Bab 41

2.1K 66 5
                                    

Helena mengetap bibir geram. Hari sudah hampir tengah malam dan suaminya langsung tidak pulang ke rumah lagi. Dia menghela nafas kasar. Macam mana mereka hendak berbincang jika suaminya berperangai sebegini. Dia risau jika ada perkara yang buruk terjadi kepada suaminya. Sudahlah Faris langsung tidak menjawab panggilannya. Namun, kerisauan Helena tidak berpanjangan apabila dia mendengar enjin kereta milik suaminya di luar. 

"You pergi mana Bie. Dari siang tadi lagi you keluar. Sekarang dah pukul 10 malam baru you balik," tanpa berlengah Helena lantas menegur Faris yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

Menengar sahaja suara Helena membuat Faris tersentak. Dia memandang isterinya datar. 

"I ada kerja sikit tadi," Faris menjawab acuh.

"You ada kerja? Tapi hari ni hari Sabtulah Bie. You biasanya takde kerja waktu hari cuti ni and you sendiri tahukan setiap hari Sabtu kita mesti keluar dating. Pergi jalan sama-sama," Helena berkata lagi sambil dia menatap geram ke arah suaminya. Dia tidak suka apabila Faris berperangai sebegini. Mungkir akan janji yang telah mereka buat.

"I penat lah El. Kalau you nak gaduh, esok jelah," Faris membalas sambil kakinya laju sahaja menuju ke arah tangga.

Namun, Helena dengan pantas menarik lengan suaminya.

"No. You tak boleh naik. I nak you jawab soalan I tadi. You pergi mana tadi. Dah dua tiga hari you macam ni? You keluar dengan perempuan tak guna tu ke," Helena sudah mencerlung marah. Dia sudah tidak dapat menahan sabarnya.

Faris menjadi geram mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya. Lantas dia memandang wajah Helena lama.

"Kenapa setiap kali I tak bagitahu you I keluar mana, mesti you tuduh I keluar dengan Qaisara. You ni kenapa El. I penat lah nak dengar tuduhan tak berasas you tu. I ni suami you tau and you kena percayakan I. Tapi, you sibuk nak tuduh I macam-macam. I penat tau nak dengar semua ni. You nak apa sebenarnya?" marah Faris.

Helena tersentak apabila dia mendengar nada garang suaminya itu.

"I cuma nak tahu you pergi mana je Bie. You tahu tak I risaukan you. Dah banyak hari you jadi macam ni. You langsung tak nak cakap dengan I, peluk I macam selalu. I rindukan you Bie. Kenapa you jadi macam ni? Apa salah I?" tanpa dapat ditahan, Helena melepaskan segalanya. Dia hanya inginkan jawapan daripada Faris. Sudah beberapa hari dia menanggung rasa ini. Dia ingin hubungan mereka seperti dahulu, bukan dingin macam sekarang.

Faris mendesah perlahan mendengar apa yang diperkatakan oleh Helena. Dia rasa mungkin ini masanya untuk dia bertanya segala-galanya. Kalau dibiarkan, mungkin hubungan mereka akan jadi lebih teruk. Lantas Faris memandang wajah isterinya.

"Macam nilah El. I cuma nak you jujur dengan I. Cakap dengan I, you ada buat apa-apa yang I tak tahu ke?" Faris mula menyoal.

Muka Helena berubah pucat apabila mendengar soalan yang diutarakan suaminya. Takkanlah Faris dah tahu. Tak mungkin suaminya tahu.

"Tak. I takde rahsia apa-apa dengan you," dalih Helena. Dia cuba untuk tidak menatap mata suaminya. Risau jika Faris perasan yang dia sedang menipu.

Melihat sahaja reaksi yang ditunjukkan oleh Helena, sedarlah Faris yang isterinya sedang menipu sekarang.

"Are you sure Helena yang you takde apa-apa rahsia dari I? Cepat, I bagi peluang untuk you mengaku," Faris berkata lagi.

"Betullah Bie. I takde apa-apa rahsia dari youlah. You ni kenapa nak paksa-paksa I jawab soalan you tu," Helena meninggikan suaranya. Dia mula bengang.

Faris jadi geram dengan sikap berdalih isterinya. Dia menatap wajah isterinya garang.

"I takkan paksa you kalau I tak tahu. Tapi, I dah tahu El. I tahu apa yang you dah buat dekat Qaisara. Apa yang you buat malam sebelum majlis akad kami," akhirnya Faris melepaskan segalanya.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now