Haeyoung memasuki kelasnya . Lolipop yang setia ada dalam mulutnya dihisap . Tangan pula dimasukkan kedalam koceknya .
" Haeyoung ah "
Dia menoleh ke arah rakan lelakinya , Taehoon . Wajah memamerkan wajah bertanya . Taehoon pula kemudian menujukan gerakan tangan dimana bermaksud dia menyuruh Haeyoung untuk datang ke arahnya .
" Apa ?"
" Ni macam mana ?" Tanya Taehoon sambil menunjukkan soalan matematik .
Haeyoung membuka matanya besar sedikit . Dia kemudiannya mengambil pensel milik Taehoon.
" Sini dia dah bagi nombor untuk jumlah kesemua . Ikut rumus . Jumlah semua ni bahagi dengan nilai yang dalam ni . Lepas tu kuasa dua sebelah sini kau bawak pindah sini jadi punca kuasa . Then selesaikan je la " terang Haeyoung .
Taehoon menunjukkan riak bangga. Dia memandang ke arah Haeyoung .
" Uuuu , terima kasih dho " ujar Taehoon .
Haeyoung hanya mengangkat keningnya sebelah . Dia kemudiannya ingin berpusing untuk ke tempatnya , namun tiba tiba dahinya berlanggar dengan dada seseorang . Lolipop yang berada di dalam mulutnya pecah kerana terkena pada giginya .
" Aishh-"
" Yah , buta ke apa kau " tanya orang dihadapannya .
Haeyoung mendongak . Tangan kanannya memegang dahinya . Sempat dia tergelak sinis .
" Weh , kau yang langgar aku , lepas tu kau kata aku buta ? Siapa yang salah sekarang ni ?" Tanya Haeyoung .
Lelaki yang berada di depannya hanya menyelukkan tangan ke dalam poket . Dia memandang ke arah Haeyoung dengan pandangan sinis .
" Engkau lah . Kau tahu , sikit je lagi tadi aku nak jatuh sebab kau pusing tadi . Sebab apa ? Tu kau tengok diri kau tu "
Haeyoung memandang dirinya . Kemudian dia memandang ke arah lelaki yang memakai name tag Park Jeongwoo itu . Haereun mengeluarkan bata lolipop yang sudah tiada lagi lolipop itu .
" Weh monyet , kau yang langgar aku , tak payah nak action sangat lepas tu nak kata aku berisi ke apa ke . Kau ni sekali aku sepak memang naya " balas Haeyoung . Dia menggenggam batang lolipop itu .
" Then ? Do it " ucap Jeongwoo . Haeyoung memandangnya serius . Dia tersenyum kecil .
Langkahnya mula diatur ke arah Jeongwoo . Jeongwoo pula hanya tenang memandangnya . Lagi selangkah , Haeyoung sudah betul betul berada di hadapan Jeongwoo .
" Sorry , tapi aku tak nak kau malu sekarang , so aku simpan dulu chance aku ye , Jeongwoo " bisik Haeyoung .
Dia kemudiannya berjalan sambil tangannya yang memegang batang lolipop itu , ditekapkan kepada muka Jeongwoo . Kemudian terus dia berlalu ke arah mejanya tanpa memandang ke arah sekumpulan perempuan yang sedang mencaci makinya dalam diam .
YOU ARE READING
BUL - LOVE • PARK JEONGWOO
Fanfiction27/2/23 " Ni adalah pembalasan untuk orang macam kau yang terima aku . Aku dah cakap aku dah berpunya , tapi kau yang gedik . Memang sepanjang hubungan kita ni , aku akan buat kau merana , Moon Haeyoung - Park Jeongwoo [ BUL-LOVE = BULLY+LOVE ] #1...