12

110 3 0
                                    

Habis sahaja meeting, Hilman terus pulang ke kondo miliknya. Phonehya dibuka lalu mesej dia dan Aleesa dibuka. Jarinya laju menaip sesuatu.

aleesa gedik

- Assalamualaikum, kau dah sampai rumah ke belum?
- Macam mana site? okey ke tak?

Aik? One tick je? Chat yang sebelum ni pun masih one tick.

aleesa gedik

- jangan lupa lunch, nnti kau sakit- aku minta maaf sbb tak dpt teman kau rini

Dia kat site lagi ke takde line ni? Jam di dinding dikerling.

6.00 petang

Selalunya macamni dah sampai rumah. Adalah kot dia pergi mana mana tu. Hilman terus mengambil tuala yang tersangkut di penyangkut itu dan menuju ke arah bilik air.

Selesai sahaja membersihkan diri, belum sempat memakai baju, laju saja phonenya di ambil dan lantas membuka mesejnya dengan Aleesa. Masih tidak berbalas dan masih one tick. Mungkin jalan sesak kot , dah petang ni mesti ramai yang baru nak pulang ke rumah. Tuala yang tersangkut di bahunya itu di ambil dan segera mengeringkan rambutnya yang masih basah.

Baru sahaja kakinya di angkat untuk pergi ke arah dapur, phonenya berdering.

'Zaidi'

Kening dikerutkan. Segera ikon hijau itu diherotkan ke kanan.

"Assalamualaikum, Tuan Hilman" sapa Zaidi.

"Waalaikumsalam, ye Zaidi ada apa?" soal Hilman

"Kita ada masalah, Tuan" kata Zaidi sambil tercungap cungap. Hilman mula risau.

"Kenapa? Apa jadi kat site?" soal Hilman cemas.

"Block baru yang kita baru bina tadi tu runtuh, Tuan" kata Zaidi. Hilman mampu mengucap je sekarang ini.

"ALLAHUAKBAR. Abestu crew crew yang lain macam mana? Semua ada?" soal Hilman.

"Ada. Semua cukup dan semua selamat. Tapi saya minta maaf sangat sangat, Tuan Hilman.. Semua selamat tapi- " kata Zaidi sebelum menyambung kata katanya semula

"Tapi apa, Zaidi?" soal Hilman. Hatinya mula tak sedap. Merasakan sesuatu yang buruk berlaku.

'Ya allah, please dont be her'  getus hati Hilman

"Tapi- Cik Aleesa terperangkap kat dalam block tu" sambung Zaidi.

"Macam mana dia boleh ada dalam tu? Bukan aku dah arahkan kau untuk jaga dia ke?" tengking Hilman

"Ma- Maafkan saya Tuan, masa tu saya-" belum sempat Zaidi menerangkan apa sebenarnya yang berlaku, talian dimatikan.

Talian terus dimatikan, Hilman terus mengambil kunci keretanya dan menghidupkan enjin keretanya. Dalam perjalanan, fikiran Hilman hanya memikirkan tentang keselamatan Aleesa.

"Aleesa, hang on there. I'm coming.. Ya Allah, save her ya Allah" rayu Hilman. Pedal minyak ditekan semakin laju. Keretanya terus membelahi jalan raya yang sesak itu. 

Dalam PelukanmuWhere stories live. Discover now