Bab 46

3.1K 48 2
                                    

Perut yang semakin membesar diusap perlahan. Kandungan Helena sudah masuk 9 bulan dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk bersalin. Helena memandang pantulannya di hadapan cermin. Kelihatan bajunya yang berselerak di atas katil. Sesekali wanita itu mengeluh perlahan. Faris mengajaknya untuk makan malam di luar berikutan Helena yang sudah tidak larat untuk membuat kerja rumah. Namun sekarang, dia tidak tahu untuk pakai baju apa kerana semua bajunya sudah tidak muat.

Sedang Helena larut dalam lamunannya, pintu bilik dibuka dari luar. Faris hanya menggeleng perlahan melihat baju yang berselerak di atas katil.

"Ya Allah sayang. Lama Bie tunggu. Tak siap lagi ke," Faris menegur sambil dia memandang wajah isterinya itu.

Helena mencebik apabila mendengar teguran daripada suaminya.

"Bie... I dah takde baju nak pakai pergi keluar. Semua baju ni tak muat. I dah gemuk," Helena merengek seraya dia menunjuk ke arah baju-bajunya yang berselerak itu.

"You pakai jelah apa-apa sayang. Kita nak pergi makan malam je. Takde nak pergi mana-mana pun," Faris lantas membuka almari dan mencari baju yang sesuai untuk dipakai isterinya. Satu baju mengandung berwarna ungu dihulurkan kepada isterinya.

"Ni ada je baju yang muat dengan you sayang. Pakai jelah baju ni," Faris berkata.

Helena menggeleng perlahan.

"Tapi baju tu tak cantik. I nak pakai dress I. I tak suka pakai baju ibu mengandung tu sebab I nampak buruk bila pakai baju tu," Helena menolak. Dia sangatlah tidak menyukai pakaian ibu mengandung yang dibelikan oleh Faris untuknya kerana dia merasakan dia menjadi gemuk apabila memakainya.

Hampir terduduk Faris mendengar apa yang diperkatakan oleh isterinya. Banyak bunyi pula padahal mereka cuma nak keluar makan malam je.

"Siapa kata you buruk bila pakai baju ni sayang. You makin cantiklah kalau pakai baju macam ni. You nampak lagi berseri tau. I suka tengok kalau you pakai baju ni. Selamani I tengok you pakai okay je," Faris memujuk.

"Abang Nish yang cakap. Waktu I jumpa dia haritu Bie, dia cakap I gemuk and tak cantik bila pakai baju macam ni. Lepas tu dia cakap, nanti you mesti dah tak sayang dekat I sebab I dah tak cantik. I dah tak nak pakai baju macam ni," rajuk Helena. Masih terbayang di ingatannya apa yang dikatakan oleh Danish hari itu.

Faris rasa seperti ingin menyumpah sahaja Danish sekarang ini. Boleh pula dia cakap macam tu dekat adik sendiri. Sudahlah isterinya makin sensitif sekarang ini.

Tangan Helena ditarik lembut. Faris mengusap perlahan kepala isterinya.

"Sayang, Danish tu main-main jelah. Dia saja je nak kenakan you. You still cantik dekat mata I. Lagipun, I kahwin dengan you bukan sebab kecantikan you, tapi sebab hati you sayang. I takkan pernah tinggalkan you walau apa-apa pun yang terjadi. I cuma cintakan you sorang je. Takde perempuan lain yang boleh gantikan tempat you dalam hati I. Lagipun lepas you bersalin nanti, berat you mesti turunlah sayang," Faris cuba menenangkan hati isterinya.

Helena menjadi sebak mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya. Tubuh suaminya dipeluk erat.

"Thank you Bie. I love you so much," katanya.

"I love you too sayang. Dah sekarang pergi bersiap. I lapar dah ni," kata Faris. Dan Helena menganggukkan kepalanya seraya dia mencapai baju yang diberikan oleh Faris kepadanya tadi.

Sementara menunggu isterinya bersiap, Faris mengemas baju-baju isterinya yang berselerak itu. Sabar sajalah dia dengan perangai isterinya sekarang.

*****

Malam itu, tidur Helena tidak lena. Perutnya memulas dan sakit. Jam sudah menunjukkan pada angka 3 pagi dan Faris sudah nyenyak tidur di sebelahnya. Tiba-tiba, Helena merasakan seperti ada sesuatu di kakinya. Lantas wanita itu mengejutkan suaminya.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now