8

134 4 0
                                        

Sudah sebulan aku dirumah ibu. Tidak dinafikan, wanita separuh umur ini melayan aku dengan baik sekali. Seperti anak kandungnya sendiri. Saling tak tumpah juga anaknya, Hilman. Layanan mereka memang baik terhadap aku. Aku bagai tak mampu nak balas jasa mereka, moga Allah saja yang mampu membalas jasa mereka.

Beg baju aku Hilman letakkan di bonet kereta. Aku terus bersalaman dengan ibu. Tubuh wanita itu aku peluk erat. "Aleesa nanti datang jenguk ibu ye kat sini. Pintu rumah ibu ni sentiasa terbuka untuk Aleesa" kata ibu. Aku hanya tersenyum.

"Terima kasih ibu sebab dah jaga Aleesa kat sini. Baik sangat ibu layan Aleesa. Halalkan makan minum Aleesa ye, ibu" ibu mengusap kepala Aleesa dengan senyuman.

"Aleesa kan anak ibu , mestilah ibu sayang" gurau ibu. Serentak aku terdengar Hilman berdehem. Alesa dan ibu memandang Hilman serentak "Ehem ehem, ingat sikit anak kandung ibu ni. Ibu kene sayang Naufal lebih tau ibu, bukan Aleesa" ujar Hilman cemburu.

"Eh eh dia ni, nak pinjam ibu pun tak boleh" kata Aleesa. "Takboleh" kata Hilman ringkas seraya menjeling Aleesa persis kanak kanak yang cemburu ibunya diambil anak orang lain. Ibu hanya ketawa melihat karenah anak anaknya itu.

"Okey lah ibu, Aleesa gerak dulu ye. Ibu jaga diri, ada pape call je Aleesa okay ? Assalamualaikum ibu" kata Aleesa lalu masuk ke dakam perut kereta Honda Civic putih milik Hilman itu.

"Fal balik dulu, ibu. Nanti ada masa lapang, Fal balik sini lagi ye ibu" kata Hilman dan menyalam tangan ibu. "Nanti kalau balik, jangan balik sorang.  Balik sini bawak sekali anak ibu Aleesa tu ye." kata ibu.

"Ish ibu ni, tu anak orang tu, bu. Mana bole suka suka bawak balik anak orang. Merepek je ibu ni , Fal gerak dulu ye. Ibu jaga diri, apa apa hal call Naufal" kata Hilman lalu merungkaikan dakapan ibunya tu dan bergerak ke arah kereta.

Kereta honda civic putihnya itu laju keluar dari perkarangan rumah ibu.
"Haihlah anak.. bawak balik Aleesa bukan sebagai tetamu atau anak angkat lagi dah lepasni. Maksud ibu, bawak balik Aleesa sebagai menantu ibu" kata ibu sambil menghantar pemergian Hilman dan Aleesa dengan lirikan matanya itu.

"Awak, sebelum balik singgah warung PakSu kejap boleh?" kata Aleesa. Hilman yang sedang memandu itu menoleh sekilas ke arah Aleesa. "Lapar lagi ke? Tadi kat rumah ibu kau tak makan ke" bidas Hilman laju. Ada jelah dia ni nak buat topik bergaduh dengan Aleesa.

"Ish awak ni, ada je nak tuduh tuduh. Cuba dengar apa saya nak cakap dulu" kata Aleesa menyampah. Ada je nak gaduh, tak pernah nak berlembut dengannya. Hilman hanya diam focus pada pemanduannya

"Saya nak cakap terima kasih dekat PakSu selama saya ada dekat sini. Manatau lepasni saya tak dapat datang kampung ni lagi ke apa ke" sambung Aleesa.

"Asal pulak kau tak datang kampung ni?" soal Hilman. "Yelah, saya datang sini sebagai tetamu je" kata Aleesa. Dia sedar dirinya hanya sebagai tetamu dan anak angkat ibu sahaja . Tapi dengan kehadirannya, membuatkan ramai orang senang dengannya.

"Ouh, ala tapi kan kau boleh je datang sini bila bila kau nak. Ramai orang selesa dengan kau kat sini" kata Hilman. Aleesa hanya diam. Tidak lama selepas itu, kereta Honda civic Hilman segera memakir berhampiran dengan warung PakSu.

"Assalamualaikum PakSu" kata Aleesa. "Waalaikumussalam, Aleesa. Lapar ke ? Nak makan apa? PakSu masak spesial punya untuk Aleesa hehe" kata PakSu. Hilman yang melihat adegan itu hanya tersenyum.

'Ramai orang selesa dengan kau Aleesa' getus hati Hilman.

"Takdela PakSu. Aleesa datang sini sebab nak cakap terima kasih je dengan PakSu sepanjang Aleesa ada dekat sini. Aleesa nak balik KL dah ni" kata Aleesa. PakSu segera datang mendapatkan Aleesa. "Ouhh, baiklah Aleesa. Jaga diri elok elok kat KL ye, nak" balas PakSu.

"Terima kasih jugak PakSu sebab selamatkan Aleesa haritu dari budak budak kampung tu. Nasib baikkah PakSu ada, kalau tak taktau jadi apa dengan saya. Alhamdulillah sejak haritu budak budak tu dah tak kacau dah Aleesa" kata Aleesa.

"Ouhh, yang tu bukan PakSu yang settlekan. Tu semua Hilman yang pergi ajar dorang haritu" kat PakSu. "Ajar dorang? Maksud PakSu?" soal Aleesa tak faham. "Petang lepas Aleesa kena kacau tu, esok tu Hilman pergi pu-"
"PakSu, ni Naufal nak ucap terima kasih sangat sebab tengok tengokkan ibu masa Fal takde kat Melaka ni. Terima kasih ye, PakSu."

Belum sempat PakSu ingin berkata, Hilman sebok menyampuk. "Paksu, dah lewat ni. Takut sampai KL malam pulak. Kami mintak diri dulu ye PakSu?" kata Hilman. Tangan PakSu segera diraih untuk salam.

"Terima kasih PakSu" ucap Aleesa lalu membongkokkan sedikit badannya bagi menghormati PakSu. Lantas dia terus masuk ke dalam kereta Hilman.

Sejujurnya dia masih tak dapat apa yamg cuba disampaikan oleh PakSu. Hilman ajar budak budak kampung itu? Hilman pukul budak budak tu ke? Kebetulan haritu aku ternampak badannya ada kesan lebam. Masatu, dia hanya mengenakan baju tanpa lengan.

Jadi, jelas teserlah badannya yang bertanda lebam itu. Bila ditanya, dia kata dia jatuh semasa jogging. Tapi kesannya juga seperti ditumbuk orang. Tapi, dia sanggup dipukul dan memukul budak kampung itu semata budak itu menganggu aku? Makin rungsing otak aku dibuatnya.

Dalam PelukanmuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang