Bab 28

2.1K 61 1
                                    

Tengah hari itu, Helena baru sahaja pulang daripada berjumpa dengan Delisha. Masuk sahaja ke dalam rumah, kelihatan Dato' Harris dan Datin Laila yang sedang duduk di ruang tamu.

"Aik, mommy dengan daddy tak pergi kerja ke harini?" soal Helena pelik. Kebiasaannya, mommy dan daddynya itu tidak betah duduk di rumah. Walaupun ada Danish yang mengendalikan syarikat, namun Dato' Harris masih lagi tidak mahu melepaskan semua kerja kepada abangnya itu. Manakala Datin Laila pula mempunyai sebuah butik pakaian yang dikendalikan olehnya sejak dulu lagi.

"Tak, harini kitaorang cuti. El duduk sini kejap. Mommy nak cakap something," jawab Datin Laila sambil menepuk sofa di sebelahnya supaya Helena datang duduk di sebelahnya.

Helena hanya mengangguk. Lantas dia duduk di sebelah mommy kesayangannya itu. "Mommy nak cakap apa?" tanyanya.

"El, kalau kitaorang cakap ni jangan terkejut tau. Tadi ada orang datang masuk meminang El. And mommy dengan daddy dah setuju dengan pinangan tu," kata Datin Laila.

Helena terkejut. "Apa ni mommy. Kenapa tak tanya El dulu," Helena rasa ingin menangis. Sudahlah dia baru berbaik dengan Faris, tiba-tiba mommy dengan daddynya terima pinangan orang pula untuk dirinya.

"Tadi kawan business daddy datang pinang El untuk anak lelaki dia. El pun single kan. So apa salahnya kalau kitaorang terima," jawab Dato' Harris.

"Tapi El tak nak. El dah ada pilihan sendiri. Please mummy, daddy, tolaklah pinangan tu," rayu Helena.

Dato' Harris menggeleng. "Tak boleh El. Daddy dah setuju. Anak dia pun baik je. El nak tengok tak gambar dia?" tanya Dato' Harris.

Helena menggeleng. "Sampai hati daddy dengan mommy buat El macamni," air mata yang ditahan oleh Helena tadi akhirnya jatuh juga. Dia lantas berlari masuk ke dalam biliknya. Kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh mommy dan daddynya.

"Abang ni kenapa tak bagitahu hal sebenar je dekat El. Dah menangis dia tu," marah Datin Laila.

"Alah awak ni. Biarlah dia tu. Nanti pandai-pandailah si Faris tu pujuk dia," balas Dato' Harris bersahaja.

Datin Laila mencebik. Dia yang buat Helena menangis, nak suruh Faris pula yang pujuk anaknya itu. Pandai buat pandailah pujuk.

Helena masuk ke dalam biliknya. Dia masih lagi menangis. Lantas gadis itu mengambil telefon bimbitnya. Nombor Faris didail.

Faris yang sedang ada di dalam bilik mesyuarat terganggu dengan deringan telefon bimbitnya itu. Namun, saat dia melihat nama Helena sebagai pemanggil, dia tidak jadi untuk decline panggilan itu. Lantas Faris meminta diri untuk keluar sebentar bagi menjawab panggilan daripada kekasih hatinya itu.

"Bie," belum sempat Faris ingin bercakap, tangisan Helena menerjah pendengarannya.

"Hey sayang kenapa ni?" tanya Faris. Namun, gadis itu tidak menjawab apa-apa. Dia hanya menangis sahaja. Helena yang mendengar Faris memanggilnya sayang itu menangis dengan lebih kuat. Faris yang tidak mendapat apa-apa jawapan daripada gadis iu jadi tidak senang duduk.

"You tunggu kejap sayang. I datang jumpa you. You ada dekat mana?" tanya Faris lagi.

"Rumah," jawab Helena perlahan. Tangisannya masih lagi tidak berhenti.

Faris lantas mematikan talian. Dia tidak betah untuk mendengar gadis kesayangannya itu menangis. Lantas dia masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Okay guys. Meeting kita harini sampai sini je. I ada emergency. Kita sambung meeting ni lain kali. Arina, you tolong bawa barang I masuk bilik," kata Faris sebelum berlalu pergi.

Arina hanya mengangguk. Dia hanya melihat kelakuan bossnya yang agak kalut itu.

*****

30 minit memandu, Faris tiba di rumah Helena. Lantas dia memberi salam. Tiba-tiba pintu rumah itu dibuka oleh Datin Laila.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now