Bab 22

2.4K 75 1
                                    

Sudah seminggu sejak kejadiaan Faris melarang Helena datang menemuinya di pejabatnya lagi. Faris duduk termenung di kerusi pejabatnya. Sekarang sudah masuk waktu makan tengah hari, namun lelaki itu langsung tiada selera mahu makan. Moodnya juga hilang entah ke mana. Dia pun tidak tahu kenapa. Sedang ralit dia termenung, pintu biliknya tiba-tiba diketuk.

"Masuk," kata Faris mendatar. Dia mengangkat wajahnya dan kelihatan Arina masuk sambil membawa beberapa buah fail.

"Encik Faris, ni dokumen yang encik kena sign," Arina meletakkan semua fail itu di atas meja Faris. Pelik juga dia apabila bossnya itu tidak keluar makan tengah hari. Biasanya, lelaki itulah orang pertama yang akan keluar apabila tiba waktu lunch.

Faris hanya mengangguk. Dia hanya melihat fail itu sekilas.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu ye. Nak pergi lunch," Arina meminta diri.

"Wait, Arina," Faris memanggil setiausahanya itu.

"Ye Encik Faris. Ada apa-apa ke?" soal Arina pula.

"Nothing. Saya cuma nak tanya satu soalan. Kenapa sekarang saya rasa kosong eh? Macam ada benda yang tak lengkap. Awak ada jawapan tak?" soal Faris.

Arina tersenyum mendengar soalan daripada bossnya itu.

"Ohh. Saya tahu kenapa," balas gadis itu.

Faris memandang Arina meminta jawapan.

"Sebab cik Helena tak datang sini nak lunch dengan boss lah. Biasanya dia kan selalu datang sini teman boss. Jadi bila dia takde, mestilah boss sunyi," jawab Arina panjang.

Terkedu Faris mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Arina itu. Rindukah dia kepada Helena? Adakah dia jadi begini disebabkan ketiadaan gadis itu?

Arina hanya tersenyum melihat muka bossnya itu. Itulah bila orang dah ada depan mata kenalah hargai, bila dah takde baru nak cari.

"Saya pergi dulu ye boss," Arina lantas meminta diri dan berlalu keluar untuk memberi ruang kepada Faris berfikir.

Faris hanya diam tidak membalas. Dia masih lagi memikirkan perkataan Arina itu.

*****

Helena duduk termenung di taman. Sudah seminggu dia berada di Switzerland, namun dia masih lagi memikirkan tentang Faris.

"Apa yang I kena buat supaya I boleh lupakan you Faris," keluh gadis itu.

Sedang dia ralit memikirkan apa yang perlu dibuat, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Tertera nama Delisha pada skrin telefonnya.

"Babe, bila kau nak balik Malaysia. Aku rindu ni," belum sempat Helena menyapa, Delisha sudah menerjahnya.

"Ya Allah, Isha. Kenapa terjah aku macam tu. Nanti aku balik lah ye. Rasa seronok pula duduk dekat sini," balas Helena.

"Takde, takde. Kau kena balik Malaysia juga. Aku nak lepak dengan siapa. Aku bosan lah kau takde," rayu Delisha.

Helena mengeluh mendengar rayuan Delisha itu. Kasihan pula dia mendengarnya.

"Tengoklah nanti macam mana. Dua tiga hari nanti aku balik," putus Helena.

Delisha bersorak keriangan mendengar apa yang dikatakan kawan baiknya itu.

"Yeay, sayang kau El. Takpe kau balik je sini. Takyah fikir dah pasal Faris tu. Nanti kita cuci mata dekat kelab. Mana tahu ada lelaki hot boleh gantikan Faris dalam hati kau," kata Delisha.

"Kau ni Isha. Kan kita dah cakap taknak masuk tempat tu lagi," marah Helena.

"Chill lah El. Sekali sekala je. Kita bukan buat apa pun. Cuci mata je. Oklah El. Aku kena letak ni. Nanti dah sampai Malaysia bagitahu aku. Kita lepak sama-sama," kata Delisha lagi sebelum menamatkan panggilannya.

Helena hanya menggeleng mengingatkan telatah Delisha. Sejak kecil lagi, gadis itulah kawan baiknya. Yang sentiasa menolong Helena ketika dia susah dan sedih. Disebabkan itulah, dia tidak boleh menghampakan permintaan Delisha yang memintanya pulang ke Malaysia.

*****

Setelah menamatkan panggilannya, Delisha ternampak Danish yang baru sahaja siap berjumpa klien di kafe yang dilepaknya. Lantas gadis itu bangun menghampiri jejaka pujaannya itu.

"Abang Nish. lama tak jumpa," Danish yang mendengar suara Delisha di belakangnya terkaku.

"Aduh bala," katanya perlahan.

Delisha lantas duduk di hadapan Danish. Teruja dia dapat berjumpa dengan Danish hari ini.

"Abang ada kerja lagi tak lepasni?" tanya Delisha sambil merenung lama wajah tampan lelaki pujaannya itu.

"Of courselah ada. Aku nak kena balik pejabat lepasni. Mana boleh curi tulang," balas Danish acuh.

"Alah, tapi Isha bosanlah sebab El takde. Apa kata abang Nish yang ganti tempat El harini temankan Isha," pinta gadis itu.

"Kau bukan kerja ke Isha. Nanti Ian mesti marah kalau kau tak masuk office. Lain kali lah kita keluar," Danish cuba mengelak untuk keluar bersama Delisha.

"Setakat abang Ian tu apalah sangat. Jomlah Abang Nish teman Isha. Sebab abang tak tolong satukan El dengan Farislah kawan baik Isha tu lari pergi Switzerland. Jadi abang kena juga teman Isha" paksa Delisha lagi. Bukan dia tak tahu yang Danish ingin mengelak daripadanya. Sengaja dia guna nama Helena supaya dia dapat meluangkan masa bersama Danish. Bukan senang dia dapat berjumpa dengan Danish kerana lelaki itu sangat sibuk. Rezekinya harini terserempak dengan lelaki itu di kafe ini.

"Yelah. Tapi sekejap je. Lepas asar kena balik," putus Danish sambil bangun untuk berlalu pergi.

Delisha tersenyum gembira. Lantas dia bangun dan merangkul lengan Danish keluar daripada kafe itu.




- sorry tak update semalam. author ada test tadi jadi semalam kena belajar.... - 

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now