Haeyoung yang baru selesai membeli makanannya , memusingkan badannya dan berjalan pergi dari cafeteria itu . Seketika , matanya melilau ke sekitar sekolah .
Sehinggalah , matanya tertancap pada seseorang yang sedang memegang tisu sambil melekapkannya pada hujung bibir . Haeyoung mengecilkan matanya .
" Haruto ?"
Terus sahaja langkahnya diarahkan ke arah kawasan belakang taman itu . Sempat dia memandang sekeliling sebelum berlari kecil ke arah Haruto .
" Yah , Haruto "
Haruto mengangkat mukanya . Terdiam lelaki itu apabila melihat diri Haeyoung berdiri dihadapannya . Terus dia memusingkan kepalanya sambil tisu yang sudah bertukar warna merah itu disorokkan di tepi kakinya .
" Weh, kau kenapa , gila ?" Tanya Haeyoung . Dia memandang ke arah beberapa longgokan tisu yang sudah digunakan di atas meja itu . Hampir kesemuanya sudah berwarna merah .
" Eish aku le , tanya tak nak jawab . Kau pahal ? Kau jumpa yakuza ke apa ni , Haruto ?"
Haeyoung terus meletakkan makanannya di tepi . Kerusi kosong di hadapan Haruto diduduknya . Terus dia menarik kepala Haruto untuk memandangnya .
" Yah- .. teruk nya . Siapa tumbuk kau sia ?" tak tunggu lama , terus Haeyoung menarik beberapa helaian tisu baru dan mengelap kesan luka tumbukan di hujung bibir Haruto .
" Tak boleh guna tisu ni . Hujung bibir kau dah pecah dah ni . Sabar jap "
Haruto hanya memandang figura gadis itu berlari ke arah cafeteria dan membeli sesuatu . Hampir seminit , barulah Haeyoung kembali datang bersama satu cawan yang berisi ais dan kain bersih .
" Sini "
Haeyoung meletakkan beberapa ais di dalam sehelai kain kecil itu . Selepas sahaja dia memegang hujung kain itu , terus dia melekapkan perlahan-lahan di tepi bibir Haruto . Lelaki itu masih diam dari tadi .
" Kau gaduh dengan Jeongwoo ke , Ruto ? " Tanya Haeyoung , akhirnya .
Sebenarnya , dari tadi lagi dia ingin bertanya . Tetapi dia tidak mahu masuk campur hal tunangnya lagi lagi Haruto itu ialah sahabat Jeongwoo .
" Tak , bila masa aku gaduh ?" Tanya Haruto kembali .
" Ingat aku lupa ingatan ke ? Yang pagi tadi Jeongwoo siap tarik kolar kau tu apa ? "
Haruto tersenyum kecil . Haeyoung kemudian mengerutkan dahinya .
" Tak payah nak senyum sinis sangat . Sedar sikit bibir kau tu sakit . " Tegur Haeyoung perlahan . Dia terus menerus menekan perlahan kain berais itu pada bibir Haruto .
" By the way , kenapa kau tolong aku ?" Tanya Haruto tiba tiba . Haeyoung kemudian bertemu mata dengan lelaki jepun itu . Seketika , keadaan diam .
" Sebab kau tolong aku masa aku lambat datang sekolah hari tu . So aku balas je la jasa baik kau tu , lagipun kau juga yang bagi aku plaster sebab lutut aku luka kan ? " Balas Haeyoung berserta senyuman kecil . Haruto meng-oh-kan sahaja .
YOU ARE READING
BUL - LOVE • PARK JEONGWOO
Fanfiction27/2/23 " Ni adalah pembalasan untuk orang macam kau yang terima aku . Aku dah cakap aku dah berpunya , tapi kau yang gedik . Memang sepanjang hubungan kita ni , aku akan buat kau merana , Moon Haeyoung - Park Jeongwoo [ BUL-LOVE = BULLY+LOVE ] #1...