"Assalamualaikum, ibu. Naufal dah balik ni. Ni Naufal ada beli nasi lemak kat warung PakSu tadi. Naufal nak mandi kejap lepastu kita makan sama sama dengan Aleesa" kata Naufal yang baru saja pulang dari jogging.
"Ha eloklah tu. Pergi mandi siap siap semua, pastu kita makan ye?" ramah ibu seraya membawa plastik nasi lemak itu ke dapur. "Aleesa mana, ibu? Selalunya ada je datang menempel tanya Fal ada belikan sarapan ke tak. Sunyi je rumah ni. Dia tidur eh ibu?" soal Naufal.
Ibu hanya diam, tak tahu nak balas apa. "Naufal tadi balik tak jumpa dia ke?" soal ibu. Naufal mula berkerut. 'Dia ikut jogging ke tadi? rasanya tak' getus hatinya
"Takdelah pulak, kenapa ibu?" soal Hilman semula. Ibu pelik. Lamanya Aleesa pergi ke pekan, dia naik basikal pun tak sampai lagi, Hilman yang jogging pun sudah sampai. Hatinya mula risau, haih nak tanak kena jujur lah.
"Tadi 5 minit lepas kamu pergi jogging, dia pergi ke pekan naik basikal lama kamu tu" kata ibu. "Basikal lama Naufal yang bawah rumah tu?" soal Naufal mahu memastikan jawapan ibunya.
Ibu sekadar mengangguk. Dahinya ditepuk perlahan "Ya allah, bu. Basikal tu tayar dia bocor. Gerak siket boleh tapi nanti lama lama boleh pancit" kata Hilman. Ibu mula risau. Adakah Aleesa lambat pulang sebab tayarnya pancit dalam perjalanan ke rumah?
"Ya allah mafkan ibu, Fal. Ibu kata yang basikal kamu tu elok je, tu yang ibu benarkan dia pergi ke pekan tapi itupun dia suruh jangan bagitau Naufal" sayu ibu. "Takpelah ibu, bukan salah ibu" kata Hilman terus masuk kerumah dan mengambil kunci keretanya itu
"Naufal pergi cari Aleesa kejap tau, ibu. Ibu jaga diri" kata Hilman sebelum keluar dari rumah semula.
ꕥ
"AMRAN, MUAZ, JALI. KAU JANGAN SENTUH DIA! " tegur PakSu yang datang membawa tongkat kayunya menaiki motor. Sempat dia memukul badan ketiga tiga lelaki itu. Mereka terus berlari meninggalkan aku dan PakSu
PakSu segera membantu aku untuk bangun dari semak itu. Baju yang kotor itu aku tepuk serba sedikit dapat mengurangkan kesan tanah. "Aleesa okay?" soal PakSu risau.
"Okey. Terima kasih PakSu sebab tolong Aleesa. Kalau takde PakSu taktau apa yang akan jadi" ucap aku bersyukur kerana Pak Sulaiman datang menyelamatkan aku.
Tangan yang menggigil itu Aleesa genggam sekuatnya bagi mengurangkan sedikit ketakutannya. "Ni Aleesa nak pergi mana ni? Bahaya tau waktu waktu sekarang. Ni memang tempat tempat dorang melepak. Bahaya anak dara kalau lalu kat sini" tegur PakSu
Aleesa hanya mampu kata maaf sahaja. Tapi PakSu langsung tidak menyalahkan Aleesa. Aleesa tidak tahu apa apa tentang kampung ini lagi. "Jomlah PakSu hantar kamu balik" tawar PakSu. Aleesa akur. Tambahan pula dia memang tidak dapat nak focus lepas apa yang baru sahaja dia hadapi tadi.
ꕥ
Baru sahaja Hilman masuk ke dalam kereta, dia melihat motor PakSu yang menghantar Aleesa pulang ke rumah. PakSu sekadar mengangkat tangan menyapa Hilman. Hilman membalas sapaan PakSu itu dan menghantar pemergian PakSu dengan lirikan matanya. Hilman terus menapak ke arah Aleesa yang berjalan ke arah rumah. Aneh, kenapa dia seperti ketakutan.
"Aleesa kau pergi mana tadi?" soal Hilman ringkas. Tapi Aleesa hanya diam dan terus melangkah ke arah rumah. "Aleesa Danisya, aku tanya kau ni, kau pergi mana? Basikal aku mana?" soal Hilman.
Aleesa hanya berlalu bersebelahan Hilman. Namun jawapan yang diterima Hilman masih sama. Hilman mengejar Aleesa dan menahan tubuh Aleesa yang berada dihadapannya itu. Bahu Aleesa itu dia tahan "Kau kenapa ni? Apa jadi kat kau?"soal Hilman perlahan.
"Takde apalah. Saya nak masuk" balas Aleesa ringkas. Mahu dia menolak badan Hilman ketepi namun tubuh Hilman masih mampu untuk menahan tubuh Aleesa. "Baju kau kotor asal?" soal Hilman. "Tadi saya terjatuh kat semak" bohong Aleesa.
Hilman merenung mata Aleesa. Anak matanya mencari anak mata Aleesa. Hilman mengecilkan matanya bagi mendapatkan jawapan yang sebenarnya dia mahu dari Aleesa. 'you are not good at cheating, Aleesa' getus hati Hilman.
"Mana?" kata Hilman. "Mana apa awak ni?" keliru Aleesa. Aleesa cuba menyembunyikan tangan kanannya dibelakang badan. Hilman yang perasan dengan tindakan Aleesa itu segera mengambil tangan Aleesa yang dia cuba sorokkan itu. Lantas terus lengan baju itu diangkat. Terdapat kesan merah di pergelangan tangan dan lengan kanan Aleesa.
"Siapa buat? Siapa tolak kau dalam semak tadi?" soal Hilman yang merenung Aleesa dari tadi. Aleesa hanya menunduk, tak mampu nak menatap muk Hilman yang ketat itu. "Pandang aku Aleesa. Sape buat ni?" Aleesa membalas renungan maut Hilman itu. Amat menyeramkan ye. "Saya tak kenal. Tapi- ala siket je ni. Nanti saya sapu ubat okey lah ni" kata Aleesa
Tangan Aleesa dilepaskan lembut. Aleesa cepat cepat menutup bajunya yang mendedahkan lengannya sebentar tadi. "A-awak. Jom masuk makan. Kita semua belum makan kan? Kesian ibu tunggu" ajak Aleesa.
Hilman hanya akur. Rahangnya diketap kuat menandakan tidak puas hati. Bukan geram dengan Aleesa tetapi dengan siapa yang berani sentuh Aleesa.
Hilman mengekori Aleesa menapak ke dalam rumah.
ꕥ
ANDA SEDANG MEMBACA
Dalam Pelukanmu
Romanceread at your own risk ⚠️🚫 hilman naufal ღ aleesa danisya ꕥ 📍sometimes the right place is a person Hilman Naufal , hero yang menyelamatkan Aleesa Danisya dari dikejar bekas teman lelaki yang cuba merogolnya. Pertemuan singkat itu amat bermakna bu...
