Bab 35

1.8K 44 3
                                    

Helena menggigit bibirnya seraya dia memandang ke arah Faris yang sedang bersiap untuk pergi kerja. Macam mana dia nak cakap eh. Sebenarnya dia tak nak Faris pergi bekerja hari ini. Maklumlah, Helena ingin suami kesayangannya itu untuk menemaninya pergi bershopping harini dan tekaknya juga terasa ingin makan sesuatu.

"Sayang, you okay tak? Kenapa pandang Bie macam tu dari tadi? Ada nak apa-apa ke?" Faris menyoal apabila menyedari akan kelakuan isterinya itu. Bukan dia tidak perasan yang isterinya pasti mahukan sesuatu.

Helena hanya tersipu apabila mendengar soalan yang diberikan oleh Faris. Lantas dia mendekati suaminya. Lengan Faris dirangkul manja.

"Bie, boleh tak kalau tak payah pergi kerja harini. I nak you teman pergi shopping," Helena berkata manja. Wajah yang comel cuba ditunjukkan supaya Faris termakan dengan ajakannya.

"Aik? Kenapa tak bagi Bie pergi kerja pula harini? Harini baru Rabu sayang. Weekend lah baru kita pergi shopping. Ataupun, you pergi shopping dengan Isha je," Faris menjawab pelik. Sedaya upaya dia tidak mahu termakan dengan wajah comel isterinya itu.

"Ala, bolehlah Bie. I tak nak keluar dengan Isha. I nak keluar dengan you. Lagipun, Isha mesti sibuk kerja. I tak naklah kacau dia. Harini, I craving nak makan sukiya dengan youlah Bie. Tak nak orang lain. Kalau pergi hari weekend, mesti ramai. Please. Alang-alang, kita pergilah shopping lepastu," terang lebar Helena memujuk suaminya. Dia masih lagi tidak putus asa kerana dia yakin Faris pasti tidak sampai hati untuk menolak permintaannya.

Faris berfikir sejenak. Dia cuba mengingat sama ada dia mempunyai meeting yang penting hari ini. Kalau tiada, bolehlah dia mengambil cuti hari ini untuk menemani isterinya yang tercinta. Lagipun, sudah lama Faris tidak mengambil cuti dek kerana kesibukannya di pejabat.

"Okeylah kalau macam tu. Dalam pukul 10 nanti kita gerak okay. Sekarang awal lagi. Baru pukul 8," balas Faris. Tubuh Helena lantas ditarik ke dalam pelukannya.

Dan Helena hanya tersenyum lebar apabila mendengar jawapan daripada suaminya itu. Seronok kerana Faris akan menunaikan apa sahaja permintaannya sejak mereka berkahwin ini.

*****

Qaisara membuka matanya perlahan. Dia mengaduh kesakitan. Badannya yang berasa sakit cuba ditahan. Suasana sekeliling yang nampak asing buatnya membuatkan Qaisara memandang ke arah sekelilingnya. Hanya kegelapan yang menyinarinya. Langsung tiada cahaya. Kenapa dia ada dekat dalam hutan sekarang ni? Otaknya ligat berfikir apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Seingatnya, tadi dia masih lagi tidur di atas tilam di dalam sebuah bilik di rumah Hans. Adakah Hans sudah melepaskannya?

"Aku kat mana ni?" Qaisara masih lagi diserbu pelbagai soalan.

Perlahan-lahan Qaisara bangun. Dia ingin pergi ke arah jalan raya. Mana tahu, jika ada kereta yang lalu. Bolehlah dia menahannya untuk meminta pertolongan. Terhincut-hincut Qaisara berjalan di dalam kegelapan itu. Sesekali, tangannya meraba ke hadapan. Takut jika dia terlanggar pokok yang ada di hutan itu. Kaki dan tubuh badannya yang sakit cuba dihiraukan. Sedaya upaya dia mencari jalan untuk keluar daripada kawasan hutan ini.

"Mak, abang, Sara takut," rintih Qaisara lemah.

Setelah 20 minit berjalan, mata Qaisara bersinar apabila ternampak cahaya di hadapannya. Lantas dia berjalan dengan laju ke arah cahaya itu. Sampai sahaja dia di kawasan itu, Qaisara sudah mengucap syukur. Akhirnya dia sudah bebas. Qaisara sudah tidak bersabar untuk bertemu dengan mak dan abangnya.

Namun, 10 minit menunggu, masih tiada lagi kereta yang lalu di kawasan itu. Untuk kesekian kalinya, Qaisara mengeluh lemah. Harapannya kembali tipis. Tiba-tiba, mata Qaisara tertangkap akan sebuah kereta yang menuju ke arahnya dari jauh. Lantas dia melambaikan tangannya supaya pemilik kenderaan itu berhenti.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now