9

115 5 0
                                    

Jam 3 petang , kami tiba di Kuala Lumpur. Hilman menghantar aku ke rumah Papa. Memandangkan kereta aku yang berada di office sebulan lalu sudah di ambil oleh kawan baikku, Dahlia.

Kereta Hilman parkir betul betul dihadapan rumahku. Brek tangan diturunkan. Hilman segera memusingkan tubuhnya menghadap aku. "So yeah, kita dah sampai. Betulkan ni rumah kau?" soal Hilman bagi memastikan rumah ini adalah rumah kedua orangtuaku.

"Betullah ni. Awak, hmm terima kasih ye sebab sudi jaga saya sebulan ni. Saya banyak terhutang budi dengan awak. Saya harap awak halalkan makan minum dan apa yang awak bagi dekat saya dalam tempoh sebulan ni" kata Aleesa.

Hilman senyum "Sama sama, kau jaga diri. Pasni aku dah takde nak tolong kau kalau kau sakit. PakSu pun dah takde dah nak tolong kau kalau kau kena kacau ke apa ke HAHAHA" sengaja Hilman bergurau debgan Aleesa.

"Saya masuk dulu ye" kata Aleesa. Hilman hanya mengangguk. Keluar sahaja dari pintu kereta, Aleesa segera mengetuk cermin tingkap kereta Hilman. Hilman menurunkan cermin tingkapnya separuh

"So, lepasni saya takkan jumpa awak dah ke? Macam mana kalau saya rindu nak jumpa awak lepasni?" kata Aleesa. Dia takut dia tak dapat bertemu lagi dengan lelaki didepan matanya ini. Hilman senyum senget, terhibur dengan kata kata Aleesa. Comel baginya.

"Follow your heart. If He wants, He will find a way for us to meet again" kata Hilman ringkas. Aleesa hanya membalas senyuman Hilman dan masuk ke dalam pagar rumahnya. Hilman memastikan Aleesa masuk ke dalam rumahnya dengan selamat baru keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Aleesa.

"Till we meet again, Aleesa Danisya" kata Hilman dan senyumannya itu.

"Ya allah anak mama. Anak mama okey ke? Ada luka mana mana ke?" kata Mama seraya memeluk erat tubuh Aleesa. Rindu benar dengan anak perempuan tunggalnya itu. "Aleesa okey je, ma. Luka luka Aleesa semua dah sembuh dah, mama jangan risau" kata Aleesa

Malam itu, mereka sekeluarga berkumpul di meja makan dan Aleesa mula bercerita tentang apa yang berlaku selama sebulan. Abang kembar Aleesa juga turut serta makan malam itu.

Ashraff Dzaqwan, abang sulong Aleesa bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti dan sudah berumah tangga dan tinggal berhampiran dengan rumah Papa . Katanya kalau ada apa apa berlaku, senang la nak gerak ke rumah Papa Mama.

Isyraff Dziqwan pula abang kedua Aleesa yang bekerja sebagai dokter pakar bedah jantung di hospital miliknya sendiri. Statusnya masih bujang dan available. Bukan apa , puaka sangat mulutnya tu sampai takde perempuan nak lekat dengan dia ni.

Ashraff dan Isyraff juga turut pulang ke rumah bagi menyambut kedatangan Aleesa semula. Ceh dah macam ceremony apa dah-

Aleesa menceritakan semua yang terjadi selama sebulan dia di kampung. Papa dan Mama amat bersyukur akan kehadiran Hilman dan Ibu yang membantu dan menyelamatkan Aleesa dari Adam. Sungguh mereka tidak percaya Adam akan bertindak sebegitu semata kerana dendam.

"Kalau Ash tau la dia nak buat adik macam tu, memang dari awal Ash halang dia dari nak bekerja kat office Papa tu" kata Ashraff tidak puas hati.
"Aku takbole terima betulla apa yang dia buat kat kau ni, adik. Aku potong telur dia nanti, tau lah dia" sambung Isyraff lagi

Mama hanya menggeleng. Faham sudah akan perangai Ashraff dan Isyraff yang sangat protective dengan adik bongsu mereka. "Nasib baiklah si budak Hilman tu ada, kalau tak. Taktau la kau ni hidup lagi ke tak, dik. Silap haribulan kau dah ada kat Siam" sambung Isyraff yang selamba menghirup sup cendawan yang terhidang di atas meja.

Mama lantas mencubit lengan Isyraff. Mulut tu takde insurans langsung. Apa apa pun mereka amat berysukur dengan kepulangan Aleesa dengan selamat. Harap selepas ini, tiada apa lagi yang berlaku.

Sunyi. Itu perasaan yang dirasakan Aleesa. Skrin laptop yang gelap itu direnung kosong. Dia merancang untuk menonton filem seram, tapi tak tahu kenapa tiada mood. Jam di dinding dikerling.

9.00 malam

Haih, selalunya jam begini dia berada dipangkin. Sedang berbaring di pangkuan ibu sambil menunggu Hilman pulang dari surau solat Isyak. Lepas sahaja Hilman pulang, dia akan berbual dengan mereka sebelum masuk ke dalam rumah. Tak sampai sehari lagi, sudah rindu seberat ini pada keluarga kecil itu.

"Follow your heart. If He wants, He will find a way for us to meet again"

Kata kata Hilman tengah hari tadi tiba menyapa difikiran Aleesa. Sungguh dia tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang, tapi bagaimana kalau nanti dia dalam bahaya? Siapa yang bakal menyelamatkan dia lagi?

Mungkin hero lain. Siapa tahu bukan? Tapi bukan itu apa yang Aleesa mahukan. Entah taktau kenapa, hatinya berharap Hilman akan sentiasa berada dengan dia susah dan senang.

Laptop itu ditutup lalu diletakkan di atas meja. Katil itu dipanjat dan telefon bimbitnya itu di kerling. Ego masih di teguhkan supaya tidak menghubungi Hilman. Jujur hatinya sudah rindu pada lelaki itu tetapi ego harus di teruskan.

Dia juga tidak pasti apa yang dirasainya sekarang ini. Dia pun tak pasti sama ada dia akan bertemu dengan Hilman semula atau tidak. Atau sekadar sini sahaja Hilman dalam hidupnya.

"Till we meet again, Hilman Naufal" kata Aleesa sebelum matanya memberat. Akhirnya, lama kelamaan dia dibuai mimpi yang indah.

Dalam PelukanmuWhere stories live. Discover now