Haeyoung membetulkan tali kasutnya . Beg sandang hitam di belakangnya dibetulkan . Baru sahaja kakinya melangkah dua tiga tapak , satu kereta berhenti diluar pagar rumah papanya itu .
Haeyoung menghentikan langkahnya . Dia memejamkan matanya seketika diikuti helaan nafas berat .
" PIN !"
Haeyoung kembali melangkah . Tidak menghiraukan kewujudan kereta dan juga manusia yang menjadi pemandu kereta itu . Seusai dia keluar dari pagar , terus sahaja dia berjalan meninggalkan kereta itu .
Dan lagi sekali , kereta itu menekan hon . Haeyoung terus menerus tidak menghiraukannya.
Hampir seminit berjalan , kereta itu bergerak di sebelah Haeyoung yang masih setia memandang ke hadapan . Tingkap kereta diturunkan .
" Yah " panggil Jeongwoo .
Haeyoung hanya membuat muka selamba .
" Yah , Moon Haeyoung !"
Akhirnya , kaki Haeyoung berhenti melangkah . Dia mengeluh perlahan sebelum memusingkan kepalanya ke arah kereta .
" Apa ?"
" Naik lah . Takkan la nak aku bukakkan pintu untuk kau ?"
" Kau blah je la , bukan kerja kau pun nak bawak aku "
" Yang kau degil sangat ni kenapa ?"
" Suka hati aku la , diri aku , bukannya kau , hish !"
Haeyoung terus melangkah pergi . Malas untuknya berdebat dengan lelaki itu . Sama je kalau dia naik atau tidak . Jeongwoo memang akan menurunkannya di bus stop hadapan sekolah itu , kerana tidak mahu terkantoi .
YOU ARE READING
BUL - LOVE • PARK JEONGWOO
Fanfiction27/2/23 " Ni adalah pembalasan untuk orang macam kau yang terima aku . Aku dah cakap aku dah berpunya , tapi kau yang gedik . Memang sepanjang hubungan kita ni , aku akan buat kau merana , Moon Haeyoung - Park Jeongwoo [ BUL-LOVE = BULLY+LOVE ] #1...