11

153 3 0
                                        

"WHAT ? DIA LELAKI YANG SELAMATKAN KAU TU?"

Dahlia seakan akan tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Aleesa. Mana mungkin dia boleh jumpa lelaki yang sekamatkannya 2 bulan lepas. Tanpa menghubungi atau apa apa. Tapi apa kan daya, perancangan Allah, bukan?

"Ish kau ni, diamla sikit" marah Aleesa. "Esok aku pergi lawat site dengan dia" sambung Aleesa. Dahlia sejak yadi hanya gelak dengan cerita Aleesa. Bukan apa, terasa macam novel la pulak.

Lelaki yang sama selamatkan dia dari kena perkosa oleh Adam, lelaki yang sama sentiasa menjaganya ketika dikampung selama sebulan dan lelaki yang sama jugalah lelaki yang menjadi partner discussionnya tentang projek baru Yayasan Zainal.

"Kau pergilah tido awal, esok kalau lambat nanti kena marah dengan Abang Hilman kau" usik Dahlia. Aleesa hanya menjeling kawan baiknya itu. Dahlia hanya gelak.

Aleesa terus masuk ke bikik untuk beradu. Katilnya ditepuk teouk sebelum badannya dieebahkan ke katil empuk itu. Sengaja dia mahu tidur dirumah sewanya bersama Dahlia, rindu katanya.

Ting

Baru sahaja aku ungin merebahkan badanku, notifikasi whatsapp Aleesa masuk. Segera dia melihat nama yang tertera di skrin phonenya itu.

hilman noob:
- esok jangan lambat
- lambat , tinggal

Aleesa berkerut. Macamni pulak gayanya ya kalau dah jadi partner discussion ? Salam pun tak bagi. Makin angkuh ye hish.

you:
- waalaikumussalam, cuba bagi salam dulu
- baiklah Encik Hilman

Sengaja aku perli tentang salam tu. Tak lama kemudian, notifikasi aku berbunyi tansa mesej whatsapp masuk

hilman noob:
- okey

"bro- 'okey' je dia kasi aku? haih pape jelah dia ni" ngomel Aleesa lalu meletakkan telefonnnya di atas meja sebelah katilnya. Tubuhnya segera direbahkan dan tidur.

Selamat malam dunia..

Dalam perjalanan aku ke pejabat Hilman. Aku segera menaiki lift Mateo's Holding. Pintu lift yang sedang tetutup itu ditahan oleh sesorang. Lelaki itu terus senyum sini kepadaku. Wajah itu.. wajah yang amat aku geruni.

Adam Danial .

"Oh well. Finally after 3 month i've been searching for you, sayang" kata Adam. Tangannya itu dinaikkan untuk mengusap kepala Aleesa. Aleesa segera menepis tangannya itu.

"Jangan sentuh aku la Adam" marah Aleesa. Terus sahaja dia menggigil ketakutan. Ya, trauma nya bukan boleh buat main. Adam amat bahaya kalau hendak dibandingkan dengan binatang.

"Ouch, kasar. I love it, sayang" kata Adam nakal. "Ad- Adam please.." rayu Aleesa. Baru sahaja Adam mendekatkan tubuhnya ke tubuh Aleesa, lift itu segera berhenti ke tingkat yang Aleesa tuju. Tingkat office Hilman. Adam segera menjarakkan antara dia dan Aleesa apabila pintu lift dibuka.

Terbuka sahaja pintu lift, terpapar wajah Hilman disitu. Matanya tajam merenung ke arah Aleesa yang mendiamkan diri. Hilman masuk ke dalam lift dan berdiri di antara Aleesa dan Hilman. Suasana senyap sepi.

Sampai sahaja ke ground floor, Aleesa terus ke arah kereta tanpa menghiraukan Hilman yang mengejarnya. Adam yang menunduk menandakan hormat pasa bossnya itu. Ya, selepas sahaja di pecat di syarikat Dato Zainal, dia terus memohon kerja di syarikat Hilman.

Hilman terus mengejar Aleesa yang berlari ke arah keretanya itu. "Aleesa, stop Aleesa" jerit Hilman. Aleesa segera berhenti dan pusing menghadap Hilman. "Kau kenapa ni? Tercungap cungap bagai" soal Hilman.

Aleesa hanya memandang ke arahnya. Nafasnya cuba dikawal. "Takde apa, j-jomlah kita pergi site. Dah lambat ni" kata Aleesa.

"Kau sure?" soal Hilman lagi. Aleesa mengangguk "Saya naik kereta saya , saya follow awak dari belakang" lantas terus masuk ke dalam perut keretanya itu.

Hilman hanya mengangguk dan pergi ke arah keretanya. Enjin kereta dihidupkan dan kereta honda civicnya membelah jalan dan menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

Sampai sahaja ke tapak pembinaan, kami periksa apa yang patut. Tapi apa yang Hilman perasan adalah, Aleesa tidak focus seperti selalu. Seperti ada yang mengganggu fikirannya.

Tapi Hilman hanya membiarkannya. Mungkin perasaan dia je kot. Pada tengah hari itu, Hilman meminta diri untuk pulang ke office kerana ada mesyuarat emergency yang tidak dapat dielakkan.

Hilman menyuruh Aleesa untuk pulang jika kerjanya sudah selesai. Aleesa hanya mengangguk. Hilman terus sahaja ke arah pejabatnya.

Hilman yang berada di dalam bilik mesyuarat itu langsung tidak focus. Entah apa yang otaknya fikirkan. Mahu risau pasal Aleesa? Dia sudah menyuruh Zaidi selaku ketua yang menguruskan pembinaan ini untuk memastikan keselamatan Aleesa sepanjang di site.

Haih kenapalah hati rasa tak enak. Dan kenapa Aleesa semacam nak mengelak dari dia sepanjang di site tadi ? Kenapa semua ni jadi selepas dia keluar dari lift pagi tadi. Dalam lift tu hanya ada Adam dan Aleesa sahaja. Apa sebenarnya yang jadi ?

Dalam PelukanmuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang