Bab 33

1.9K 56 1
                                    

Helena tersenyum menikmati pemandangan malam di kota New Zealand itu. Sudah lima hari dia dan Faris berada di situ, dan pada petang esok mereka berdua akan pulang. Ahh Helena rasa seperti tidak mahu pulang. Dia hanya ingin meluangkan masa bersama-sama Faris pada setiap saat. Nanti bila mereka sudah pulang ke Malaysia, lelaki itu pasti sibuk dengan hal-hal syarikatnya.

"Sayang you buat apa kat sini malam-malam ni. Puas I cari you. Kenapa tak masuk tidur lagi ni," Faris menegur isterinya seraya dia memeluk erat pinggang ramping Helena dari belakang.

"Saja je Bie. I tak mengantuk lagi. Yelah, esok kan kita dah nak balik Malaysia. Mesti I rindu nak datang sini. Bukan senang kita nak cuti sama-sama," jawab Helena sambil dia melentokkan kepalanya di dada Faris.

"Lahh sebab tu je ke. Sayang, lepasni kalau you nak pergi mana-mana, cakap je dekat Bie. Bie sentiasa ada masa untuk sayang," kata Faris.

Helena tersenyum lebar mendengarnya. "Thank you Bie. ni yang buat I makin sayang dekat you ni," Helena lantas memusingkan badannya dan mencium bibir Faris sekilas. Tiba-tiba dia merenung wajah suaminya lama.

"Kenapa you pandang muka I macam tu sayang? I ada buat apa-apa salah ke?" soal Faris pelik melihat kelakuan isterinya itu.

"Takde apa-apalah Bie. I cuma suka tengok muka you. Sebab muka nilah I tak boleh hidup dengan tenang. Asyik teringat je," Helena menjawab selamba. Dia masih lagi memandang wajah Faris.

Faris hanya menggeleng melihat kelakuan comel isterinya itu.

"Bie," Helena memanggil suaminya lagi sekali.

"Ye sayang. Kenapa ni? You ada masalah lain ke? Cerita dekat Bie. Jangan pendam sorang- sorang," Faris menegur apabila dia melihat kelakuan gelisah isterinya itu.

"Takde apa-apa. I cuma fikir apa yang akan jadi dekat I bila you tiba-tiba tinggalkan I nanti. I tak boleh hadap benda tu Bie. I sayang you sangat-sangat. I tak boleh hidup tanpa you," akhirnya Helena meluahkan apa yang mengganggu fikirannya daripada dulu.

Faris hanya mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya. Dia sudah mengagak itulah perkara yang asyik difikirkan oleh isterinya. Apa yang dia perasan, Helena sangat takut jika dia meninggalkan gadis itu.

"I tak akan tinggalkan you lah sayang. I dah janji dengan diri I yang I takkan tinggalkan you lepas je I lafazkan akad nikah dekat you haritu. You jangan risau okay. Takde apa yang boleh pisahkan kita kecuali kematian. I sayang you sangat-sangat," Faris memberikan jawapan yang sangat menenangkan hati Helena.

"Lagi satu Bie, kalau I ada buat salah apa-apa, you jangan marah I tau. You tanya dulu I kenapa I buat macam tu. I taknak you marah I," kata Helena lagi.

Faris hanya menggelengkan kepalanya. Macam-macam betullah isterinya itu.

"Ye, I takkan marah you sayang kalau you ada buat salah. Takkanlah I nak marah perempuan yang I paling sayang ni. Dah jom kita masuk tidur. Esok kita nak balik dah. Nanti kita terbangun lewat pula esok," Faris lantas mencempung Helena untuk masuk ke dalam bilik. Dia tidak mahu isterinya itu fikir benda yang bukan-bukan. Sesekali dia mencium wajah cantik Helena itu.

Helena yang terkejut dengan perlakuan Faris itu menjerit perlahan. Lantas dia melingkarkan kedua-dua tangannya di leher suaminya itu. Sungguh dia berharap perkahwinannya bersama Faris akan sentiasa bahagia dan tiada siapa yang mengganggu kehidupan mereka berdua.

*****

Di sebuah tempat, seorang gadis berambut panjang sedang seronok menonton televisyen. Drama korea Netflix yang bertajuk 'Squid Game' yang ditontonnya itu sungguh membuat dia menggidik ngeri. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada Hans membuatkan dia mengeluh kasar. Lantas dia menjawab panggilan itu.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now