1

249 5 0
                                    

"I tak sangka ni yang i dapat after what yang i dah korbankan untuk us? I give all i can just to make you mine, girl. Now i'm here to take what should be mine, sayang. I want you so bad"

Kata-kata Adam itu berlegar legar dikepalanya membuatkan dia amat takut. Ya, memang Aleesa yang membatalkan pertunangannya kerana hubungan sulit antara Adam dan klientnya, Emelia terbongkar. 

Aleesa ingin melawat Adam apabila dapat tahu bahawa Adam demam dan tidak dapat hadir ke mesyuarat penting pada pagi itu. Setibanya Aleesa di rumah Adam, dia ternampak kasut perempuan diluar rumah. 

Terus sahaja dia merempuh pintu rumahnya itu memandangkan dia mempunyai kod pintu kondo itu. 

Tergamam reaksi Aleesa apabila melihat Adam dan Emelia sedang berciuman dan sedang bemesraan di atas sofa ruang tamu. Aleesa terus mengorak langkah dan menampar muka lelaki itu. 

Aleesa terus sahaja memutuskan mereka putus tunang dan mencabut cincin dan dilemparkan cincin itu pada muka Adam. 

Selepas beberapa hari, Adam mula untuk memujuk Aleesa untuk membatalkan niat Aleesa untuk membatalkan pertunangannya itu. 

Bukannya Aleesa tidak tahu bahawa Adam bertunang dengannya hanya kerana harta dan Mama Adam yang berkenan dengan sifat Aleesa yang lemah lembut. 

Kakinya masih mengorak langkah lari dari kawasan bangunan pejabatnya itu. Kakinya terasa pedih akibat lari berkaki ayam itu tidak dihiraunya asalkan dia terselamat dari situasi ini.

Sungguh aku tak sangka Adam akan sekejam ini sampai sanggup untuk memperkosanya hanya semata dendam. Tanpa Aleesa sedar, sebuah kereta honda meluncur laju kearahnya lalu-

PINN , SKREET

"Macam mana dengan keadaan pesakit, dokter?" soal aku laju. Risau dengan keadaan wanita yang aku terlanggar sebentar tadi. 

Mananya tak risau, tiba tiba je lintas jalan sambil berlari. Nasib baik dia sempat menekan break. Kalau tak sempat tadi, mahu arwah perempuan tu.

"Alhamdulillah takde apa yang serius. Pesakit hanya terkejut dan pengsan sahaja dan dia perlukan masa yang cukup untuk berehat. Buat masa ni, pesakit diruang menunggu" kata dokter itu mesra. 

"Terima kasih, dokter" kata aku mesra . "Saya minta diri dulu" kata dokter itu lalu pergi meninggalkan aku dengan jururawat ini. 

"Encik, boleh saya tau apa hubungan encik dengan pesakit?" soal jururawat itu. Aku hanya diam. Nak jawab apa ni? Takkan lah nak jawab yang aku langgar dia? Kang tak pasal pasal kena pergi balai polis pulak. 

"Err- saya s- suami dia" kata aku. "Ouh suami. Boleh encik ikut ke kaunter untuk daftarkan isteri encik?" soal jururawat itu. "Yup sure" balas aku dan hanya senyum lalu aku diiring untuk pergi ke kaunter.

Sampai sahaja ke kaunter, jururawat itu memberikan beberapa ubat untuk 'isteri' aku. "Encik, maklumat ni nak daftar bawah nama encik tau isteri encik?" soal jururawat itu. 

"Err- nama saya. Hilman Naufal bin Nasaruddin" kata aku. Jururawat itu senyum dan mula menaip dalam sistem komputernya itu. 

"Encik Hilman, ni ubat sapu pada luka kaki isteri encik dan saya sertakan dengan pembalutnya sekali ye. Dan ini pulak ubat tahan sakit ye? Makan 2 biji sehari dan jika perlu. Semuanya RM15" kata jururawat itu mesra.

Not hijau dan merah bernilai RM15 itu aku hulurkan kepada jururawat itu lalu pergi dari situ. Banyak betullah dugaan harini. Baru plan nak balik rumah Ummi harini dah timbul satu masalah pulak. 

Apalah bala sampai terlanggar orang malam malam macam ni. Haihla apalah nasib kau ni, Hilman. 

Hilman menuju ke arah Aleesa yang sedang termenung di ruang menunggu itu. Punggungnya dilabuhkan dihadapan kerusi yang diduduki Aleesa. Beg plastik yang berisi ubat itu dihulurkan kepada Aleesa. 

Dia kelihatan seperti takut dengan figura dihadapannya. Effect trauma lari daripada Adam mungkin. 

Hilman senyum melihat tingkah laku Aleesa dan dia pasti ada sebab kenapa Aleesa lari di waktu maghrib sebegini, berkaki ayam pulak tu. 

"Nah ubat kau, aku dah bayarkan. Semuanya RM15 tapi kau tak perlu bayar, kau anggap jelah ni tanda maaf aku sebab dah langgar kau tadi" kata Hilman. 

Perlahan-lahan Aleesa mengambil plastik dari tangan Hilman itu. "Te- terima kasih" balas Aleesa. 

"Aku Hilman, nama kau apa?" ramah Hilman. "Aleesa" balasnya ringkas. "Good then. So, kau nak aku hantar kau balik mana ni?" kata Hilman. 

Hilman takdelah kejam sangat, dah langgar biarkan macamtu je. Biarlah dia hantar wanita itu pulang ke rumah dengan selamat. Dari riak muka Aleesa, nampak riak mukanya yang masih takut dengan apa yang dah jadi. 

"Saya taktau nak balik mana sekarang ni. Yang saya tau, saya taknak balik rumah buat masa sekarang. Awak drop off jela saya kat hotel or mana mana jela" kata Aleesa. 

Bukan dia sengaja untuk tidak balik ke rumah, cuma dia tau Adam akan mencarinya di rumah Papa. Dan dia tak mahu berdepan dengan Adam buat masa ini. Kalau boleh, dia tak mahu langsung Adam wujud lagi dalam dunia ini.

Hilman mengerling ke arah jam tangannya itu. Sudah masuk waktu isyak. "Kau duduk sini kejaplah. Aku nak pergi solat isyak kejap. Lepas aku solat, aku hantar kau balik. Kalau kau boleh solat, jomlah solat sekali" ajak Hilman. 

Aleesa hanya mengeleng. Hilman tanpa berlengah faham akan maksud Aleesa itu lalu terus pergi ke arah surau. 

Aleesa hanya memandang Hilman dari ekor mata. Otaknya sedang serabut dengan masalah yang dia hadapi sekarang. 

Ke mana dia harus berteduh? Kemana dia harus pergi? Pulang ke rumah Papa nya bukanlah destinasi yang selamat buat masa sekarang. 

Semestinya Adam akan memujuk Mamanya untuk pergi ke rumah Papa untuk mencari aku. Dan Papa mesti tahu tentang perkara ini. Bukan sekarang tapi nanti.

'Ya Allah, terima kasih kerana selamatkan aku malam ni dengan menghantar Hilman untuk menolongku ya Allah. Bantulah hambaMu ini Ya Allah, permudahkanlah urusanku, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani' getus hati Aleesa berdoa memohon kepada Allah. 

Dalam PelukanmuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang