Bab 16

1.9K 56 0
                                    

Hari ini hari minggu. Helena sedang berada di sebuah kafe untuk menemui Delisha. Dia ada banyak cerita untuk dikongsi kepada kawan baiknya itu. Maklumlah, semenjak Delisha sudah mula bekerja, mereka berdua tidak dapat meluangkan masa bersama lagi.

"Sorry El, lambat sikit sebab aku bangun lewat," tegur Delisha yang baru tiba. Dia lantas menarik kerusi dan duduk di hadapan Helena.

"Eh, takpe. Maklumlah orang dah busy kerja kan. Aku dah order tau makanan kau," kata Helena.

"Thank you El. Orang suruh pergi kerja tak nak. Kan dah bosan sebab takde aku," perli Delisha. Sememangnya dia sudah mula masuk bekerja minggu lepas setelah dipaksa oleh kedua-dua abangnya itu.

Helena menjulingkan matanya. "Aku bukan apa. Aku malaslah nak pergi kerja. Lagipun abang Nish tak marah pun aku. Lagipun tiap-tiap hari aku pergi pejabat Faris. Tu kira kerja juga kan," jawab Helena.

Delisha menggelengkan kepalanya. Ada sahaja jawapan yang akan keluar daripada mulut Helena. Dia berasa gembira apabila melihat kawan baiknya itu sudah tidak murung lagi.

"So, ceritalah dekat aku apa progress korang," suruh Delisha sambil memandang kawannya yang nampak sangat senang itu.

"Hmmm, aku buat macam kau cakaplah. Tiap hari aku datang teman Faris dekat office. Kadang-kadang aku masak lunch dekat dia and sometimes aku ada ajak dia keluar jalan-jalan," cerita Helena penuh semangat.

"Tapi, aku rasa macam susahlah," sambung Helena lagi.

"Aik, kenapa pula?" soal Delisha pelik.

"Sebab haritu, waktu aunty Maria datang pejabat Faris, aku pura-pura tidur and aku terdengar yang aunty tanya Faris kalau dia still cari perempuan tak guna tu," cerita Helena geram.

"Pastu, Faris jawab apa?" Delisha menyoal penuh minat. Sesekali, dia menghirup jus oren yang berada di hadapannya itu.

"Faris cakap dia ada upah orang cari perempuan tu lagi. Aku tak naklah dia cari perempuan tu. Nanti kalau perempuan tu balik sini macam mana. Mesti dia nak rampas Faris dari aku lagi. Aku taknak. Faris tu aku punya," marah Helena.

"Tapi kan, aku rasa kan aunty Maria tu macam dah boleh terima aku. Sebab dia cakap dia tak kisah pun kalau Faris kahwin dengan aku," kata Helena lagi.

Delisha menatap sahabat baiknya lama. Dia sedang ligat memikirkan sesuatu.

"Relaks, El. Aku yakin buat masa sekarang perempuan tu takkan balik sini. Nanti, aku korek cerita dari mak ngah aku. Tapi, kau kena jaga-jaga juga takut dia tiba-tiba muncul. So, aku rasa selain datang office Faris tiap hari, kau pergilah rumah mak ngah aku tu. Kau spend time masa dengan dia, so nanti dia boleh jatuh sayang dekat kau" cadang Delisha.

Helena mengangguk mendengar cadangan daripada Delisha itu.

"Tapi, kalau pergi rumah mak ngah aku tu, kau kena pakai sopan sikit lah," sambung Delisha lagi.

Helena mengerutkan dahinya. "Kenapa? Baju yang aku pakai ni tak sopan ke?" tanyanya sambil melihat baju yang dipakainya.

Delisha tergelak kecil. "Maksud aku, kau janganlah pakai dress singkat kau yang paras paha tu. At least, tutuplah sampai lutut kau tu. Mak ngah aku tu tak suka orang yang seksi sangat ni. Mungkin sebabtu dia tak berkenan dengan kau kot. Aku pun selalu kena bebel dengan dia. Yelah, kau tengok si Qaisara tu kan pakai tudung, mestilah dia suka. Menantu idaman mungkin," jawab Delisha.

Helena mencebik apabila mendengar jawapan daripada kawannya itu. "Tengoklah macam mana. Bukan senang aku nak ubah diri macam yang dia nak," kata Helena acuh.

"Babe, kau kena tunjuk effort kau yang kau memang nakkan Faris tu. Barulah mak ngah aku boleh suka dekat kau. Dah, jom kita pergi cari baju yang sesuai untuk kau jumpa bakal mak mertua," Delisha yang sudah siap makan itu lantas mengajak Helena berlalu pergi.

Helena hanya mengikut sahaja. Yelah nak dapat anak, kenalah pikat ibu bapa dia sekali.

*****

Pagi itu, Faris sedang menyiapkan kerjanya di bilik bacaan. Dia berasa agak tenang hari ini kerana tidak diganggu oleh Helena. Tiba-tiba, dia mendapat panggilan daripada penyiasat upahan yang dia upah untuk mencari Qaisara. Lantas dia mengangkat panggilan itu.

"Hello Jay, ada apa-apa berita ke?" tanya Faris tidak sabar.

"Ya Allah boss. Relaks. Buat masa sekarang ni, tak ada apa-apa berita lagi. Macam smooth je cara tunang boss tu lari," jawab Jay.

Faris mengeluh. Dia ingatkan Jay ada berita gembira untuknya.

"Habistu, kenapa kau call aku?" tanya Faris geram.

"Macam ni boss. Sebab macam tak dapat kesan cara tunang boss ni lari, saya rasa dia kena culik lah boss," Jay menyuarakan pendapatnya.

"Kau buat lawak apa pula ni. Dah terang-terang tunang aku tu tinggalkan surat cakap tak nak kahwin dengan aku. Mestilah dia lari, bukan kena culik," marah Faris.

"Relakslah boss. Saya cuma bagi pendapat saya je tau. Takpelah, saya akan teruskan mencari tunang kesayangan boss tu. Nanti kalau ada apa-apa info, saya beritahu boss," jawab Jay sebelum dia meletakkan panggilan.

Faris mengeluh. "Mana awak pergi ni Sara. Awak tahu tak saya risau dengan keadaan awak," keluh Faris.

Dia terfikirkan kata-kata Jay tadi. Kalau betullah Qaisara kena culik, siapa pula yang buat kerja ni. Takkanlah Helena. Faris yakin Helena tidak jahat untuk membuat perkara sebegitu kerana walaupun Helena agak annoying di matanya, namun hati gadis itu baik.

Her Obsession : Faris Zakwan ✅Where stories live. Discover now