Bab 39

1.5K 56 2
                                    

Lagi-lagi Helena kecewa apabila dia bangun tidur dan melihat Faris sudah tiada di sisinya. Namun, nota yang ditinggalkan suaminya membuatkan dia agak lega.

'I ada kerja sikit. So I kena keluar awal. Tak payah datang office hantar lunch sebab I ada hal dekat luar.' - Faris

Helena mengeluh setelah membaca nota itu. Dia dapat merasakan yang Faris seperti marahkannya. Namun, apa salahnya? Dia sendiri tidak tahu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Sungguh dia buntu.

Tiba-tiba, tekaknya terasa mual. Dengan terburu-buru, dia lantas berlari ke tandas. Helena mengurut dadanya perlahan. Sungguh dia rasa tak larat sekarang ini. Kepalanya juga sangat pening sekarang. Dan Helena cuma ingin Faris berada di sisinya pada saat ini. Nombor telefon Faris lantas didail. Namun sama juga seperti semalam, panggilannya langsung tidak dijawab.

Dengan lemah Helena membaringkan tubuhnya di atas katil. Mungkin perutnya masuk angin disebabkan dia yang langsung tidak menjamah apa-apa dari semalam. Perlahan-lahan, dia memejamkan mata. Berharap kesakitan yang dialaminya sekarang akan segera pergi.

Manakala di pejabat, Faris hanya memerhati telefonnya yang berbunyi. Tertera nama Helena sebagai pemanggil. Namun, dia langsung tidak berniat untuk menjawabnya. Biarlah. Dia berharap isterinya faham kenapa dia tidak mengangkat panggilan wanita itu.

Faris mengangkat keningnya hairan apabila deringan itu sudah berhenti. Helena hanya menelefonnya sekali? Tidak seperti semalam apabila Faris membuka telefonnya, terdapat hampir 60 missed call daripada Helena. Lantas dia membuka whatsapp untuk melihat sama ada isterinya ada meninggalkan apa-apa pesanan. Risau juga jika ada apa-apa yang terjadi. Namun chat isterinya kosong sahaja. Merajukkah Helena terhadapnya kerana dia langsung tidak melayan isterinya dari semalam.

*****

Danish melihat jam tangannya. Hampir setengah jam dia menunggu Qaisara, namun wanita itu belum tiba lagi. Dia mengeluh perlahan. Beberapa hari lepas, setelah dia bertemu dengan Qaisara, mereka berdua telah berjanji untuk bertemu hari ini kerana hari itu Danish agak sibuk yang menyebabkan dia tidak dapat berbual lama dengan wanita itu.

"Mana pula dia ni? Dia lupa ke nak jumpa aku hari ni?" keluh Danish. Sambil sesekali matanya mengerling ke arah pintu kafe untuk melihat sama ada Qaisara sudah tiba ataupun belum.

Danish lantas mencapai iphonennya. Dia berura-ura untuk menelefon Qaisara. Manalah tahu jika wanita itu terlupa tentang janji mereka, sia-sia sahajalah dia menunggu. Namun, belum sempat Danish membuat panggilan, kerusi di hadapannya ditarik.

"Sorry encik Danish. Saya lambat sikit. Jalan jem tadi," suara lembut Qaisara menegur.

Mendengar sahaja suara Qaisara, Danish lantas mengangkat wajahnya. Tersenyum lebar dia apabila melihat kedatangan Qaisara.

"Eh takpe. Saya pun baru sampai juga," tipu Danish.

Dan Qaisara hanya senyum sahaja. Sejujurnya dia berasa agak canggung sekarang ini. Yelah, dia mana pernah keluar dengan Danish. Kebiasaannya, mereka berdua hanya berjumpa jika Danish datang ke pejabat Faris dahulu dan lelaki itu juga yang selalu menegurnya dahulu.

"Jadi, kenapa encik Danish nak jumpa saya harini?" Qaisara menyoal setelah mereka berdua selesai memesan makanan. Wajah tampan Danish dipandangnya.

Danish menjadi salah tingkah. Kenapa jantung dia perlu berdebar pada waktu ini? Wajah Qaisara dipandang lama. Dia perasan yang wanita itu agak kurus dan wajahnya juga tidak bermaya.

"Tak payahlah panggil saya encik. Panggil Danish je. Saya bukannya boss awak," kata Danish.

Dan Qaisara hanya menganggukkan kepalanya. Namun, dia tidak berkata apa-apa. Dia hanya diam sahaja, menanti jawapan daripada Danish.

"Saya sebenarnya terkejut nampak awak dekat office Faris haritu. Sebabtu saya nak jumpa awak. Bila awak balik Qaisara? Awak pergi mana? Awak tahu tak ramai orang yang risau bila tahu awak lari haritu," Danish menyoal bertalu-talu.

Qaisara hanya tersenyum pedih mendengar apa yang diperkatakan oleh Danish.

'Betul ke ramai orang yang risau akan kehilangan dia? Kenapa dia tengok Faris biasa sahaja. Siap sudah berkahwin lagi. Dia yakin yang cuma risau akan kehilangannya haritu cumalah ibu dan abangnya.'

"Saya ada je dekat sini. Tak pergi mana pun. Kalau saya cerita dekat encik pun, encik percaya ke cakap saya," Qaisara menjawab lemah.

"Ceritalah. Kalau awak tak cerita, macam mana saya nak percaya," kata Danish.

Qaisara mengeluh. Dia sebenarnya malas untuk bercerita kerana dia bukannya kenal sangat dengan Danish. Lagi-lagi, Danish merupakan abang kepada Helena, perempuan yang terlampau bencikannya. Dia risau jika Helenalah yang menyuruh Danish datang menemuinya.

"Awak jangan risau. Takde sesiapa pun yang arahkan saya untuk jumpa dan tanya awak tentang semua ni. Saya sendiri yang nak tahu," Faris berkata lagi setelah dia melihat wajah teragak-agak Qaisara itu. Dia faham apa yang difikirkan wanta itu.

Qaisara lantas memandang wajah tampan Danish. Perlahan-lah dia membuka mulutnya bercerita.

"Sebenarnya, malam sebelum hari saya dengan Faris kahwin, saya kena culik. Saya tak sedar bila penculik tu masuk dalam bilik saya. Yang saya ingat, bila saya buka je mata pagi tu, saya ada dekat satu tempat asing. Berbulan-bulan saya kena culik. Dan baru dua minggu lepas, penculik tu lepaskan saya," cerita Qaisara.

Tergamam Danish mendengar cerita Qaisara. Dia seperti tidak percaya perkara itu berlaku terhadap wanita di hadapannya.

Melihat sahaja akan reaksi yang diberikan oleh Danish, Qaisara dapat merasakan yang lelaki itu juga tidak percaya padanya.

"Kan saya dah cakap. Encik mesti tak percaya juga kan bila dengar cerita saya ni," Qaisara bersuara kecewa apabila melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Danish.

Danish tersentak. Dia lantas menggelengkan kepalanya.

"Ehh tak. Bukan macam tu Sara. saya percaya. Tapi, saya tak sangka benda macam ni jadi dekat awak. Awak kenal ke lelaki yang culik awak tu?" Danish menyoal.

Qaisara hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak. yang saya tahu, nama dia cuma Hans. Benda lain tentang dia, saya tak tahu," jawab Qaisara.

"Dia ada cakap ke kenapa dia culik awak?" Danish menyoal lagi.

Dan Qaisara hanya diam. Dia tidak mahu menjawab soalan itu kerana seingatnya, Hans mengatakan yang dia menculik Qaisara disebabkan keputusannya yang bertindak untuk mngahwini Faris. Entah kenapa Qaisara dapat merasakan perkara ini ada kaitan dengan Helena.

Danish hanya memerhati akan kelakuan Qaisara. Dia terfikir tang mungkin selepas ini dia akan mengupah Aqil untuk menyiasat tentang kejadian yang menimpa Qaisara.

"Lepastu, awak tak nak report polis ke pasal benda ni? Ni kes serius Sara," kata Danish lagi.

"Tak. saya tak nak besarkan benda ni. Saya dah bebas dari pencuik tu pun saya dah bersyukur," jawab Qaisara tenang. Sejujurnya, dia memang tak nak besarkan hal ini kerana dia saangatlah malu. Jadi biarlah. Selagi Hans tidak mengacaunya lagi, dia akan diam sahaja.

Danish hanya menganggukkan kepalanya sahaja walaupun tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Qaisara. 



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


- Sorry guys, sebab lambat update. Tapi jangan risau, story ni tinggal dalam 6 bab lagi sebelum tamat. Stay tune tau semua.... Insyaallah bulan 2 ni story ni tamat...-  

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now