Bab 38

1.7K 62 5
                                    

Faris hanya melihat sahaja akan isterinya yang sedang duduk di sofa pejabatnya sambil membaca majalah. Lelaki itu mengeluh perlahan. Semenjak kemunculan Qaisara, dia perasan yang perangai isterinya itu berubah. Terlampau risau dan paranoid. Dia pun tidak tahu kenapa sedangkan sudah berkali-kali Faris memberitahu isterinya yang dia tidak akan pernah meninggalkan wanita itu. Perasaannya pada Qaisara juga sudah tiada lagi.

Kadang-kadang, Faris berasa agak rimas juga akan kelakuan isterinya itu. Dia nak buat kerja pun tak senang. Mood isterinya juga tidak menentu sekarang ini. Asyik nak marah je. Faris hanya mengeluh perlahan.

"Kenapa you mengeluh Bie? You tak suka ke I ada dekat pejabat you ni?" Helena menegur apabila dia perasan akan kelakuan suaminya itu.

Faris tersentak. Lantas dia memandang ke arah Helena yang sedang menatapnya tajam. Perasan pula isterinya akan kelakuannya itu tadi.

"Eh, taklah sayang. Mana ada I mengeluh sebab you. I tengah serabut tengok kerja I yang bertimbun ni," tipu Faris walhal kerjanya sudah siap sedari tadi lagi.

"Ala Bie. Kerja you banyak lagi ke? I dah lapar ni," Helena merungut sambil dia memegang perutnya yang berkeroncong dari tadi.

Faris membuat muka pelik apabila mendengar pernyataan yang keluar dari mulut isterinya. Berkerut dahinya apabila melihat jam yang baru sahaja menunjukkan pada angka 10 pagi.

"Aik, you lapar lagi sayang? Bukan tadi baru makan nasi lemak ke?" Faris menyoal hairan. Sejak bila isteri dia kuat makan ni? Selama ni asyik makan sikit je sebab takut gemuk.

Dan Helena hanya menganggukkan kepalanya sambil membuat muka kasihan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia asyik lapar je sekarang. Kalau boleh, setiap masa dia rasa nak makan sekarang ni.

"Kita tunggu dalam pukul 11 eh baru pergi makan. Ke sayang nak minta Arina tolong belikan dulu makanan?" tawar Faris apabila dia melihat wajah sedih isterinya itu. Kasihan pula dia melihatnya.

"Hmm takpelah. I tunggu you je Bie. Tak lama dah kan. I boleh je tahan lapar kejap," jawab Helena pasrah.

Suasana menjadi sunyi seketika. Faris sedang sibuk menyiapkan kerjanya manakala Helena sudah selamat berbaring di atas sofa sambil melayan netflix di ipad miliknya. Namun, suasana hening itu tidak bertahan lama apabila pintu pejabat Faris diketuk dari luar. Setelah memberi keizinan, Arina lantas masuk ke dalam. Matanya hanya melihat sahaja Helena yang langsung tidak menghiraukan kehadirannya di dalam bilik itu.

"Ye, Arina. Ada apa-apa ke?" Faris menyoal kehairanan apabila dia melihat tangan Arina yang hanya kosong. Kebiasaannya, setiausahanya akan masuk ke dalam biliknya jika dia ingin menghantar fail yang perlu dia tandatangani.

"Mmm, encik Faris, ada orang nak jumpa," Arina bersuara perlahan. Dia tidak mahu Helena mendengar.

"Siapa?" tanya Faris acuh.

"Perempuan tulah encik Faris. Yang selalu datang sini beberapa hari lepas tu," Arina menjawab. Semenjak dia sudah mengetahui akan kisah Faris, Helena dan Qaisara, Arina perlu lebih berhati-hati supaya isteri bossnya tidak mengamuk jika menyedari akan kehadiran Qaisara di pejabat. Gerun juga apabila dia mendengar cerita daripada rakan sekerja lain yang menceritakan mengenai kejadian yang berlaku beberapa bulan dahulu.

Lagi-lagi Faris mengeluh mendengarkan apa yang dikatakan oleh setiausahanya itu. Qaisara ni memang tak faham bahasa ke?

"Awak cakap dekat dia, saya tak nak jumpa dia. Suruh dia balik. Kalau dia tak nak balik, awak tolong panggilkan security suruh halau dia," arah Faris tegas.

Sesekali, matanya menjeling ke arah Helena, tidak mahu isterinya perasan akan kehadiran Qaisara di pejabatnya. Dia risau akan tercetusnya perang di pejabatnya nanti.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now