Bab 31

1.8K 55 5
                                    

"Aku terima nikahnya Helena Arissa binti Dato' Harris dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai," hanya dengan sekali lafaz sahaja, Helena sudah menjadi milik lelaki yang dicintainya, Faris Zakwan.

Sewaktu doa dibacakan, perlahan-lahan air mata Helena mengalir. Sungguh dia rasa bahagia sekarang. Akhirnya impiannya untuk memiliki Faris sudah tercapai. Delisha yang berada di sebelah Helena cuba menenangkan gadis itu.

"Janganlah nangis El. Nanti tak cantiklah gambar kau. Akad nikah ni sekali je tak boleh nak ulang. Kalau gambar kau tak cantik nanti kau bising pula dekat aku,"

Helena ketawa kecil mendengar apa yang diperkatakan oleh kawan baiknya itu. Lantas dia mengesat air matanya menggunakan tisu yang diberikan oleh Delisha itu.

Usai sahaja doa dibacakan, Faris lantas bangun menghampiri Helena yang cantik memakai baju kurung putih beserta selendang yang menutup rambut panjangnya itu. Sungguh dia terpegun melihat penampilan isterinya itu.

"Assalamualaikum isteri Bie," bisik Faris perlahan.

Helena lantas mengangkat wajahnya apabila mendengar bisikan daripada lelaki kesayangannya itu. Dadanya berdegup dengan kencang apabila matanya bertembung dengan mata milik Faris. Pipinya tiba-tiba membahang. Sungguh dia tidak pernah berperasaan begini. Selama ini, dia tidak pernah berasa malu dengan Faris, namun hari ini dia rasa lain macam pula.

Faris lantas mencapai tangan milik Helena dan menyarungkan cincin pada jari manis gadis itu. Perlahan-lahan Helena mengucup tangan Faris. Dan apabila Faris mengucup dahi Helena, sungguh gadis itu berasa syahdu. Hanya seorang Faris Zakwan sahaja yang boleh membuat seorang Helena jadi begini.

"Sekarang ni, anak mommy dah jadi isteri orang tau. Jadi isteri yang baik dan solehah ye El. Jangan melawan cakap suami kamu. Apa-apa bincang dulu, jangan buat keputusan melulu," pesan Datin Laila.

Helena hanya mengangguk mendengar pesanan mummynya itu . Dia memandang pula ke arah Datin Maria yang duduk di sebelah mommynya. Kelihatan ibu mertuanya itu tersenyum dengan sangat lebar apabila melihatnya.

"Cantik menantu mama ni. Sesuai sangat dengan Faris. Thank you El sebab sudi jadi menantu mama. El jaga Faris elok-elok tau. Kalau Faris ada buat benda tak elok dekat El, bagitahu je mama nanti," kata Datin Maria pula.

Helena hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya itu. Sungguh dia berasa bahagia kerana Datin Maria dapat menerima dirinya sebagai menantu.

Dari jauh, Danish hanya melihat adik kesayangannya yang sudah berkahwin dengan kawan baiknya. Sungguh dia berasa gembira apabila melihat wajah berseri-seri adiknya itu. Dia berharap Faris akan menjaga adiknya dengan baik. Tidaklah dia berasa susah hati lagi memikirkan tentang adik kesayangannya itu kerana sudah ada orang lain yang menjaganya.

*****

Majlis resepsi perkahwinan Helena dan Faris berlangsung dengan sangat meriah. Tangan Helena juga tidak terlepas dari genggaman Faris walau sesaat pun. Mereka berdua juga menyapa tetamu-tetamu yang hadir dan kebanyakan dari mereka adalah kenalan bisnes Faris. Yelah, Helena tidak mempunyai begitu ramai kawan, hanya Delishalah kawan baiknya dari dulu sampai sekarang.

Bercakap soal Delisha, Helena langsung tidak nampak bayang kawannya yang seorang itu. Sepatutnya, Delisha perlu sentiasa berada di sisi Helena kerana gadis itu bertindak sebagai pengapitnya hari ini. Namun itulah, dari tadi lagi dia tidak nampak Delisha.

"Bie, you ade nampak Isha tak? Dari tadi lagi I cari dia, tapi bayang dia pun I tak nampak," Helena bertanya kepada Faris. Mana tahu jika suaminya ada nampak Delisha dan dia tidak perasan.

"Oh, Isha. Bie ada nampak dia dengan Danish tadi. Kenapa cari dia? Sayang dah penat ke? Nak duduk tak?" soal Faris.

Risau jugaklah dia jika Helena penat mengikut dia menyapa kenalannya yang datang ke majlis mereka kerana isterinya itu memakai kasut tumit tinggi yang pasti akan membuat kakinya sakit jika berdiri terlalu lama.

Helena menggelengkan kepalanya.

"I okay jelah Bie. Kaki I okay je. Tak sakit pun. Jomlah kita tegur kawan you yang lain pula," jawab Helena. Sememangnya kakinya juga sudah berasa sedikit sakit, namun Helena gagahkan dirinya untuk mengikut Faris kerana dia takut jika ada perempuan gatal yang akan menegur suaminya.

Dia tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana Faris hanya miliknya seorang. Tiada siapa yang boleh mengambil Faris daripada Helena. Jadi, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk lelaki itu tanpa memikirkan dirinya.

*****

Di satu sudut, Delisha tidak habis-habis mengekori Danish ke mana-mana sahaja membuatkan lelaki itu jadi serabut.

"Isha, can you go away? Aku tak selesalah kau ikut aku dari tadi," tegur Danish.

"Ala abang Nish ni. Bagilah Isha ikut abang. Lagipun, kitakan pengapit pengantin. Isha tak kenal sangatlah tetamu yang datang ni. Abang temankan Isha okay," balas Delisha selamba.

Danish merengus kasar.

"Tak payah nak karang ceritalah Isha. Tu, kat sana ada abang-abang kau. Pergilah duduk berborak dengan kakak ipar kau tu. Aku nak kena pergi ni," kata Danish sambil menunjuk ke arah meja yang diduduki oleh abang-abang dan kakak ipar Delisha.

"Tak naklah. Isha selalu jumpa diaorang. Nak jumpa dengan abang yang susah. So, abang bagilah Isha duduk dengan abang harini. Isha rindulah dekat abang. Abang tak rindu ke dekat Isha?" soalan Delisha sambil dia memaut erat lengan Danish.

"Kau tu siapa nak aku rindu dekat kau. Dahlah aku nak pergi dekat Faris," Danish lantas meleraikan pegangan tangan Delisha dan lantas berlalu pergi ke arah Faris dan Helena yang sedang rancak berborak dengan tetamu yang hadir.

"Eh abang Nish ni. Tunggulah Isha," Delisha lantas mengejar Danish yang sudah berlalu pergi.


Hai guys

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai guys. Sorry sebab author baru update sebab exam baru habis. And sorry juga sebab macam pendek je chapter ni. Huhuhu.... Btw thank you sebab support cerita ni.....

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now