Haeyoung melangkah sedikit laju . Walaupun kakinya agak sakit , tapi dia tidak suka terlalu ' bermanja ' dengan kesakitan yang dialaminya .
Sesampai sahaja dia bus stop itu , terus dia melabuhkan punggungnya disitu . Nafas dihela perlahan .
Jam ditengok . Dia ingatkan tadi , Jeongwoo sudah menunggunya disitu , sebab itulah dia berjalan agak laju . Tapi sekarang , batang hidung lelaki itu pun masih belum dilihatnya .
" Kalau lambat sangat aku blah terus , haa " desis hati Haeyoung .
Dia kemudiannya hanya diam disitu . Memandang kiri , tiada sesiapa . Memandang kanan juga tiada sesiapa . Melihat hari semakin lama semakin mendung , memberi isyarat bahawa kejap lagi akan turunnya hujan .
Angin lembut menyapa wajah mulus Haeyoung . Lagi sekali , jam dilihatnya . Baru dia sedar , sudah 10 minit dia duduk disitu .
Handphone dikeluarkan . Dia membuka group kelasnya . Mencari jika ada nama Jeongwoo disitu .
" Kau ni pun satu Haeyoung . Dah bertunang pun , simpan lah nombor monyet tu . Sekarang ni dah tak tahu macam mana nak call " Bebelnya . Akibat terlalu penat men-scroll , akhirnya dia matikan sahaja niatnya yang ingin menghubungi Jeongwoo .
Masa terus berlalu . Namun satu kelibat apa apa tidak dilihatnya . Baru sahaja dia ingin bangun , satu kereta berhenti ditepinya .
Dia memandang ke arah cermin gelap itu . Dia tahu itu kereta Jeongwoo kerana dia pernah melihatnya ketika Jeongwoo datang ke rumahnya dahulu .
Cermin gelap itu diturunkan . Wajah Jeongwoo yang dikenakan bersama cermin mata itu dilihat Haeyoung dengan rimas .
" Kau dengan Haruto ada apa apa ke ?"
Haeyoung beriak pelik . Tiba tiba tanya soalan ni dah kenapa . Sempat Haeyoung memandang ke arah seseorang perempuan yang sedang lena tidur di tempat penumpang disebelah Jeongwoo .
" Kau dah kenapa ? Aku dengan dia pun tak rapat , tiba tiba tanya . Gila ke ?" Jawab Haeyoung .
Jeongwoo memandangnya atas bawah . Sempat dia berhenti melihat ke arah kekoyakkan yang terdapat pada bahagian lutut kiri Haeyoung .
" Ouh . Ok "
Habis itu , Jeongwoo kembali menutup tingkap keretanya . Usai itu , terus dia pergi meninggalkan Haeyoung yang terpinga-pinga memandang keretanya .
" The fu- aku ni nak balik macam mana ? Wah.. "
Haeyoung memandang ke arah lain bersama tolakkan lidah ke pipinya . Kalau tadi dia sempat , memang dia terajang banyak kali kat kereta mewah milik Jeongwoo itu .
" Dia minta aku jumpa kat sini sebab tanya pasal Ruto ? Eh , bangangnya aku pergi ikut . Eish . Kalau aku tahu , memang aku cekik kau tadi Jeongwoo!" Jeritnya walaupun tiada siapa yang akan mendengarnya .
YOU ARE READING
BUL - LOVE • PARK JEONGWOO
Fanfiction27/2/23 " Ni adalah pembalasan untuk orang macam kau yang terima aku . Aku dah cakap aku dah berpunya , tapi kau yang gedik . Memang sepanjang hubungan kita ni , aku akan buat kau merana , Moon Haeyoung - Park Jeongwoo [ BUL-LOVE = BULLY+LOVE ] #1...