Bab 10

9 0 0
                                    

"kau tak nak belanja aku ker?"soal Rei seraya tersengih.Tanpa sedar dia sudah menetap di wad itu selama 3 minggu.

 "sempena apa pula?"laju Yuna menanya sambil mengangkat bagasi milik Rei ke dalam bonet kereta.

 "aish...sempena aku keluar dari hospitallah.!"ujar Rei  lalu menghentak kaki memasuki kereta.

Yuna hanya menjeling sekilas sebelum dia menyusul memasuki kereta.

'gedik betul!'bisik hatinya.

"tak payah nak merajuk."tegas Yuna menegur.

"kau tulah,tak sporting betul."

"belajar hidup berdikari sikit boleh tak?"ujar Yuna lalu membawa kereta.

 'lepas ni aku harap kau bertahan Rei.Maafkan aku.'bisik hati Yuna.

<di rumah>

 Yuna menghulurkan sekotak hadiah hitam kepada Rei.Dengan diam dia duduk di sofa sebelah Rei.

 "apa ni?"soal Rei.

"aih minah ni,banyak tanya pulak.Buka jelah....

Segera Rei mahu membuka.

"nanti!buka nanti."segera Yuna menghalang.

"kenapa tak boleh buka sekarang?"

"nanti kau akan tahu bila masa yang sesuai nak buka benda ni."ujar Yuna menahan sedih.

"kau okey tak?"

"aku kena pergi dari sini."

"kau nak pergi mana?"soal Rei ceria.

"aku kena ikut temankan Koa dekat Korea."

"bukan dia dah pergi ke?"

"ye,tapi mak aku minta aku susul dia dekat sana,tapi sejujurnya aku tak nak pergi..."

"then,tak payah lah pergi."jawab rei pantas.

  'kau tak paham perkara ni Rei,perkara ni bukan senang.Ini melibatkan nyawa kau dan orang terdekat kau.Tak pasal-pasal aku dan keluarga aku pun terbabit. 'bisik hati Yuna

"tak pelah,aku ikut.Bukannya lama sangat pun,sebulan jer.."

"sebulan jer?!"

"cakap je kau suka.Kau boleh bebas."ujar Yuna seperti mengetahui perasaan sebenar Rei.

Rei tersengih.

<di airport>

"jaga diri elok-elok dekat sana nanti."pesan mamanya.

Yuna mengangguk.

"mak cik tak perlu risau,ini kan Yuna.Kan,Yuna?"sempat sahaja Rei menyiku lengan Yuna yang lagi kusut fikirannya.

 Yuna hanya tersenyum kecil.

"dah tak payah nak buat drama.Cepat!nanti kau terlepas flight."ujar Yusai lalu menolak adiknya hingga jauh meninggalkan mamanya,Rei dan Aunty Lia.

  "kau ingat pesan aku."sempat Yusai membisikkan ke telinga adiknya sebelum dia berpaling ke arah berlawanan dengan Yuna.

Yuna mengangkat kakinya perlahan.Entah kenapa berat benar hatinya mahu meninggalkan Rei menghadap perkara ini sendiri.

  'maafkan aku,Rei.Bukan niat aku untuk menyusahkan kau tapi aku nak kau belajar sesuatu.'

Bagasinya ditarik perlahan untuk meninggalkan Malaysia selama sebulan.Tanpa pedulikan apa yang terjadi di Malaysia.Yep!itu perjanjiannya.




CAZADOR DE AMORWhere stories live. Discover now