Chapter 7 ( Break up? )

1.5K 29 0
                                    


Keesokannya merupakan hari kokurikulum iaitu sukan dan permainan. Daniel sangat tidak bernasib baik kerana sama kelab permainan bersama Khai iaitu kelab snuker.

Sepanjang aktiviti berjalan, Khai memerhatikan Daniel dari jauh. Entah kenapa hal lain tidak menarik minatnya. Dia lebih suka memerhati gerak-geri Daniel yang hanya diam di suatu sudut.

" Abang Daniel, abang Khai tenung abang Daniel dari tadi lagi. Abang pergila dekat dia ," ujar salah seorang budak junior. Hilang lamunan Daniel seketika. Dia melirik Khai yang putus urat malu merenungnya dari jauh. Bibirnya menguntum senyum kepada Daniel.

Dup Dap.

fck.

" Kamu semua dibenarkan bermain snuker ini sehingga waktu kokum tamat. Sebelah kiri lelaki dan sebelah kanan saya perempuan ye. Terima kasih " Guru penasihat melangkah keluar dari bilik snuker.
Pelajar-pelajar mula bergerak untuk bermain meninggalkan Daniel keseorangan di sofa.

Dia berdoa dalam hati supaya masa bergerak pantas supaya dia boleh balik dan tidur.

Daniel menghiraukan pandangan junior-junior lalu mengeluarkan telefon untuk bermain permainan video, Genshin Impact. Leka bermain sehingga tidak sedar Khai disisi sedang memerhatikan skrin telefon.

" Nak main jugak.. " Terhenjut bahu Daniel terkejut dgn suara telinganya.
" Tak payahla bisik kat telinga orang. Terkejut tau tak? Pergila main snuker dengan diorang tu ," balasnya.

" Tak nak. Diorang busuk awak still bau manis macam sweets hihi ," seloroh Khai sambil ketawa kecil. Dia meraba kepalanya ke bahu Daniel manja.
Daniel menghiraukan Khai. Dah biasa dengan perangai manja si Khai itu.

" Abang Daniel abang Khai jomlah main sekali. Lawan dengan kitorang ," ajak budak tingkatan 4 itu.
" Takpelah. Aku tak pandai main. Kau ajak orang lainlah ," tolak Daniel sopan sambil tersengih. Dia bukannya pandai main snooker itu. Terjentik tangan barunya tau.
" Awak jomla main. Kalau tak pandai saya boleh ajarkan " Khai mengheret tangan Daniel.

" Taknak. Lepaskan tangan akula " Daniel meronta-ronta membuatkan Khai geram. Dengan spontannya, Khai mengangkat Daniel ke meja snooker menghiraukan pandangan junior-junior.

widihh ni baru urat malu putus bossku.

Terpana seketika Daniel apabila dia diletakkan ke bawah semula. Matanya memandang sekeliling dengan cemas kerana menerima banyak mata tajam dari setiap inci bilik. Mereka berbisik-bisik dan ketawa sambil melirik Daniel dan Khai.

" Dua abang tu gayla "
" Aah weyy kau tengoklah dengan selambanya abang Khai angkat abang Daniel "
" Wahh berani betul eh?"
" Ni kalau cikgu tahu tidak ke sampai ke pengetua? "
" Lelaki dengan lelaki main macam mana eh?"
" HAHAHAH bodohla kau "

Tubuh Daniel mula bergetar hebat. Air matanya bertakung di kelopak mata membuatkan pandangannya kabur. Suara mula sayup-sayup kedengaran di hujung telinga.
" Daniel! Daniel! " Khai menggoncang lembut bahu Daniel apabila lelaki itu tidak memberikan tindakbalas. Apa yang aku dah buat ni..

Daniel menepis kasar tangan Khai dan melangkah keluar. Air mata yang bertakung tadi mula melimpah.

Khai melemparkan pandangan tajam ke arah junior-junior yang berbisik tadi. Awal tadi dia dengar bisikan mereka tetapi dia buat tidak endah sahaja. Dia tidak tahu Daniel akan memberikan reaksi sebegitu.
Terus junior-junior itu melarikan pandangan dan membuat hal masing-masing. Ketar lutut juga dengan mata helang Khai itu.

" Daniel tunggu! " Khai mencapai telefon Daniel dan berlari keluar.
Dia mencari sekitar blok susuk tubuh Daniel tetapi tidak jumpa.

𝐑𝐢𝐟 🤖

kau ada nampak Daniel lalu kelab kau tk?

Zarif mengerutkan dahi. Dia mengelap peluh selepas bermain bola keranjang tadi. Terkejut juga mendapat mesej daripada Khai dengan tiba-tiba. Drama apa pulak ni..

tkde

Khai mengetap gigi menahan geram.

mana sayang ni?

Khai mula tidak senang duduk dan berjalan ke hulu ke hilir. Dia dihantui kerisauan kerana takut Daniel buat apa-apa. Khai kaku apabila ternampak suatu kelibat dari blok B iaitu blok kelas Daniel.

" Daniel! " Khai terus berlari ke blok B. Dia sanggup berlari dari blok A ke blok B semata-mata untuk berjumpa Daniel.

" Daniel! " Khai berlari memeluk Daniel yang duduk memeluk lutut di belakang kelas. Badan Daniel bergetar hebat ketika dia dalam dakapan Khai.
" Sayang it's me shh shh " Khai menggosok perlahan-lahan rambut hitam pekat Daniel dan mengelap air mata itu dengan ibu jari.

" Khai.. hiks hiks let's break up " Urat kelihatan di rahang Khai. Tanpa sedar tangannya mencengkam badan Daniel seperti tidak mahu melepaskan empunya.
" aghh sakitt Khai.. lepaskan! " Daniel menolak beberapa kali dada Khai tetapi semakin erat pula dibalasnya.

" Apa? Break? Heh kau ingat kau boleh lari daripada aku ke? " Rambut Daniel dicengkam membuatkan kepalanya terangkat ke atas. Sudah hilang panggilan manja itu. Kesabaran Khai sudah tercabar. Hanya kejadian yang berlaku beberapa minit Daniel minta untuk putuskan hubungan? Mimpilah puas-puas.

" Hiss sakit Khai "
Tangan Daniel naik menggenggam tangan Khai di rambutnya.
" Khai lepaskan.. sakit.. " Air mata mengalir.

Khai meleraikan genggaman perlahan-lahan lalu melilit pinggang Daniel erat. Daniel dibawa ke atas ribanya, di atas kerusi.

" I'm sorry sayang. I'm so sorry " Khai memeluk erat malah terlalu erat seperti menandakan Daniel hanya hak miliknya seorang.
Lama Daniel dirangkul Khai sehingga dia lemas dipeluk sedemikian.

Tangisannya mula reda tetapi badannya masih teresak-esak. Kepalanya direhatkan ke bahu Khai.
" Saya tak nak break dengan awak.. Saya sayangkan awak.. Jangan tinggalkan saya seorang sayang.. Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa awak lepas ni.. Please sayang.. " Itu kali pertama Khai merayu dengan Daniel.

" Aku tak tahu. Aku tak nak ada orang tahu pasal kita. Kau tu ketua pengawas dan ketua pelajar. Macam mana kalau cikgu-cikgu tahu pasal kita. Aku risau kalau imej kau rosak disebabkan aku! " Daniel menolak dada Khai dan berdiri. Dia mengelak apabila Khai menghampirinya.

" I DON'T FUCKING CARE! Saya cuma nak awak ada dengan saya je. Kalau awak nak saya letak jawatan bodoh tu saya akan letak Daniel. Dengan susahnya saya dapatkan awak, awak minta break macam tu je kan!? " Daniel ditolak ke dinding membuatkan empunya mengaduh. Belakangnya pedih ditolak dengan kasar.

" If you are that desperate- "
" YES! I AM THAT DESPERATE FOR YOU TO BE MINE! " Urat hijau pada rahang Khai timbul tenggelam dari tadi menunjukkan empunya menahan amarah.

" If you are that desperate, give me time until I am ready for us. Aku tak ready nak hadap society sekarang. Aku tak nak sebab hubungan kita mental aku rosak. Please give me time, Khairul Adler.. " Daniel merenung dalam mata sayu itu. Terdapat beribu perasaan yang bercampur-baur disebalik mata tajam itu.

Melihat Khai tidak membalas, Daniel mengucup bibir pink itu tetapi tangan Khai mendakap lehernya untuk mendalamkan lagi ciuman tersebut.

Itu adalah ciuman terakhir mereka sebelum mereka berpisah. Daniel terkejut melihat air mata mengalir dari mata tajam Khai. Khai telah mencurahkan air matanya buat pertama kali di hadapan Daniel.
Dia cuba untuk memenuhi fikirannya dengan perkata yang positif tetapi buntu. Apa dia nak buat selepas ini tanpa Daniel? Dia tidak dapat bayangkan hidupnya tanpa Daniel. Buntu.

TBC

bulu roma aku meremang jap.

CINTA MENJADI OBSESI (Slow Update)Where stories live. Discover now