4

171 5 0
                                    

Selesai sahaja makan malam , Aleesa duduk dipangkin belakang. Dia menatap skrin phonenya yang terpapar. 

35 missed called and messages from Papa

43 missed called and messages from Mama

Haih, mesti Mama dengan Papa risau pasal aku. Kalau lah Papa dengan Mama tau pasal aku , agak agak dorang akan report polis ke pasal Adam? Tapi macam mana kalau Adam cari aku kalau aku report polis? Aku tak mampu dah nak lari dari dia. Ya Allah bantulah aku. Aku buntu.

"Termenung jauh nampak" tegur Ibu seraya menghulurkan tongkat tangan kepada Aleesa. "Nah tongkat, tadi Naufal amik dekat farmasi kat pekan. Kesian kalau Aleesa nak pergi tandas ke apa ke, senang" kata ibu.

"Terima kasih ibu. Hilman mana ibu?" soal aku. Lepas makan makan malam, batang hidung dia pun aku tak nampak. "Dia pergi masjid tadi. Selalunya lepas isyak dia balik, kejap lagi dia balik la tu" kata ibu.

Aku sekadar meng'oo' jela. Nak balas apa lagi? Risau sebab dia pulang lambat? Buang tebiat la pulak ibu mengata aku nanti.

Ibu menarik kaki aku yang luka itu dan diusapnya perlahan. "Aleesa tanak cerita dengan ibu ke apa yang dah jadi sebenarnya?" pujuk ibu. Aku menarik tangan ibu yang berada di kakiku itu lalu aku genggam erat.

"Sebenarnya Aleesa lari dari bekas tunang Aleesa. Di- dia cuba rogol Aleesa haritu. Kami memang dah takde pape tapi dia selalu kacau Aleesa sebab dendam. Kami bertunang pun bukan sebab cinta tapi Mama dia yang dah berkenan dengan Aleesa, jadi Aleesa terima je sebab tanak ingkar arahan Papa" kata Aleesa.

Ibu hanya mendengar cerita Aleesa dengan tekun. Kesian dengan Aleesa, dia tidak bersalah sampaikan bekas tunangnya sanggup bertindak sebegitu.
"Macam mana korang boleh putus tunang?" soal ibu.

"Sebab dia kantoi tidur sekatil dengan klient dia. Dia kata dia demam jadi Aleesa nak pergi melawat kat kondo dia. Sekali- apa yang jadi adalah bukan apa yang Aleesa harapkan, ibu". Muka Aleesa itu Puan Hani tenung sayu.

Basan Aleesa diraih dan didakapnya erat. Dia hanya mampu menyalurkan kekuatan dari pelukan ini sahaja. "Semalam tu pulak, dia kejar Aleesa. Aleesa lari , masa tu pulak Aleesa tersadung and sandal boleh tercabut" terkeluar tawa kecil Aleesa.

"Tapi Aleesa tetap gigihkan diri untuk sambung lari sebab taknak jadi makanan dia. Dan sebabtu Aleesa hampir kena langgar dengan kereta Hilman. Hilman yang selamatkan Aleesa" sambung Aleesa lagi.

Kelihatan nada suaranya seperti amat gembira. Ya, dia gembira bila dia ditemukan dengan Hilman. Lelaki ini banyak menolongnya termasuklah susuk tubuh yang berada dihadapannya sekarang ini.

"Terima kasih ibu sebab tolong Aleesa. Sanggup jaga Aleesa walaupun Aleesa tak dapat bantu ibu buat kerja kerja dapur sangat" luah Aleesa. Ibu hanya menggeleng menandakan tidak mengapa.

"Amboi ibu.. Fal balik pun dah tak perasan dah. Berpeluk sakan dengan Aleesa, sape anak ibu sekarang ni? Setahu Fal, anak ibu ada 3 je. Along, Fal dengan Adik je" ujar Hilman. Eleh jeleslah tu.

"Nak pinjam ibu pun takboleh" kata sinis Aleesa. "Takboleh" jawab Hilman tegas seraya menghadiahkan jelingan maut untuk Aleesa.

"ARGH SAKIT IBUU" jerit Hilman tiba tiba, effect kena sepit ketam igu diperutnya. "HAHAHAH haa rasakan" gelak aku. "Jangan nak merepek ye Fal. Ibu tak ajar kamu kurang ajar dengan perempuan" tegas ibu.

"Naufal gurau jelah ibu, dont take it so serious la ibu huhu" kata Naufal sambil mengusap ngusap di bahagian perutnya yang pedih. "Ibu masuk dulu, korang berborak la. Jangan lama lama nanti kene tangkap basah" usik ibu yang beredar dari pangkin itu.

Hilman menahan kain pelikatnya dari terselak laku melabuhkan punggung di pangkin itu. "So, kau nak duduk sini sampai bila?" soal Hilman bahi memecahkan suasana sepi itu.

"Saya tau la awak tak suka saya amik kasih sayang ibu awak tapi jangan la halau saya" rayu Aleesa. "Ehh takde maknanya aku jeles kau amik ibu aku, aku tau ibu aku tu sayang aku lebih dari dia sayang kau" kata Hilman. Ceh konfiden.

Aleesa menahan gelak. "Sejak bila saya sebut perkataan jeles? Awak yang jeles, tanak mengaku pulak, eleh ego" sambung Aleesa, sengaja bakar lagi suasana yang sedang hangat.

"Ishh, haa kau ni bebetullah, nak balik KL bila?" soal Hilman. Kalini lebih tegas. "Hm taktau lagi. Awak stay sini sampai bila?" soal Aleesa semula.
"Aku duduk sini sebulan, aku nak tenangkan fikiran aku" kata Hilman sambil merenung bulan.

"Okey, i follow you then" balas Aleesa dan merenung bulan yang sama. Hilman hanya merenung bulan lalu matanya tertancap pada wajah Aleesa. Kulitnya yang putih mulus itu, ditambahnya cahaya bulan malam ini. Jelas suci wajahnya itu.

'I hope i still have the chance to see this pure face again' getus hati Hilman. Sungguh dia terpukau dengan kecantikan wajah Aleesa yang tidak mengenakan sebarang make-up. Kulitnya yang putih bersih juga, pasti ramai perempuan iri dengan keadaan kulit Aleesa.

"Hilman, jomlah masuk" tersentak lamunan Hilman dengan sampukan Aleesa. "Ha j- jom" gagap Hilman. Aleesa memandangnya pelik. Haih, pape jelah kau, Man.

Alesaa yang hampir terjatuh akibat kurang stabil itu diraih laju oleh Hilman.
Tangan yang kanannya menahan pada pinggang Aleesa dan tangan kirinya dibahu Aleesa.

Dalam 3 saat begitu jugaklah mata mereka bersatu. Hilman yang sedar akan posisi mereka itu terus menegakkan posisi Aleesa. Dia terus membetulkan kotak suaranya yang kian serak- nervous la tu eleh. "A-aku kan dah suruh kau pakai tongkat tu. Kau pakaila , jatuh nanti payah" kata Hilman tegas.

Aleesa terus mencapai tongkat dan menggunakannya. Hilman hanya mengekori dari belakang bagi memastikan Aleesa berjalan dengan elok.

Sampai sahaja dihadapan bilik Aleesa, Hilman segera menolong meletakkan tongkat tangannya tadi di tepi katil Aleesa.

""Ka- kau tidurlah. Aku balik bilik aku dulu. Rehat cukup cukup, have a good sleep" kata Hilman. Terus dia bergerak mahu beredar dari bilik Aleesa itu.

"Terima kasih Hilman. Goodnight" kata Aleesa. Hilman hanya pandang sekilas Aleesa yang senyum ke arahnya. 'Haih jantung, tak pernah pernah kau nak buat hal berdegup kencang camni. Jangan buat pasal' getus hatinya.

Hilman hanya senyum dam keluar dari bilik itu. Sebelum keluar, semoat dia menekan button kunci dibelakang tombol pintu bilik itu bagi memastikan keselamatan Aleesa.

'Goodnight too, Aleesa' balas Hilman dalam hati







ok gdnite yall ! 💗

Dalam PelukanmuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang