08

115 16 1
                                    

Haeyoung hanya memejamkan matanya sambil memegang kepalanya . Suara bebelan mamanya dari tadi hanya bagaikan angin lalu .

" Mama tak kira . Haeyoung kena juga ikut cakap kami . Ooo , patutlah lama sangat pergi ambil barang papa , rupanya sedang menyulam kasih dengan anak teruna orang ?"

Kejadian semalam kembali terimbas di kotak kepala Haeyoung. Terus gadis itu membuat muka kegelian . Kalau mamat tu tak datang kacau aku , takde nya sekarang ni mama papa membebel , bebel Haeyoung .

" Ma , Haeyoung belum habis sekolah ma " ujar Haeyoung yang masih memejamkan matanya .

" Do I care ? Haeyoung tahu tak ? Mama dengan papa malu tau dengan kawan papa tu . Depan mata Uncle Park dengan papa kamu , korang berdua hampir.. urgh , nak buat pun , buat selepas kahwin la " bebel lagi Puan Moon .

Haeyoung membuka matanya . Dia menarik nafasnya .

" Ma , serious ma , Haeyoung tak de hubungan apa apa pun di si Jeongwoo tu . Kalau Haeyoung nak dia , dah lama ma , dah lama dah Haeyoung goda dia ma . Semalam memang dia sendiri yang sibuk-"

" Papa tak kira . Lagipun , papa dengan Uncle Park memang nak pasangkan korang berdua . Jeongwoo tu dah banyak keluar dengan perempuan sana sini , so Uncle Park tak nak dia terlebih dimanjakan sampai ke besar . " Sampuk Pengerusi Moon. Haeyoung memandang papanya .

" Pa , tolong lah pa . Haeyoung belum habis sekolah lagi kan ? Kalah ye pun bagi Haeyoung habis sekolah dulu la " jawab Haeyoung lemah .

" Dua minggu dari sekarang , kamu dengan Jeongwoo tunang . No excuse "

Haeyoung ternganga . Papa dan mamanya kemudian terus bangun dan meninggalkan biliknya .

Dua minggu ? Wat da..

" Aishhhi- Kau Jeongwoo , memang kau betul betul dah buat aku rasa nak eiii siat siat je kulit kau !" Bebel Haeyoung sambil mengetuk mejanya sendiri .

__________

" Kau tolak je la , yang kau terima kenapa , debab ? " rungut Jeongwoo .

Haeyoung hanya diam berdiri . Entah , pagi pagi lagi si Jeongwoo sudah menariknya untuk ke bilik muzik .

" Kau tahu tak , aku ni , ni aku ni , Park Jeongwoo , dah berpunya tahu tak ? Ye la , aku fahamlah kau single dari lahir , tapi tak payahlah jadikan aku mangsa kau "

Haeyoung mengetap giginya . Dia menolak pipinya dari dalam .

" Kalau bukan sebab kau yang sibuk kacau kau , takdenya kita jadi macam ni . Semua ni punca dari kau yang sibuk sangat nak berdiri dekat dengan aku masa tu " balas Haeyoung . Jeongwoo memandangnya .

" Weh , kau ingat aku ni teringin kat kau ke ? Weh sorry la , taste aku semua kurus kurus and pandai bergaya , bukan macam kau , simpan lemak lepas tu pakaian macam laki !" Kata Jeongwoo kasar .

Haeyoung hanya tersenyum sinis . Kau ingat aku nak terasa ? Hello , ni Moon Haeyoung kot .

" Kisah apa aku taste kau macam mana ? And lagi satu , kau ingat aku pun nak sangat ke kat kau yang serupa monyet ni ? Weh , aku tak hamaklah weh , daripada aku pilih kau , baik aku pilih si Jungwon tu , cakap pun helokk haa " balas Haeyoung . Dia kemudiannya memusingkan badannya . Sempat dia memberikan jelingan kepada Jeongwoo sebelum meninggalkan ruang muzik itu .

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOWhere stories live. Discover now