Bab 43

2.3K 67 3
                                    

Helena membuka matanya perlahan. Dia mengerdip matanya beberapa kali berikutan rasa silau yang menjengah. Bau ubat-ubatan menjengah deria baunya.

'Aku dekat mana ni?' Helena cuba mencerna apabila melihat tangannya penuh dengan wayar. Dia cuba mengingat semula apa yang berlaku pada dirinya. Perkara terakhir yang berada di fikirannya adalah di mana dia bergaduh dengan Faris berikutan suaminya yang sudah mengetahui mengenai rancangan jahatnya dan tindakan lelaki itu yang seperti tidak dapat memaafkannya.

Seketika jantungnya berdegup kencang. Matanya melilau mencari suaminya namun kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Seketika Helena menjadi sebak. Faris langsung tiada di sisinya sekarang walaupun dia sedang terlantar di hospital. Suaminya sudah tak sayangkan dia ke? Helena cuba untuk bangun. Dia tidak boleh berdiam diri. Dia perlu mencari Faris. Lelaki itu tidak boleh meninggalkannya.

"You dah sedar? You nak pergi mana ni?" Faris yang baru sahaja keluar dari tandas menegur apabila melihat isterinya yang terkial-kial untuk turun dari katil.

Mendengar sahaja suara lelaki kesayangannya membuat mata Helena bersinar. Rasa gembira menjengah apabila lelaki itu ada di sisinya.

"You nak pergi mana? Badan you tu lemah lagi," Faris mula membebel sambil dia merapati Helena dan membantu isterinya untuk duduk dengan selesa di atas katil.

"I nak cari youlah Bie. I ingat you tinggalkan I sebab bila I buka mata je you takde pun," Helena menjawab lemah. Wajah Faris ditatap lama. Rindunya dia dengan lelaki itu. Kalau bukan disebabkan mereka yang bergaduh, mahu sahaja dia memeluk suaminya erat.

Faris hanya tersenyum mendengar apa yang diperkatakan isterinya. Perasaan bersalah menyelubungi hatinya. Kenapalah dia cepat sangat buat keputusan melulu.

"I ada je dekat sini sayang. You jangan risau okay. I takkan pernah tinggalkan you. I minta maaf sebab layan you dingin dua tiga hari ni. I menyesal sangat. Bila I tengok you tak sedarkan diri, I sedar yang I tak boleh hidup tanpa you," Faris meminta maaf. Sesekali dia mencium tangan Helena yang digenggamnya.

Mendengar apa yang dikatakan Faris membuat Helena sebak. Wajah Faris dipegang. Inilah sebab kenapa dia sangat cintakan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.

"You dah tak marahkan I ke Bie? Sepatutnya, I yang minta maaf dekat you. I banyak sangat buat salah dekat you. I dah hancurkan kebahagiaan you sebab sifat tamak I sendiri. Mesti you menyesalkan kahwin dengan I," Helena masih lagi merasa bersalah. Tangan Faris diramasnya lembut.

"Hei, kenapa you cakap macam tu. I tak pernah menyesal kahwin dengan you sayang. I cintakan you sangat-sangat and tak ada perempuan lain dalam hati I selain you," Faris menjawab. Cuba menghilangkan rasa bersalah isterinya.

Mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh Faris membuat Helena tidak percaya. Bukannya mereka berdua baru bergaduh sebelum dia pengsan? Kenapa tiba-tiba suaminya bersikap baik dengannya. Ada apa-apa yang tak kena ke? Adakah lelaki itu sengaja berbuat baik dengannya dan nanti ingin meninggalkannya?

"Tapi I jahat Bie. I ....," belum sempat Helena menghabiskan ayat, Faris sudah meletakkan jari telunjuknya di bibir wanita itu. Menghalang Helena dari terus bercakap.

"Shhh. I taknak dengar dah you ungkit pasal benda ni. Yang lepas, kita biar je lepas. I faham kenapa you buat semua benda ni sayang and I dah maafkan you. Kita manusia memang tak lepas dari buat kesilapan. Kita lupakan semua ni and mulakan hidup baru okay," kata Faris.

Helena seperti tidak percaya mendengar apa yang diperkatakan oleh suaminya. Adakah dia sedang bermimpi sekarang ini? Kalau betul, dia tidak ingin bangun dari mimpinya.

"Betul ke you dah maafkan I Bie? I rasa bersalah sangat ni. Jangan sebab I tiba-tiba pengsan lepas kita gaduh you maafkan I," Helena mula membuat andaian. Sungguh dia takut.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now