5 minit jugaklah keadaan dalam kereta sunyi sepi hanya bertemankan radio. Kereta hanya statik dihadapan hospital itu.
"So, kau dah decide kau nak balik mana?" suara Hilman memecahkan suasana antara mereka berdua. Aleesa memandang ke arah Hilman.
"Awak drop off jela saya kat hotel mana mana. Nanti pandai pandaila saya berdikari" kata Aleesa
"Hotel? Kau tayah mengada. Balik rumah kau, jom. Show me the location" tegas Hilman.
"Please Hilman, my house is not a safe destination yang i boleh pergi right now. Please send me mana mana je tapi bukan rumah saya" rayu Aleesa.
Hilman mengeluh perlahan. Matanya membalas lirikan mata Aleesa itu lembut. 'Apa agaknya yang Aleesa takutkan ni? Balik rumah pun dah tak selamat dah ? Jarang jarang aku dengar rumah sendiri dh tak selamat ni' getus hati Hilman
"Okey, i'll follow you but drop off kau kat hotel is a big no for me. Kebetulan aku nak balik rumah Umi aku kat Melaka. So, apa kata kau ikut aku balik rumah Umi aku? Kau boleh rehat rehat kat sana, tenangkan diri kau yang tak seberapa tenang ni kat sana. Kau okey?" soal Hilman.
Tanpa fikir panjang Aleesa setuju dengan cadangan Hilman itu.
"Tapi saya tak susahkan Umi awak kan?" soal Aleesa risau.
Hilman hanya senyum sinis dan terus menurunkan brek tangannya.
Soalan Aleesa itu dibiarkan tergantung dan laju Honda Civicnya itu membelah jalan raya.
ꕥ
Badannya direbah ke sofa bersebelahan meja kerja suaminya itu.
"Haihlah abang, saya risau ni Leesa tak balik balik lagi ni. Dahnak pukul 12 dahni, bang" kata Puan Aneesa.
Risau benar anak tunggal perempuannya itu tidak pulang ke rumah.
Tuan Zainal yang sedang membelek-belek fail dokumen di atas meja kerjanya itu memberhentikan perilakunya dah duduk menghadap isterinya.
"Abang dah call dia tapi voice mail yang masuk, Nees. Jangan risaulah. Mungkin dia singgah rumah Ariana kot. Macam tak biasa je dia kan selalu lepak lepak rumah Ariana sampai lupa nak balik rumah" kata Tuan Zainal bagi menenangkan hati isterinya itu.
Lagipun Aleesa bukan kanak kanak lagi untuk dia risaukan sebegitu rupa.
Tapi iyalah, anak dara kan? Ibu mana yang tak risau anaknya pulang lewat.
"Saya bukan apa bang, tapi selalunya kalau Leesa nak pergi mana mana kan dia selalu bagitau saya. Paling tidak pun, dia bagitau abang kalau dia nak pergi mana mana kan? Saya risaulah bang" adu Puan Aneesa.
"Haa abang, lagipun tadi Adam ada datang rumah kita lepas maghrib tadi. Dia cari Aleesa. Dia kata lepas balik office je dia dah tak jumpa Aleesa, dia cari aleesa kat rumah kalau kalau Aleesa dah balik awal. Haih lagi risau saya bang" tambah Puan Aneesa lagi.
"Takde apa lah, Nees. Awak jangan risau sangat. Esok esok tu dia baliklah ye sayang? Awak jangan risau sangat, nanti awak sakit. Awak pergilah masuk tidur, saya ada banyak kerja yang nak kena siapkan" kata Tuan Zainal
Puan Aneesa hanya mengakur kata suaminya itu.
Tangan Tuan Zainal diraih dan disalamnya. Langkah terus dituju ke arah kamar tidurnya.
Tuan Zainal hanya merenung ke arah skrin komputernya. Keluhan kecil dihembusnya. 'Haih, baliklah Leesa sayang. Jangan buat Mama Papa risau, nak' rintih hati Tuan Zainal
ꕥ
Brek tangan itu diturunkan. Kini kereta itu berhenti dihadapan perkarangan masjid. Jam di tangannya itu dikerling. 4.30 pagi.
Ada banyak lagi masa nak tidur ni sebelum waktu subuh masuk. Kini dia memandang ke arah wajah wanita yang tertidur disebelahnya itu.
'Gila kau, Hilman. Tak pernah pernah kau bawak balik kampung berteman, tiba tiba berteman' tergeleng geleng kepalanya seraya ketawa kecil. Agak kelakar disitu.
Bekas tunangnya, Dania pun dia tak pernah bawak balik kampung. Itu pun ibunya yang datang ke kuala lumpur untuk bertemu dengan bakal menantunya yang tak jadi itu.
Katanya tak selesa suasana kampung. Apa yang tak selesanya pun taktau lah, bukannya rumah dia seperti pondok usang.
Teringat dia akan kata kata yang dilemparkan oleh Dania 2 tahun lepas masih berbekas dihatinya. Dan hasil daripada kata katanya itulah yang membuatkan dia berjaya sampai ke hari ini.
Hilman Naufal kini menjadi pemilik kepada Mateo's Holding. Kenapa Mateo's ?? Jawapan itu hanya ada pada Hilman.
Walaupun dia menaikkan nama syarikat itu bersama Fahim tapi sampai sekarang hanya Hilamn saja yang tau maksud disebalik 'Mateo's' itu.
Tengkuknya itu diregangkan serba sedikit. Penat agaknya memandu dari Kuala Lumpur ke Melaka. Seorang diri pulak tu, ada orang disebelah pun lena.
Tapi dia tak salahkan Aleesa pun. Dia kesian melihat keadaan Aleesa. Entah apa yang dia hadap sampai jadi macamni. Yang paling dia kesian adalah kakinya.
Berlari jauh dengan berkaki ayam, memang teruk dan besar luka ditapak kakinya. Tidak lama kemudian, mata Hilman kini memberat dan fikirannya menerawang ke mimpi yang indah.
ꕥ
"Allahuakbar , Allahuakbar"
Azan subuh yang berkumandang itu sudah cukup membuatkan Hilman bangun dari lenanya dan pergi menunaikan fardhu subuh di masjid itu.
Sengaja tidak membangunkan Aleesa yang lena tidurnya.
Seusai sahaja menunaikan fardhu subuh, Hilman kembali ke kereta. Kopiah solatnya itu diletakkan di atas dashboard kereta.
Rambutnya dibetulkan sebelum matanya tertancap pada tubuh yang masih lena dibuai mimpi sebelahnya itu. Aleesa yang sedang memeluk tubuh itu direnung kesian.
Tertancap matanya pada susuk tubuh Aleesa yang memakai blouse satin itu. Kain satin pastinya sejuk, apa lagi terkena hawa penghawa dingin kereta.
Blazer pejabatnya di seat belakang digapai lalu menutupi tubuh Aleesa.
Tanpa berlengah, Hilman terus meneruskan destinasi ke rumah ibunya. Tapi sebelum itu, perut mesti di isi. Nanti masuk angin, diri sendiri juga yang susah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dalam Pelukanmu
Romanceread at your own risk ⚠️🚫 hilman naufal ღ aleesa danisya ꕥ 📍sometimes the right place is a person Hilman Naufal , hero yang menyelamatkan Aleesa Danisya dari dikejar bekas teman lelaki yang cuba merogolnya. Pertemuan singkat itu amat bermakna bu...