"Mama lupa nak beritahu kamu . Sebelah kondo kamu tu , kondo tunang kamu . Boleh la lepas ni kalau kamu nak ambil hati si Jeongwoo tu lebih lagi , masakkan dia makanan ke , apa apa je la , erat kan lagi hubungan korang tu . "
Haeyoung merenung mesej balas dari mamanya itu . Masakkan makanan ?
Dia kemudiannya mencari nama Jeongwoo di chatnya . Ah bukan , nama contact Jeongwoo yang di save adalah monyet jadian .
" Bapak lama dia bluetick aku sia . Tak guna punya manusia " omel Haeyoung saat melihat mesejnya yang sudah hampir tiga minggu dibiarkan tanpa berjawab .
Niat dihati baru nak tanya dah makan ke belum , tapi lepas dah perasan akan hal itu , terus dibatalkan sahaja niatnya .
Tak payah tanya senang , buat terus bagi .
" Eh ! Karang dia ingat aku ni prihatin pulak kat dia "
Haeyoung terdiam . Dari keadaan baring , kini dia duduk bersila di atas sofa .
" Ah , apa susah ? Aku cakaplah mama yang suruh . Lagipun bukan menipu , dah memang mama yang cakap gitu " balasnya sendiri . Akhirnya , terus dia bangun dan berlalu ke arah dapur .
Haeyoung melihat bahan bahan mentah yang ada di dapurnya . Tersenyum kecil dirinya saat melihat beberapa pek tteoboki yang disimpan di dalam rak makanan itu . Terus dia mengambilnya dan memulakan masakannya .
Hampir 20 minit , akhirnya siap juga makanannya . Dia mengambil bekas makanan yang berbentuk beruang itu sebelum dicucinya bersih . Kemudian , dia menyedokkan pulak tteoboki yang dibuatnya ke dalam bekas makanan itu .
" Nampak macam simple sangat ke ? Hm , biarlah . Letak lebih lebih karang dia ingat aku syok kat dia . "
Haeyoung kemudiannya terus mengambil cardigan putih yang diletakkan di atas kerusi makan . Habis itu , terus dia mengambil bekas makanan tadi dan berjalan ke luar kondo .
Seusai pintu dibuka , dia menjengulkan kepalanya keluar . Kesunyian malam itu membuatkan dia rasa seram sejuk . Padahal baru pukul 8 malam .
Haeyoung menyarungkan selipar di kakinya . Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari ruang hadapan kondonya , seseorang melalui dihadapannya dengan langkah gembira .
" Jagiyaaa "
Haeyoung memusingkan kepalanya . Ah sudah .
YOU ARE READING
BUL - LOVE • PARK JEONGWOO
Fanfiction27/2/23 " Ni adalah pembalasan untuk orang macam kau yang terima aku . Aku dah cakap aku dah berpunya , tapi kau yang gedik . Memang sepanjang hubungan kita ni , aku akan buat kau merana , Moon Haeyoung - Park Jeongwoo [ BUL-LOVE = BULLY+LOVE ] #1...