" Malam ni kawan papa kamu datang . Mama pun ada buat makan malam sekali untuk diorang . Mama nak Haeyoung pakai lawa lawa tau malam ni , sebab papa nak kenalkan Haeyoung dengan anak kawan dia "
Haeyoung yang berpakaian gaun separas lutut itu masih membaringkan tubuhnya di atas katil empuk miliknya . Jarang jarang sekali untuk melihatnya pakai sebegitu .
Kalau dah nampak tu , boleh le rasa diri tu bersyukur sikit sebab setahun mungkin sekali je budak si Haeyoung ni nak pakai . Itupun kena paksa .
" Payah juga jadi anak keluarga workholic ni . Setiap tahun ada je perjumpaan lepas tu nak kenalkan aku dengan itu lah , ini lah . Aigoo yaa " keluh Haeyoung .
Bukan dia tak tahu niat disebalik papanya itu . Sebenarnya papa nya mahu dia mencarikan lelaki ataupun kekasih hati supaya di mata kawan kawan papanya , anak gangster mereka ini turut laku dan layak untuk bercinta . Haeyoung tergelak kecil .
" Aku ? Bercinta ? Pergh , silap hari bulan aku yang jadi boyfriend , lelaki malang tu jadi girlfriend , hahaha " kata Haeyoung sendirian .
Tiba tiba pintu dikuak dari luar . Wajah abangnya menjamah pandangan Haeyoung .
" Kau dah siap ke belum ni gila ?" Tanya Haebyong .
Haeyoung berdecit kecil. Eish abangnya ini , masuk sahaja biliknya ada sahaja nak dipanggilnya pelik pelik . Gila la , meren la , macam macam .
" Dah siap la ni kan ? Nak buat apa lagi ? Tunggu je la " balas Haeyoung bernada malas . Haebyong mengerutkan dahinya .
" Make up la sikit ke apa ke . Ni rambut ni , kau memang tak boleh nak berhias untuk diri sendiri ke apa ? Bangun "
Haeyoung melihat abangnya yang berjalan ke arah mejanya . Dia mencari sesuatu .
" Cari pe woi ?" Tanya Haeyoung , berdiri di sebelah abangnya .
" Kau takde make up ke ? Or something yang boleh touch up ?"
Haeyoung menggelengkan kepalanya . Jarang la gangster nak ber make up make up ni .
"Wat da .. hish kau ni , sini la " terus tangan Haeyoung di tariknya . Walaupun make up tiada , namun dia tetap nak menghiasi Haeyoung agar terlihat anggun bukanlah seorang gangster .
YOU ARE READING
BUL - LOVE • PARK JEONGWOO
Fanfic27/2/23 " Ni adalah pembalasan untuk orang macam kau yang terima aku . Aku dah cakap aku dah berpunya , tapi kau yang gedik . Memang sepanjang hubungan kita ni , aku akan buat kau merana , Moon Haeyoung - Park Jeongwoo [ BUL-LOVE = BULLY+LOVE ] #1...