Bab 30

2.2K 65 2
                                    

Qaisara membuka matanya perlahan. Dia memandang tangan yang sedang elok berada di atas badannya. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan itu. Sungguh dia rasa ingin menangis sekarang. Dia melihat pakaiannya yang berterabur di atas lantai. Badannya juga lenguh-lenguh. Kelihatan Hans masih nyenyak tidur di sebelahnya.

"Apa yang kau dah buat ni Sara?" sungguh Qaisara rasa jijik dengan dirinya sekarang. Ini bukan kali pertama Hans menyentuhnya. Sudah banyak kali dan Qaisara tidak dapat menolak. Macam mana dia nak melawan sedangkan dia juga dikurung oleh Hans.

Lantas Qaisara bangun untuk masuk ke tandas. Namun, belum sempat dia bangun, tangannya ditarik oleh Hans.

"Kau nak pergi mana?" tanya Hans sambil memegang erat pergelangan tangan gadis itu.

"Awak, sa.. saya nak mandi," jawab Qaisara tergagap.

Lantas Hans membuka matanya. Dia menatap muka Qaisara lama. Wajahnya yang tampan itu membuatkan Qaisara tidak betah duduk di situ. Ya Hans sudah mencabut topengnya semenjak dia memutuskan untuk menyentuh Qaisara. Walaupun dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pada gadis itu, namun lelaki mana je yang boleh tahan jika tinggal berdua bersama perempuan secantik Qaisara.

"Tak payahlah mandi. Aku rasa nak makan kau lagi," lantas Hans menarik Qaisara kasar. Qaisara hanya pasrah apabila Hans sudah bertindak menindih tubuhnya. Sungguh dia tidak mampu untuk melawan.

*****

Petang itu, Delisha sedang melepak bersama-sama Helena di rumah gadis itu. Esok merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh Helena di mana dia akan mengikat tali perkahwinan bersama lelaki yang dicintainya.

"Amboi, seronok betul kau eh. Mentang-mentang esok nak kahwin dengan Faris tak guna tu. Tak hormat langsung aku yang single ni," perli Delisha kepada Helena yang sibuk posing di hadapan cermin itu.

"Ala rilekslah Isha. Nanti kau kahwin jugak dengan rang yang kau suka," jawab Helena. Lantas gadis itu duduk di sebelah Delisha yang sibuk bergolek di atas katilnya itu.

"Oh, jadinya kau restulah ni aku jadi kakak ipar kau?" soal Delisha pula.

"Aku tak kisah pun. Kalau abang Nish setuju, aku lagilah setuju kau kahwin dengan abang kesayangan aku tu. Mesti best kalau kawan baik sendiri jadi kakak ipar," kata Helena sambil memandang ke arah Delisha.

Tersenyum lebar Delisha dibuatnya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Helena itu.

"By the way El, aku nak tanya kau ni. Sejak dua menjak ni, Arissa ada datang jumpa kau tak?" tanya Delisha.

"Takde. Kenapa kau tanya?" Helena menjawab. Pelik dengan soalan yang ditanya oleh Delisha itu.

"Takdelah. Saja je aku tanya. Kalau takde takpelah," balas Delisha lega.

Dia tidak mahu Arissa muncul lagi dalam hidup Helena. Cukuplah haritu sahaja Arissa muncul sewaktu Helena bersedih dengan perkahwinan tidak jadi Faris itu. Mungkin dia perlu memberitahu Faris mengenai Arissa. Tak naklah dia tengok Faris terkejut jika Arissa muncul. Namun, dia yakin watak Arissa mungkin tidak akan muncul kerana Faris sudah menjadi milik Helena. Hal ini kerana, Arissa adalah watak Helena yang sangat obses akan Faris.

"By the way El, nanti kau duduk dekat mana lepas kahwin nanti?" Delisha menyoal lagi.

"Kitaorang duduk dekat rumah Farislah. Dia dah beli rumah haritu. Dekat je dengan office dia. Nanti bolehlah kau selalu datang rumah kitaorang," jawab Helena.

"Of courselah. Confirm aku datang rumah kau selalu nanti. Bosanlah aku nanti sebab kawan baik aku dah kahwin. Aku nak lepak dengan siapa pula nanti," Delisha bersuara sedih. Yelah kawan baik yang selalu ada dengan dia dah nak kahwin. Mestilah dia agak terasa kerana sudah ada orang yang akan menggantikan tempatnya menemani Helena setiap hari.

"Alah kau ni. Chillah. Tak payah nak buat ayat sedih sangat. Aku kahwin pun bukan dengan orang lain. Dengan sepupu kau juga. Kau tak payah nak buat drama dekat sini," marah Helena.

Delisha tergelak mendengarnya. "Yelah El. Ni, aku nak pesan dekat kau. Kalau Faris tu ade buat apa-apa dekat kau, dia buat kau nangis ke, cepat-cepat cerita dekat aku. Tahulah aku nak buat apa dekat dia nanti," kata Delisha.

"Of courselah Isha. Selama ni pun, aku selalu cerita dekat kau je pasal Faris. Kau pun dah banyak tolong aku. Kau jangan risaulah," Helena cuba meyakinkan kawan baiknya itu.

Delisha mengangguk mendengarnya. Puas hati mendengar dengan apa yang dikatakan oleh Helena itu. Sedang mereka berdua sakan berborak, telefon Helena berbunyi. Tertera nama Faris di situ.

"Kejap eh Isha. Aku nak jawab call," Helena meminta diri. Dia lantas bangun dan duduk di balkoni luar biliknya. Tidak mahu Delisha mendengar perbualannya dengan kekasih hati.

Delisha hanya mencebik melihat tingkah Helena. "Faris ni, tak menyabar betul. Esok dah nak kahwin pun. Sibuk nak call bakal isteri dia," gumam Delisha.

Lantas gadis itu keluar daripada bilik Helena. Dia yakin perbualan mereka berdua akan lama. Daripada membuang masa, baik dia keluar. Mana tahu jika dia terjumpa Danish ke.

*****

Qaisara baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Dia menangis teresak-esak. Sungguh dia rasa terseksa. Dia ingin pulang. Dia ingin berjumpa dengan mak dan abangnya. Tak lupa juga dengan Faris. Sungguh dia rindukan lelaki itu.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Kelihatan Hans yang sudah bersedia untuk tidur masuk ke dalam biliknya. Cepat-cepat Qaisara mengesat air matanya.

"Kau menangis ke?" soal Hans.

Pantas Qaisara menggelengkan kepalanya.

"Baguslah kalau kau tak nangis. Cepat buka telekung tu. Aku nak tidur. Dah malam ni," arah Hans.

Qaisara terus membuka telekungnya. Perlahan-lahan dia menghampiri Hans yang sudah berada di atas katil.

"Hans, bila awak nak lepaskan saya? Saya rindu family saya," tanya Qaisara. Dia mencuba nasib. Mana tahu jika Hans terbuka hati untuk melepaskannya.

"Kau tunggu kejap eh Sara. boss aku kata tak lama dah. Nanti aku lepaskan kau. Kau rindu family kau ke, kau rindu dengan lelaki yang tak jadi nak kahwin dengan kau tu?" perli Hans.

Qaisara hanya diam. Tidak mahu menjawab.

"By the way Sara, aku rasa tak gunalah kalau kau rindukan lelaki tu. Kau tahu tak yang esok dia nak kahwin dengan girlfriend dia. Yang nama Helena tu," Hans memberitahu.

Tersentak Qaisara mendengarnya.

"Awak biar betul Hans? Awak tipu kan?" Qaisara menyoal tidak percaya. Sungguh dia tidak sangka. Haritu Faris sendiri yang cakap dia tidak cintakan Helena, namun apa yang jadi sekarang ni. Sungguh Qaisara kecewa.

"Betullah. Buat apa aku nak tipu kau. Dahlah daripada cakap pasal lelaki tu, jom kita have fun," Hans lantas menarik tubuh Qaisara.

Qaisara hanya menurut. Fikirannya kosong sekarang ini. Sungguh dia tidak dapat terima dengan apa yang baru diberitahu oleh Hans kepadanya.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kesian Sara kan... Siapalah dalang yang suruh Hans culik dia tu......

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now