Bab 11

4 0 0
                                    

"kamu nanti tinggal sorang lah ye?"soal Aunty Anna.
Rei mengangguk.
"Yuna dengan Koa tu rapat betul kan?"
  "Ha'ah.Yuna dengan si Koa tu rapat dari kecil lagi."beritahu Aunty Anna.
  "Macam mana Aunty Anna dengan Aunty Lia tu boleh rapat?"
  "Arwah suami aunty kawan baik dengan suami Aunty Lia.Diorang kawan dari universiti lagi."
  "Kalau saya boleh tahu papa Yuna dulu dengan papanya si Koa tu kerja apa?"Banyak pula pertanyaan si wanita malang ni.
  "Setahu aunty arwah Uncle Adam kau dulu pernah bagitahu aunty dia kerja sebagai ketua kumpulan pembantu polis Tapi...entah lah,aunty pun tak faham sangat."
  "Oh,patutlah Yuna dan Koa tu rapat sangat macam adik-beradik.Sampai Yuna sanggup temankan Koa dekat Korea."
Mendengar ayat yang keluar dari mulut Rei menjadikan Aunty Anna tersedak air yang sedang dia minum.
"Bukan Yuna saja nak jalan-jalan ke?"
"Ye ke?!tapi dia bagitahu saya dia kena temankan Koa dekat Korea.Sampai hati dia tak ajak saya sekali."ujar Rei dalam nada merajuk.
"Tu yang aunty pelik bila Rei tinggal sorang tapi Yuna pergi Korea.
Sedangkan korang ni macam isi dengan kuku."Aunty Anna mengelap mulutnya dengan tisu.
   'sampai hati kau Yuna!'bisik amarah serta merajuk Rei.
Setelah abang Yusai balik semula dari menghantar Yuna mereka segera berkemas dan bersedia untuk pulang.
Sekarang ni hanya orang tertentu sahaja yang tahu dan patut tahu apa yang terjadi.
<DI TEMPAT PARKIR>
"Betul ke ni Rei nak balik sorang?dah lewat malam.Kalau ia pun biar lah aunty teman."ujar Aunty Anna.
"Tak pe.Rei boleh je.Bye."ucap Rei acuh tak acuh lalu memasuki kereta nya.
'ada sesuatu dah berlaku lah ni...'bisik hati Yusai apabila melihat Rei yang tadinya ceria berubah sejurus kembalinya dia semula setelah menghantar Yuna pergi.
//POV YUNA//
"Uargh!!!!"Yuna menggeliat seraya menguap kecil sejurus sahaja turun dari kapal terbang.
Walaupun ramai yang memerhatikan sikapnya yang kurang sopan itu dia tetap tidak endahkannya.Ibarat angin lalu sahaja.
'mana aku nak pergi....?ha,sana!'terus diangkat kakinya memulakan perjalanan memasuki ke dalam  perkarangan airport.Sedang menarik bagasinya dengan malas tiba-tiba ada seseorang datang dari belakang pantas mengambil alih menarik bagasi miliknya.
  "Hey,who are you?!"soal Yuna bengis melihat jejaka berpakaian seluar jeans,hoodie hitam,topi serta pelitup muka berwarna putih yang berjalan di sebelahnya tanpa sebarang reaksi.
  Lelaki itu toleh mukanya perlahan ke arah Yuna lalu mengangkat topinya dan dibetulkan rambutnya.
   "Koa?!kau buat apa dekat sini?"segera ditepuk ganas bahu si sahabat.
"Aish....relakslah.Aku nak jemput kau je takkan tak boleh?"ujar Koa seraya mengeyetkan sebelah matanya.
"Mama aku bagitahu kau ke?"soal Yuna tidak puas hati.Kacau betul mood orang nak gembira-gembira.
   "Yeap!"jawabnya.
Mereka meneruskan berjalan lalu menyelesaikan urusan Yuna terlebih dahulu.Setelah selesai semuanya mereka berdua pun mula mengorak langkah menuju ke kereta Koa.
    KROOOGH~~~~
"Woohoo,rancak betul konsert tu..."perli Koa lalu memasukkan bagasi Yuna ke dalam kereta.
  "Hihi...."sengih Yuna seraya kakinya menguis-nguis tanah.
  "Kau nak makan dulu ke?"
  "Boleh?"soal Yuna dengan muka seposennya.
"Cepatlah masuk kereta!"arah Koa apabila melihat Yuna terkial-kial.
Dengan segera dia berlari pantas ke arah Koa,di sebelah kiri.
"What' wrong with you?This is Korea,girl.Come on."ujar Koa tatkala melihat Yuna yang sepertinya sudah lupa bahawa kereta Korea pemandu di sebelah kiri.Bukannya seperti di Malaysia di sebelah kanan
  "Oh.... sorry."segera dia berlari anak ke sebelah kanan lalu memasuki kereta.Koa hanya sempat menggeleng kepala sebelum dia memasuki kereta.

CAZADOR DE AMORWhere stories live. Discover now