa. Diorang kahwin bukan kejap, dah dua tahun kut. Dahlah bini baru tu dia tu pakai baju pun macam tak cukup kain," rungut Puan Sri Alina.

Datin Maria tergelak. Apalah kakak ipar dia ni, anak bongsu dia juga pakai baju macam tak cukup kain, tapi dia tak pernah merungut pula.

"Eh, by the way, mana anak saudara kesayangan aku tu, Isha? Dah lama aku tak nampak dia. Dia ada dekat mana?" Datin Maria tercari-cari Delisha.

"Ohh, Isha. Ada je budak tu. Tapi dia busy sikit sekarang dekat hospital," jawab Puan Sri Alina.

"Hospital? Dia buat apa dekat sana? Anak kau tu sakit ke?" tanya Datin Maria risau. Mana dia tidak risau, anak buah kesayangan dia kut.

"Bukan anak aku yang sakit. Kawan baik dia kena warded. Teruk juga lah aku tengok. Tu yang Isha risau sangat tu."

Kawan baik? Setahunya, hanya El adalah kawan baik Delisha. Takkanlah El yang masuk hospital. Dia baru sahaja berjumpa dengan Helena di farmasi kelmarin dan gadis itu nampak sihat je.

"Helena ke kawan baik dia tu?" Datin Maria meminta kepastian.

"Yelah, sape lagi angah. Memang si Helena tu jelah kawan baik Isha. Katanya badan Helena tu lemah. Tak makan tak minum. Berkurung je dalam bilik sampai pengsan. Aku ada juga lawat dia semalam, tapi tak sedar lagi sebab lemah sangat badan dia tu," terang Puan Sri Alina.

"Ohh yeke," Datin Maria agak terkejut mendengar penerangan kakak ipar dia.

"Aku tak tahulah jantan mana yang lukakan hati Helena tu. Kesian budak tu," keluh Puan Sri Alina.

"Kenapa kak long cakap macam tu?"

"Yelah, sebab semalam waktu family Helena jumpa dia dalam bilik, kat tepi dia ada banyak pil tidur. Nasib baik dia tak makan lagi pil tu. Kalau dia makan, aku pun tak tahu apa jadi dekat dia tu. Mungkin dah arwah kut. Sebab yelah, selama ni aku nampak budak El tu happy je bila datang sini. Family dia pun okey. Jadi aku rasa sebab boyfriend dia lahtu," jawabnya.

Datin Maria tergamam. Sampai macam tu sekali keadaan Helena apabila mengetahui Faris ingin berkahwin. Dia tiba-tiba rasa bersalah terhadap gadis itu.

"Faris nak kahwin kan hujung minggu ni?"

Datin Maria tersentak dengan pertanyaan kakak iparnya itu.

"Haah, dia nak kahwin hujung minggu ni. Tapi kitorang tak buat lagi majlis dekat sini. Buat dekat belah pihak perempuan dulu. Bulan depan baru buat dekat sini," jawab Datin Maria.

"Terkejut aku dengar Faris tu nak kahwin. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba dah nak kahwin. Pandai dia simpan rahsia. Bukan macam anak aku tu," bebel Puan Sri Alina mengingatkan anak keduanya, Darwisy Amsyar.

Datin Maria hanya tergelak.

"Oklah Kak Long. Aku balik dulu tau. Ada banyak lagi benda nak kena buat," Datin Maria meminta diri.

Puan Sri Alina hanya mengangguk.

*****

Helena membuka matanya perlahan. Bau ubat-ubatan membuatkan kepalanya makin pening. Dia memandang tepi. Kelihatan Delisha yang asyik termenung di sebelahnya.

"Isha," panggil Helena perlahan.

"El, kau dah sedar," Delisha lantas duduk menghampiri kawan baiknya itu.

"Dah berapa hari aku tak sedar?" tanya Helena.

"Dua hari kau tak sedarkan diri babe. Aku risau gila kut," bebel Delisha.

"Aku nak Faris, Isha. Aku tak nak benda lain. Aku cuma nak dia je," pinta Helena.

Delisha mengeluh.

"El, Faris dah nak kahwin Sabtu ni. Aku dah tak tahu nak tolong kau macam mana. Dia dah pilih perempuan tu," kata Delisha lemah.

Perlahan-lahan air mata Helena gugur.

"Faris tu nyawa aku Isha. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Sekarang ni, dia nak kahwin dengan orang lain. Hati aku sakit, Isha. Sakit sangat. 7 tahun aku pendam perasaan ni, dia tak pernah nak pandang aku pun," Helena menangis teresak-esak.

Delisha lantas memeluk kawan baiknya itu.

"Sepupu aku tu memang tak guna. Kau tak layak untuk Faris. Aku yakin, ada lelaki lain yang lagi layak untuk kau," pujuk Delisha.

"Aku tak boleh Isha. Aku cuma nak Faris," Helena berkata lagi.

Di sebalik perbualan dua orang gadis itu, ada seseorang yang hiba mendengar perkataan yang keluar dari mulut Helena.

"Ya Allah. Sampai macam tu sekali Helena sayangkan Faris. Aku kejam ke sebab pisahkan diorang? Tapi Faris cakap dia tak cintakan Helena," bisik hati Datin Maria.

Dia lantas berlalu pergi kerana tidak ingin Helena dan Delisha menyedari kehadirannya itu.

"Isha, Arissa ada datang tak lawat aku? Aku rindu lah nak jumpa dia" tanya Helena.

Dan soalan itu membuatkan Delisha tergamam.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now