3

183 5 0
                                    

Brek tangan itu diturunkan setelah sampai ke warung Pak Sulaiman yang terletak berhampiran dengan rumah ibunya. Hilman terus mengejutkan Aleesa yang masih lena itu. 'Amboi, lamanya dia ni tidur. Kalau boleh memang taknak bangun ke cam mana?' getus hati Hilman

"Aleesa, bangun. Kita dah sampai Melaka. Tapi sebelum tu, kita sarapan dulu okey?" pujuk Hilman seraya merenung sahaja perilaku Aleesa yang mengeliat kecil

"Kenapa awak tak kejut saya subuh tadi?" ujar Aleesa. "Kalau aku kejut pun, bukannya kau boleh solat" kata HIlman.

"Yelah, tapi at least saya boleh teman awk drive. Kesian awak drive sorang sorang" tambah Aleesa lagi.

"Dah jom, kita sarapan dulu" ajak Hilman. Mereka pun keluar dari perut kereta. Hilman menolong Aleesa yang jalan berjingkit itu. Orang suruh pakai tongkat taknak. Alasannya malu konon. "Baik baik, tu ada batu. Kang terkoyak pulak tapak kaki lagi sebelah" usik Hilman.

Sudah lama Hilman tak mengejakkan kaki disitu. Rasanya 6 bulan lalu adalah kali terakhir dia menjejakkan kaki di warung Pak Sulaiman itu. Itu pun sebab ibunya terasa nak makan mee kari power buatan Pak Sulaiman. 

"Assalam PakSu" tegur Hilman seraya bersalam dengan Pak Sulaiman. "Waalaikumussalam. Ya Allah, Naufal. Dah lama kau tak jejak warung aku ni, Fal" ramah Pak Sulaiman. Aleesa hanya merenung sahaja adegan itu.

"Banyak kerja kat office la PakSu, ni pun free sebelum start balik projek. Tu yang Fal balik amik cuti nak duduk dengan Ibu seminggu dua macam tu" tambah Hilman. Rapat betul dia dengan 'PakSu'

"Ouh laa. Abestu, anak dara belakang tu, siapa tu? Bakal menantu ibu ke?" usik PakSu lalu tergelak kecil. "Ish PakSu ni, tu kawan Fal. Nak amik angin kampung katanya" usik Naufal. 

"Angin angin lah sangat Fal. Masuk jelah jarum Fal. Helok dah tu nak jadi bini, lawa pun lawa, comel ja PakSu tengok" tambah Pak Sulaiman. Amboi orang tua ni, dia yang melebih getus hati kecil Hilman. Bukan main.

"Amboi PakSu, bukan main ye. Bagitau MakSom nanti baru tau langit ut tinggi ke rendah" usik Hilman. "PakSu kenenkan kamu la dengan dia, untuk PakSu buat apa. Kubur dah panggil dah tu, takde masa nak menggatal gatal ni. AHAHHA ha, ni kamu nak makan apa ni?" tanya Pak Sulaiman.

"Aleesa, nak makan apa?" tanya Hilman pada Aleesa. "Bagi roti canai dengan air suam jelah" balas Aleesa. 

"Kasi roti canai 2, teh tarik dengan air suam, PakSu" kata Hilman. PakSu hanya mengangguk. "Aleesa, sedap nama dia Naufal" tambah PakSu sebelum beredar ke arah dapur. "Eh sudahlah PakSu HAHAHA" ketawa Hilman lalu ke meja mereka semula.

Sementara menunggu makanan, suasa hanya sepi. Aleesa hanya membelek skrin phonenya yang gelap itu. Baterinya habis, macam mana mahu menghubungi Papa dan Mama. 

'Nak guna phone Hilman, haih tanaklah. Makin banyak la pulak aku terhutang budi dengan dia ni' getus hati Aleesa.

"Rapat ye awak dengan PakSu" sengaja Aleesa membuka topik untuk memecahkan susana sepi itu. "Haah"balas pendek Hilman yang sedang tekun menghadap phonenya itu.

'Tu je dia balas?' kata Aleesa dalam hati.

"Haa kutuk aku la tu" sambung Hilman seraya meletakkan phonenya di atas meja makan. She got all his attention now.

"PakSu tu sebenarnya singkatan bagi Pak Sulaiman. Dari kecik aku memang rapat dengan dia. Siap nak jodohkan aku dengan anak perempuan dia dulu, Dahlia. Tapi tulah, aku tak berminat masa tu. Jadi aku ni dikira sebagai anak angkat dia je lah" terang Hilman.

 "And Ibu aku dengan PakSu ni pulak sepupu jadi no wonder la hubungan kami memang rapat" tambah Hilman lagi. Aleesa hanya sekadar meng'oo'.

tidak lama kemudian, makanan yang dipesan tadi pun sampai. "Jemput makan, Naufal. Jemput makan, Aleesa" manis sahaja PakSu menyapa aku. "Terima kasih PakSu" balas aku dengan senyuman.

'Pon, Pon'

"Sape pulak datang pagi pagi buta ni?" kata Hani yang sedang mnaypu halaman rumahnya. Di merenung kereta Honda Civic putih itu meluncur masuk ke perkarangan rumahnya.

"Ya Allah bertuah punya anak bujang baik tak bagitau" terus sahaja Puan Hani memeluk susuk tubuh Hilman yang baru sahaja keluar dari perut kereta itu. "Ala ibu, Fal saja je nak suprise ibu balik mengejut macam ni hehe" kata Hilman.

Pintu sebelah pemandu ditutup menyetak Puan Hani yang khusyuk memeluk anak lelakinya itu. "Kamu bawak balik kawan ke, Fal? Siapa nama dia?" soal Ibu. Puan Hani yang merenung Aleesa sukar untuk berjalan itu segera dia bantu untuk memapah lengan Aleesa.

"Kenapa kaki berbalut ni, nak?" soal Ibu. Banyak betul soalan yang kian bermain di fikiran Puan Hani. Hilman belum beri jawapan untuk soalannya yang mula mula tadi pun, terus ditanya soalan ke dua buat Aleesa. Bukan dua tapi tiga.

"Aleesa nama saya makcik. Aleesa Danisya" balas Aleesa. "Saya kawan Hilman. Kaki saya ni sebab saya kemalangan. Hilman tolong saya dari kemalangan, lagipun saya ke sini sebab nak merasa angin kampung kat Melaka ni, makcik" sambung Aleesa ramah.

"Ouhh kemalangan. Kesian Aleesa, meh kita masuk rumah dulu meh" ajak Puan Hani. "Fal, bawakkan beg Aleesa ke kamu ke. Bawak semua naik atas, Ibu nak tolong Aleesa naik rumah ni" ujar ibu. 'Belum apa apa lagi dah culik ibu aku, ish' getus hati Hilman.


"Aleesa rehat dulu ye? Ibu tau mesti penat semalaman dari KL ke Melaka" kata Ibu. "Amboi ibu, Fal yang drive sorang sorang, dia yang dapat nama? Fal ni anak ibu tau, bu" merajuk Hilman. 

"Kamu tu sihat, lelaki pulak tu. Dah pergi bilik kamu. Ibu nak masak untuk makan tengah hari" kata ibu sambil menepukkan katil yang berhabuk itu untuk Aleesa. 

"Haa Aleesa, ni bilik abang Naufal, Harith nama dia. Tapi dia dah berkeluarga dah jadi bilik  ni Leesa guna lah dulu ye, nak? Nak tidur ke apa ke, buat macam rumah sendiri. Nak pergi mandi ke apa ke, panggil je ibu ye? Nanti ibu papahkan pergi bilik air" tambah ibu lagi

"Hehe terima kasih, makcik" pantas saja Puan Hani membidas ayat Aleesa itu. "Ish, apa makcik makcik. Panggil je ibu" kata Ibu. "Ni, baju Aleesa semua kat mana? Meh ibu tolong kemaskan" kata ibu.

"Hm, Aleesa datang sini sehelai sepinggang, ibu" ujar Aleesa sedih. Yelah, balik sahaja dari hospital mana dia ada singgah ke mana mana untuk membeli baju baru. "Laa yeke? Apa yang jadi sebenarnya ni, nak?" tanya ibu.

Ibu hanya merenung muka Aleesa yang suram itu. Lantas tubuh Aleesa dipeluknya erat. "Takpe, sayang. Ibu adauntuk Aleesa okey? Nanti kalau Aleesa dah okey, ceritalah dengan ibu ye, nak?" tambah ibu.

"Aleesa tunggu dulu, ibu amikkan baju untuk Aleesa salin. Nasib baik ada baju Sofiya. Sofiya ni isteri Harith, rasanya muat kot dengan Aleesa" ujar Ibu.

"Terima kasih, ibu" ucap Aleesa. Ibu hanya senyum dan keluar dari biliknya itu. 'Ya Allah terima kasih juga hadirkan mereka' berdoa Aleesa dalam hati dan terus melabuhkan badannya ke atas katil.

Dalam PelukanmuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang