5

161 3 0
                                    

Sedang Aleesa termenung sebelum melelapkan matanya,  matanya terus tertancap pada skrin telefon di atas meja sebelahnya itu. Tertera nama 'Papa' berada di skrin. Jarinya laju mengslaid ke 'answer button'

"Assalamualaikum, Pa" perlahan saja nada suara Aleesa menyapa. "Waalaikumsalam, Aleesa anak Papa. Aleesa pergi mana dua hari tak balik ni, Leesa?" ucap Papa risau.

Tubir mata aleesa mula bergelinang. "Aleesa sihat je, Pa. Cuma buat masa ni Aleesa takboleh nak balik rumah. A- Adam ada cari Leesa ke Pa?" soal aku takut takut kalau Adam ada berhubung dengan papa atas kehilangan aku. 

"Papa dah agak dah. Mesti ada kaitan dengan Adam. Dia buat apa dekat kamu?" Papa mula kelurkan nada suaranya yang tegas tapi masih teserlah kerisauannya terhadap anak perempuannya.

"Dia juga rogol Aleesa. Tapi Papa jangan risau, Aleesa selamat je kat sini" kata Aleesa demi meyakinkan Papanya itu. Tuan Zainal pun percaya akan kata anaknya. Bukan apa, dia yakin yang Aleesa memang seorang yang berani dan berdirkari.

Setelah setengah jam mereka berbual, Aleesa memutuskan untuk tidur. Lega agaknya sudah memberitahu Papa keadaannya. "Aleesa jaga diri kat sana okey? If theres anything just let me know alright?" kata Papa

"Ye papa. Papa izinkan Aleesa duduk sini tau. For a month i think?" Aleesa hanya diam menunggu jawapan Papanya itu. "Yup sure, darling. But kalau ada apa apa berlaku, bagitau papa cepat cepat tau. Nanti Papa risau, Mama pun risau. Kalau dah fully heal, comeback home darling"

"Alright papa. Goodnight, assalamualaikum" kata Aleesa "Waalaikumsalam" balas Papa. Telefonnya dia letak kembali ke atas meja bersebelahan mejanya itu. Mata pun mula terpejam lalu dia dibuai mimpi.

Sudah seminggu dia berada di rumah Hilman. Tidak dinafikan, Hilman dan ibu melayannya seperti keluarga sendiri. Dan ya, dia mula sayangkan keluarga kecil itu. Kakinya juga sudah semakin baik. Siap boleh berlari apabila angsa belakang rumah ibu kejarnya. Haihlah seketul Aleesa.

Sejak duduk disini, Aleesa mula difahamkan bahawa Hilman mempunyai 3 adik beradik termasuk dirinya. Harith Najwan, abang sulong Hilman yang sudah berumah tangga dan kini tinggal di Kuala Lumpur jugak. Hanies Nabila pula merupakan adik bongsunya yang menyambung pelajaran dalam jurusan medic di Australia.

Tapi ada satu lagi cerita tetang keluarga ini yang membuatkannya sedih. Ayah Hilman, meninggal sewaktu dia berumur 18. Lagi sedih apabila Ayahnya meninggal sewaktu dia baru sahaja dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Tapi kita sebagai manusia, apakan daya. Yang pergi akan tetap pergi. Dan kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan.

"Ibu, basikal bawah rumah tu boleh guna tak?" soal Aleesa. Bosan agaknya duduk rumah tanpa membuat apa apa. Dia bukan apa, setiap kali dia mahu membuat kerja, ibu akan menghalangnya. Sayang betul dengan 'anak angkat barunya'

Mahu terbakar Hilman kalau tau ni HAHAHA. "Boleh, nak. Kenapa? Aleesa nak naik basikal ke?" soal ibu kembali. Hairan pulak tiba tiba nak naik basikal tengah tengah hari macam ni .

"Ibu, Aleesa nak jalan jalan dekat kampung ni bole tak?" sengaja mulutnya itu dimuncungkan, tunjuk comel konon. "Ibu kasi je, tapi Hilman taktau ni, nak. Nanti kalau dia balik dari jogging nanti ibu nak jawab apa? Ada dia marah ibu nanti sebab tak jaga Aleesa betul betul" kata ibu.

"Kalau macamtu, ibu janganlah bagitau dia ye? Terima kasih ibu, sayang ibu. Aleesa pergi dulu ibu!" jerit Aleesa seraya meninggalkan perkarangan rumah dengan basikalnya itu.

"Aleesa! Aleesa Danisya! Ya allah bertuah punya budak haihlah" rungut ibu. Dia bukan apa, Hilman kalau tahu Aleesa keluar rumah. Habislah perang dunia ketiga tercetus. Selama Aleesa berada disini, tak pernah sehari mereka tidak bergaduh, salah faham. Macam anjing dan kucing gamaknya.

"Angin kencang membawa kau. Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu. Ku merindui kamu" Lagu yang dinyanyikan oleh Noh Salleh itu dinyanyikan oleh Aleesa. Gembira dapat keluar rumah setelah seminggu terperap dirumah.

Basikal itu dibawanya menuju ke kedai runcit Liew Cheng yang tidak jauh dari kawasan itu. Dicapainya aiskrim kon 3 dan beberapa jenis keropok untuk dijadikan kudap kudapan untuk makan di rumah.

Selesai sahaja dia membayar, dia kembali ke basikal untuk pulang ke rumah. Baru sahaj dia ingin menunggang basikal, dia didapati tayar basikal itu pancit. "Haih time time macamnilah kau nak pancit ye tayar? Dahla panas ni" ngomel Aleesa. Nak tanak, dia kenalah tolak basikal itu sehingga sampai ke rumah.

Dalam perjalanan kerumah,  dia perlu lalu di satu pondok usang tetapi terdapat 3 orang lelaki yang sedang duduk melepak atas motor disitu.

'Haih tadi takde pun kau nak melepak. Sekarang jugakla kau nak melepak kat sini. Kenapa tak petang siket ke apa ke' getus hati Aleesa. Nak tanak, kena redah la jugak kan? Haih.

"Ui adik manis. Nak pergi mana tu? Tak pernah nampak pun" tegur lelaki berbaju t merah itu. Tidak cukup dengan itu, rakan rakannya juga turut serta menggangu ketenteraman Aleesa.

"Abang tak pernah nampak pun adik sebelum ni. Adik duduk mana? Kalau duduk sorang, meh la abang teman hihihi" sambung lelaki berkemeja coklat itu pula. Aleesa hanya mendiamkan diri dan teruskan berjalan.

"Jangan sombong sangat, adik. Abang nak kawan je. Lagipun, abang memang minat yang sombong sombong ni" kata lelaki bebaju kuning pula. "Abang tau adik penat tolak basikal. Mehla abang boncengkan" kata lelaki berbaju merah itu. Kalini 3 lelaki itu mengiring Aleesa berjalan, Aleesa mula semak tapi mampu untuk mengawalnya.

"Adik, abang cakap dengan adik ni" mula tegas lelaki berbaju merah itu tapi Aleesa masih diam dan buat bodoh sahaja. "Woi perempuan jangan biadap boleh tak?" kata lelaki berbaju kuning seraya menyentap tangan Aleesa kuat. Aleesa berdesis kesakitan.

Tangan yang mencengkam tangannha itu segera dia leraikan malah genggamam itu semakin kuat. "Lepaskan aku la. Sakit tau tak?!" gertak Aleesa. Tapi 3 lelaki itu hanya gelakkan Aleesa. "Wah, garangnya. Kami suka garang garang ni" kata lelaki berkemeja coklat itu.

Aleesa yang jijik dengan mereka itu terus meludah muka lelaki berkemeja coklat itu. Terus tertutup matanya yang terkena pada ludahan Aleesa itu. "Biadap kau" seraya tangan lelaki berbaju kuning itu menampar pipi Aleesa sehingga dia terjatuh kedalam semak.

"Kau memang biadap ye pompuan-" Aleesa menggigil ketakutan melihat lelaki berbaju kuning dan merah itu memegang kedua belah tangannya. 'Ya allah selamatkan aku ya allah' rintih hatinya sekarang ini. 'Hilman, mana awak?'

"Kau memang nak kena ajarlah pompuan" tegas lelaki berbaju merah itu.

"WOIII"

Dalam PelukanmuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang