13

149 6 0
                                    

Sesampai sahaja di tapak pembinaan, terus dia mengorak langkah ke arah Zaidi. Zaidi menunduk tanda hormat pada Hilman. Nafas Hilman cuba diatur lalu bahu Zaidi dipaut.

"Aleesa mana?" soal Hilman

"Di- dia kat dalam lagi. Maafkan saya, Tuan" tunduk Zaidi serbasalah.

"AKU AMANAHKAN KAU UNTUK JAGA DIA KAN? FOLLOW DIA MANA MANA JE DIA PERGI. SORANG TU PUN SUSAH NAK JAGA KE ?!" tengking Hilman.

Bahu Zaidi terhinjut sedikit. Ya, inilah sisi Hilman yang amat digeruni oleh pekerjanya. Sisi Hilman yang tegas dan amat garang, tapi tidaklah panas baran.

Baru sahaja Hilman ingin pergi ke dalam bangunan yang runtuh itu, tangannya di tahan oleh Zaidi. Muka Hilman nampak cemas.

"Tuan nak pergi mana?" soal Zaidi

"Kau rasa projek 5.3 juta ni bole selamatkan 1 nyawa kat dalam tu ke?" jawab Hilman bengang sambil menunjuk ke arah bangunan yang runtuh itu.

Para pegawai polis dan anggota bomba yang menahan badan Hilman itu tidak dihiraukannya. Terus langkahnya diambil untuk masuk ke dalam bangunan itu.

"Aleesa! Aleesa ! Kau dengar suara aku tak? Aleesa kalau kau dengar, kau jawab Leesa!" panggil Hilman risau.

Hilman teruskan pencariannya sehinggalah dia terdengar rintihan seseorang. Ya, dia tahu itu Aleesa. "Aleesa, kau kat mana? Jawab aku Aleesa" Hilman segera menolak batu batuan yang telah runtuh itu demi mencari susuk tubuh aleesa dalam bangunan yang runtuh itu.

"Hilman, s-saya kat sini" sayu suara Aleesa. Hilman segera ke arah suara tersebut dan segera memaut kepada tubuh Aleesa. "Kau boleh bangun?" soal Hilman risau. Aleesa hanya menggeleng.

Hilman segera melihat keadaan kaki Aleesa yang terhempap batu besar. "Aku tarik batu ni, kau tahan tau sebab ni sakit sikit. You can hold my hand if you want" kata Hilman, Aleesa hanya mengangguk.

"One, two, three- HUARGGH" dengan sekuat hati Hilman mengangkat batu yang besar itu demi melepaskan kaki Aleesa yang terhempap.

Selepas sahaja kakinya dibebaskan, Hilman segera memapah badan Aleesa dan cuba untuk keluar dari bangunan itu. Namun semasa ingin keluar, bangunan dibahagian atas bergegar dan batu yang besar jatuh ingin menghempap mereka. Dengan pantas Hilman menahan kepala Aleesa dibawah lindungan tangannya.

Hilman mengerang kesakitan. Aleesa yang ingin melihat keadaan Hilman itu dihalang. "Don't look. Pandang depan dan jalan."
arah Hilman.

Keluar sahaja dari bangunan itu, dua orang jururawat segera menyambut Aleesa yang cedera tu masuk ke dalam ambulans. Aleesa memandang Hilman sekilas, "Hilman, bahu awak l-"

"Jangan risau. Kau gerak dulu, nanti aku datang lawat kau" kata Hilman dan menghantar pemergian Aleesa yang terbaring di atas stroller itu dengan senyuman manisnya.

.

Dalam perjalanan ke hospital, Aleesa pengsan. Sesampai sahaja di hospital, Aleesa dirawat dengan segera. Seluruh keluarganya hadir datang melawat Aleesa. Aleesa sedar selepas beberapa jam dia dirawat.

"Aleesa, bangun nak" tegur Mama. Badan aku cuba aku bangunkan dan bersandar beralaskan bantal. "H-Hilman mana Ma?" soal Aleesa.

"Ada, dia kat wad sebelah" kata Papa ringkas. "Dia okey kan, Pa?" soal aku lagi

"Ya, aku ok je. Kau patut risaukan diri kau dulu sebelum kau nak risaukan aku" ucap seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam wad aku dengan berbaju wad hospital sama seperti aku. Aku senyum, lega rasa hati aku.

"Bahu awak macammana?" soal aku. Bahunya ditepuk sekilas dan senyum. "Aku okey je. Kaki kau tu tersplit siket" kata Hilman.

Tiba sahaja pintu wad aku ditolak serta menampakkan batang hidung kedua dua abangku, Ashraff dan Ishraff.

"Ni dah apahal dengan kaki kau ni? Wah parah ni patutnya kena potong je kaki kau ni" kata Isyraff. Biasalah, dia mulut tak puaka tak sah. Aleesa hanya menjeling.

Asyraff memukul kepala adik lelakinya itu "Perangai bangang kau simpan siket. Jangan nak menyial kat sini" kata abangnya tegas. Isyraff hanya menunduk. Haa tau takut.

Aleesa meluangkan masanya bersama keluarganya. Dalam keriuhan itu, bayangan mula hilang dari penglihatanku. Tidak mengapalah, mungkin dia pun mahukan rehat yang cukup. Lantas aku mengambil phone aku di laci drawer di sisi kanan aku.

Ikon whatsapp itu aku ditekan, paparan nama HIlman aku tekan dan jari aku segera menaip akan mesej yang ingin aku sampaikan.

- Terima kasih awak. Sebab dah selamatkan saya.

- Awak jaga diri dan jangan lasak sangat. Nanti bahu awak lambat sembuh.

Mesej aku itu segera dibaca Hilman.

- No problem

- Kau patut risaukan diri kau tu dulu. Kaki yang sama jugak yang tersplit.
Kau jaga diri, jangan datang office, Papa kau suruh kau rehat seminggu.

- Dah, off your phone and go rest

Aku segera menutup phoneku di atas almari kaki di sebelah aku dan tidur. Esok kena bangun awal pagi sebab dokter kata aku dah boleh discharge. Wahh, happynya dapat keluar kalau nak dibandingkan kat sini sorang sorang, aku sunyi.

.

Keesokkannya, Hilman masih berdegil dan masih masuk ke pejabatnya dengan keadaannya yang sebegitu. Bukan kali pertama dia datang ke office dalam keadaan begitu. Sudah dilarang tapi masih berdegil mahu masuk pejabat

"Adrian, suruh Zaidi masuk bilik aku. Now. " beku saja intonasi Hilman menyusuh personal assistantnya memanggilkan Zaidi.

Ya, PA Hilman lelaki, bukan apa, dia tidak mahu lebih banyak drama di office. Apatah lagi perempuan yang selalu sahaja bermain dengan emosi.

"Baik, Tuan" balas Adrian.

Tidak sampai 5 minit, pintu bilik Hilman diketuk dan jelas wajah Zaidi disitu. "Boleh saya masuk tuan?" soalnya gerun. Ya, gerun dengan sikap Hilman yang dingin dan tegas itu.

Hilman hanya mengangguk. "Kau tau kenapa aku panggi kau ke sini kan?" soal Hilman. Zaidi hanya menunduk. "Bila aku cakap , pandang muka aku, Di" tegas Hilman. "Apa yang kau cuai sangat sampai Aleesa sorang pun kau susah sangat nak jaga? Explain to me!" tengking Hilman.

"S-Saya minta maaf Tuan. S-Saya masatu pergi tandas sekejap je,saya dah kata dengan Cik Aleesa jangan pergi mana mana kalau saya tak hbalik dari tandas lagi. Tapi Cik Aleesa pergi jalan jalan tengok site tanpa saya, tapi taktau pula yang konkrit tingkat 3 dalam bangunan tu dahnak runtuh. Saya minta maaf Tuan, saya tau saya cuai dan lalai dalam jalankan amanah yang Tuan bagi kat saya Tuan, maafkan saya." katanya serbasalah.

Hilman mengeluh. Dia tidak pelik kalau Zaidi berkata sedemikian kerana Aleesa itu degil orangnya.
"Baiklah, saya maafkan. But please make sure that after this there is no things like this happen again, okey?" Zaidi mengangguk/ "You may go now" kata Hilman.

Pergi sahaja bayang Zaidi dari biliknya itu, badannya disandarkan di kerusi. Kepalanya dipicit sedikit kerana berdenyut.

"aku dah agak dah, kau mesti datang offuce punya. Kan aku dah suruh rest kat rumah, kau asal degil?" soal Fahim. Buknannya dia tidak kenal sahabatnya itu, degil sungguh.

"Small matter la, Him. Luka sikit je pun" kata Hilman. Fahim datang menghampiri Hilman dan menepuk bahunya itu. Hilman mendengus.

"Terpaling small matter la kau. Lembik, aku suruh rest kau tanak" perli Fahim. Hilman menjeing sahabatnya itu. "Aku kalau duduk rumah bukannya buat apa. Bosan aku nanti" kata Hilman.

"Erm.. jom keluar makan? My treats" kata Fahim. Hilman hanya gelak, bukan dia tak kenal Fahim ni, tak sah kalau tak curi tulang pergi cari makan kalau office hour. "Jom"

.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 10, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dalam PelukanmuWhere stories live. Discover now