"Siapa tu?" tanya Asyikin pada Mira yang lambat-lambat memandang ke arah yang dimaksudkan. "You memang tak siasat ke sebelum you join keja sini? She's the CEO, Miss Kiara Nazneen." jawab gadis itu. "Kiara Nazneen? Erm, why so familiar." ujar Asyikin masih memerhati Kiara yang melawat department mereka pada hari ini. Baru pertama kali dia melihat atasan mereka itu.
"Ni." Mira sedikit menolak laptopnya ke arah Asyikin. "18 years old?" ujar gadis itu tak percaya semasa membaca biodata Kiara. "Yeah, kita baru selesai SPM.. Dia dah bangunkan company sendiri." bicara Mira berbangga seolah sedang membicarakan tentang dirinya. "But, dia memanglah senang. Bapak dia Tan Sri." Asyikin tersenyum kelat.
"Ya. Tan Sri bantu sebab Kiara memang seorang yang tetap pada pendiriannya. Maksud I, that's why Tan Sri invested in her company. Sebab dia yakin minat Kiara pada fashion bukan cuma hobi anak orang kaya untuk buang duit. Tu yang I dengar lah when I baru masuk sini." cerita Mira. "And, you tau apa dia paling tak suka? Buat kerja lambat. Sebab tu semua kerja yang dia bagi ada deadline yang you tak boleh postpone even whatever the reason is. So, better kita buat keja, sebelum dia keluar dari bilik Tuan Mahmud." sambung Mira.
Asyikin memandang tepat ke arah pintu ketua department mereka, Tuan Mahmud. "Kiara Nazneen. Kiara. Ty.. Huhh! Patutlah macam pernah dengar." pantas jemarinya menaip sesuatu pada kolum carian Google. "Patulah family dia meroyan nak sangat." ucapnya tersenyum tak percaya melihat Wikipedia Kiara yang tertera nama Adrian Mikael sebagai suaminya. Matanya pantas menangkap kelibat Kiara yang baru keluar.
Asyikin memerhati gadis itu dari atas ke bawah. Serba moden dan bergaya memandangkan Kiara adalah seorang CEO syarikat fashion. Dan wajah cantik yang hanya memakai make-up tipis itu sangat membantu penampilannya. "Betul ke Adrian takkan jatuh hati pada dia?" soalnya sendiri. Mula berasa risau. Sedangkan dia seorang perempuan tidak dapat melarikan pandangan dari memandang kecantikan Kiara. Apatah lagi lelaki, lebih-lebih lagi suaminya sendiri.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
Romance. "What? Kiara.. are you kidding me?" soal Adrian. "What? I thought.. we are officially in relationship after what happened last night." Kiara memandang wajah tampan itu dengan senyuman yang dipaksa. Jejaka itu tertawa. "Hey, baby.. Miss Kiar...