Haeyoung membongkok mencari barang kerja papanya . Sememangnya dia tahu dimana tempat yang sering diletakkan barang kerja papanya tapi untuk hari ini , tidak pula dia nampak .
" Mana pulak dah ?"
Dia kemudiannya menjauhi meja hitam itu . Seketika , dia merenungi setiap sudut . Sehinggalah matanya terhenti pada satu beg hitam yang diletakkan di bawah meja lain .
" I got you !" ujar Haeyoung sendirian . Dia kemudiannya mencangkung dan menarik beg itu .
Habis itu , dia kemudiannya berdiri kembali sambil mengemaskan pegangannya pada beg itu . Baru sahaja dia mahu memusingkan ke belakang , tiba tiba dahinya berlanggar dengan seseorang .
" Aishh , hahaha " ujar suara garau dihadapannya seolah olah mengejeknya . Haeyoung mendongak . Wajah Jeongwoo yang berada di hadapannya dipandang .
" Kau ni kenapa gila ? Tak puas hati apa dengan aku ?" Tanya Haeyoung geram .
Jeongwoo mengangkat keningnya . Tangannya yang tadi bersilang di dadanya , kemudian diturunkan . Serta merta dia merapati tubuh Haeyoung dan tangannya diletakkan dikedua-dua sisi Haeyoung seolah-olah mengunci ruang gadis itu .
Haeyoung terus bersandar pada meja . Wajahnya dipaling ke arah tepi . Apa lagi mamat ni nak buat ni ?
" Memang aku tak puas hati lagi dengan kau . Kenapa kau anak kepada Uncle Moon ?"
Haeyoung tercengang . Soalan bodoh apa dia tanya ni ?
" Kau ni masuk je kelas pandai , tapi tanya soalan bodoh . Tanya la mama dengan papa aku macam mana aku boleh jadi anak diorang ! Hish , sanalah !" Marah Haeyoung , namun suaranya diperlahankan . Naya karang kalau keluarganya dengar .
" Kau tak rasa jijik ke pakai dress macam ni ? Yela , kau kan bukannya perempuan sangat , dengan badan kau yang.. pftt-" ejek Jeongwoo sambil memandang ke arah badan milik Haeyoung .
Haeyoung memejamkan matanya . Menahan amarah supaya tidak terlepas . Jujur , dia sebenarnya dah lama simpan penumbuknya . Kalau bukan sebab diorang kat rumahnya , dah lama dia tumbuk muka Jeongwoo ni .
" Aku minta cara baik ni , tolong ke tepi , ni barang papa aku faham tak ?"
Jeongwoo hanya membuat muka tidak kisah . Dia kemudiannya tiba tiba memegang pipi Haeyoung yang chubby itu .
" Eish " Haeyoung menggerakkan wajahnya ke kiri dan kanan agar tangan Jeongwoo yang hampir ingin mencengkam wajahnya itu dilepaskan . Namun jari jemari lelaki itu masih setia di kedua dua pipinya.
Tiba tiba Jeongwoo mendekatkan wajahnya kepada wajah Haeyoung . Haeyoung pula hanya statik ditempatnya . Penumbuk sudah lama dikepal .
"Park Jeongwoo !"
Serta merta , Jeongwoo mahupun Haeyoung menoleh ke arah suara itu . Membulat msta Jeongwoo saat melihat dua figura lelaki yang separuh baya itu berdiri di tepi dinding itu .
' Matilah aku ' monolog Jeongwoo
YOU ARE READING
BUL - LOVE • PARK JEONGWOO
Fanfiction27/2/23 " Ni adalah pembalasan untuk orang macam kau yang terima aku . Aku dah cakap aku dah berpunya , tapi kau yang gedik . Memang sepanjang hubungan kita ni , aku akan buat kau merana , Moon Haeyoung - Park Jeongwoo [ BUL-LOVE = BULLY+LOVE ] #1...