7

150 2 0
                                        

Lepas sahaja makan tengah hari, itulah kali terakhir aku nampak bayang Aleesa, tah buat apa entah dalam bilik tu. Dahnak masuk isyak dah ni dan dari tadi dia tidak keluar dari bilik.

Ibu pun tak berani mahu mengganggunya. Takut takut kalau dia trauma lepas apa yang budak kampung buat padanya membuatkan peristiwa bekas tunangnya itu membuatkannya takut. Ibu pun terus mengadu pada Hilman. Wah tak boleh jadi ni, makan petang tak makan. Makan malam pun tak keluar, takkan mati kebulur anak orang dalam bilik tu.

Pintu biliknya diketuk namun tiada siapa pun yang menyeru. Ibu segera mengambil kunci pendua untuk buka pintu itu. Lantas tubuh Aleesa yang lena ketiduran di atas katil. Ibu terus berjalan ke arah Aleesa.

Baru sahaja duduk di sisi Aleesa, habanya kian merebak ke tubuh ibu. Terus tangan ibu melekap pada dahi Aleesa. Panas. Tubuh Aleesa digoncang bagi membangunkan gadis itu.

"Aleesa, Aleesa demam ye nak? Kenapa tak bagitau ibu?" Aleesa hanya menarik selimutnya dan menggenggam tangan ibu dan dibawa ke bawah dagunya. Lantas ibu memanggil Hilman untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Fal, Aleesa demam ni. Bawak dia pergi klinik, jom" kata ibu risau. Hilman yang baru sahaja ingin pergi mengambil kunci kereta terus sahaja dihalang oleh Aleesa. "T-tanak. Aleesa tanak pergi klinik" kata Aleesa lemah.

"Tak bolehlah kalau tak pergi, nak. Panas sangat badan ni" pujuk ibu. Aleesa hanya menggeleng tanda tidak mahu. "Takpe, Aleesa boleh tahan lagi." balas Aleesa.

"Kau jangan nak mengada, kita pergi klinik sekarang. Kau larat tak ni nak jalan?" soal Hilman tegas. "Takpelah, saya tanak pergi klinik" kata Aleesa lagi. Bukan apa, dia rasa diri dia ni hanya demam biasa.

"Kau nak jalan sendiri or nak aku dukung ni?" ugut Hilman. Ibu hanya senyum melihat ragam anak lelakinya itu. Risau tapi ego. Nak pujuk pun perlahan lahanlah. Alahai anak bujang aku.

"O-okay okay saya jalan sendiri" kata Aleesa yang kelemahan. Dia nak bangun pun rasa badannya mahu rebah. Ibu segera memapah Aleesa masuk ke dalam kereta. Hilman segera membawa Aleesa ke klinik.

Setelah setengah jam di klinik, ubat pun sudah ambil. Hilman membantu Aleesa untuk masuk ke dalam kereta. Aleesa yang memandang Hilman berasa aneh. Mana ibu? Keningnya dikerutkan, eh- "Kenapa kita berdua je ni? Mana ibu?" soal Aleesa.

Hampir tergelak Hilman dibuatnya. Dahnak balik baru perasan yang mereka hanya berdua? "Memang dari tadi aku je teman kau pi klinik. Ibu kat rumah la jaga rumah" balas Hilman yang sedang memakai tali pinggang keselamatan.

Lemah sangat Aleesa ni sampai dah nak balik baru perasan dia hanya berdua dengan Hilman. Dokter kata Aleesa hanya tertekan, mungkin kesan dari budak kampung yang cuba menggangu dia. Jujur, masa dia diperangkap dengan budak kampung itu, peristiwa dimana Adam cuba merogolnya bermain difikiran. Dia amat takut.

Sungguh Aleesa tak mahu susahkan sesiapa dan tak mahu terhutang budi dengan orang. Tapi hanya satu yang Aleesa harapkan saat dia diganggu tadi.

'i wish Hilman was there'

15 minit memandu, kereta Hilman berhenti di satu warung. "Kita nak buat apa kat sini?" soal Aleesa. "Last kau makan tadi tengah hari kan? Kita kat sihi nak makan, isi sikit perut kau tu" kata Hilman

"Tapi saya tak lapar" sambung Aleesa lagi. Hilman membuka tali pinggang keselamatan itu dan pusing menghadap Aleesa. "Kau kan demam, nak makan ubat kan lepasni? Macam mana nak makan ubat kalau tak alas perut? Kau makan siket okey?" pujuk Hilman. Kalini nada suaranya amat lembut.

'Haihlah, kenapa hati ini mudah sangatlah cair' getus hati Aleesa. Aleesa hanya akur. Baik aku makan masa dia tengah lembut lembut ni. Sekali jadi singa, nahas aku.

Hilman membukakan pintu untuk Aleesa dan mereka menjamu selera di warung itu. Semasa makan, Aleesa hanya merenung makanan yang berada dihadapnnya. Hilman memandangnya dengan bercekak tangan pun langsung tidak dihiraukannya.

Hilman menyudukan sedikit bubur ayam dihadapan Aleesa itu dan disuakan ke mulut Aleesa "Makan siket?" Aleesa menggeleng. Kepalanya urut dia urut perlahan. Hilman yang faham akan maksudnya itu segera menukar posisi ke sebelah Aleesa.

Bahunya kanannya ditepuk perlahan. Aleesa menganggkat kening tanda tidak faham. "Sandarlah kat bahu aku. Nanti kau pengsan kang, aku yang susah" kata Hilman. Aleesa yang sedang memproses kata kata Hilman itu terus kepalanya ditolak lembut oleh tangan Hilman untuk bersandar dibahunya.

Badan Aleesa mengeras, janggal. Lalu sekali lagi Hilman menyuakan bubur ke mulutnya. "Bukak mulut, makan. Takde alasan dah kau nak bagi" Aleesa yang kalah itu hanya akur.

Lepas beberapa suap, Aleesa sudah menolak. Hilman faham akan maksudnya itu terus berhenti menyuakan bubur. Plastik ubat tadi dicapainya dan memberi beberapa biji jenis ubat kepada Aleesa. Ubat itu bertukar tangan dan Aleesa menelan kesemuanya. Lega rasa hati Hilman berjaya pujuk Aleesa makan malam dan makan ubat.

Jam di tangan Hilman dikerling. 11.30 malam. Kini mereka pun pulang kerumah. Risau pula keadaan ibu dirumah sorang sorang.
Hilman membantu Aleesa untuk masuk ke dalam kereta. Alhamdulilah lepas makan, adalah jugak tenaga buat Aleesa untuk berjalan. Kalau tak dah macam mayat hidup je.

Dalam PelukanmuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang