Chapter 13

1.2K 25 1
                                    


" Daniel. Daniel. Bangun dah sampai rumah ni " Khai mengusap pipi Daniel perlahan. Mereka naik ke bilik dengan senyap. Tiada seorang pun yang ingin bersuara.

Khai menghempaskan tubuhnya ke katil kerana kepenatan. Dia akan soal siasat Daniel tentang kejadian malam ini pada lain hari.

Sekitar pukul 3 pagi, Khai merengus tidak selesa. Tubuhnya rasa sesak akibat kesukaran bernafas.
" Awak.. saya tak boleh nafas. Jangan peluk kuat sangat.. ," gumam Khai masih mamai.

Daniel memekakkan telinga dan mengeratkan pelukan. Dia tidak mahu melepaskan Khai kerana perasaan bersalah menghantuinya. Dia tidak pernah terfikir yang Khai terseksa sebegitu rupa sebelum ini kerana dia. Kerana Daniel Harith, Khai terseksa. Dia tidak akan memaafkan dirinya jika dia tidak dapat mengembalikan Khai yang dulu.

" Manja sayang saya ni.. Saya minta maaf ye saya penat malam ni tapi kalau awak nak awak boleh jadi top "
Daniel mendongak. Mula dah otak kuning dia. Daniel menghalang tangan Khai yang ingin membuka zip seluarnya.

" Bukan itula maksud aku. Kau dengan otak kuning kau berpisah tiada eh? Aku peluk kau bukan sebab- sebab aku nak kau. Aku cuma.. sedih. Disebabkan aku, kau terseksa sebelum ni. Aku nak minta maaf. Aku tak patut tinggalkan kau dulu "

Khai mengukir senyum. Dia menarik Daniel ke dalam dakapannya.

" Apologize accepted, Mrs Khairul Adler ," balas Khai sambil memeluk pinggang Daniel bersama senyuman di bibir.
" Babi kau " Daniel memukul dada Khai membuatkan Khai ketawa.

~~
Keesokan paginya, Khai tersedar daripada lena apabila tidak merasakan haba tubuh Daniel di sisinya. Dia meraba-raba di sebelah lalu bangkit.

Mana? Mana dia? Dah balik ke? Kenapa tak kejut aku? Daniel.. Jangan tinggalkan-

Khai kaku. Dia lantas memeluk Daniel erat. Jujur jantungnya berdegup laju memikirkan bahawa Daniel akan tinggalkan dia lagi.

Surprisingly, Daniel tidak melatah. Ini Daniel la apa barang melatah ni? Tak macho langsung bagi seorang Daniel Harith.

" Rimas la Khai. Lepaskan aku sebelum aku tendang lato-lato kau "

Lain macam ayang aku.. Semalam bukan main kuat peluk orang..

Khai memerhati gerak-geri Daniel yang sibuk memasak dari kitchen island. Dia tidak tahu Daniel pandai memasak sebelum ini. Rasa teruja pula ingin merasa air tangannya.

" Khai, kau ada nampak telefon aku tak? Dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa "
" Ada. Saya simpan kat laci dalam bilik "
" Kau pergi ambik sekarang. Sesuka hati mak bapak dia je main telefon orang "
" What's the word, baby? "

Daniel menoleh. Ada juga yang makan sudip pagi-pagi ni.

" Takde what's the word baby, babi. Kau pergi ambik sekarang! "
" Yela yela. Garang tapi manja atas katil.. ," seloroh Khai separuh berbisik pada ayat terakhir.

" KHAIRUL ADLER!! "
" Okay boss! ."

Daniel memeriksa telefonnya yang dipenuhi mesej-mesej daripada Ryan. Dia melirik Khai di bahunya dan melarikan pandangan apabila mata mereka bertembung. Khai tersenyum menahan tawa kerana kecomelan Daniel ini. Ingin saja dia menggigit bahu Daniel itu.

" AH! " Hm dah cakap dah tadi.
" Sorry sorry awak comel sangat saya geram " Khai meraba perlahan bahu Daniel yang digigitnya tadi.

Ryan Slut

korang gi mana dohh
sampai hati tinggalkan kitorang
kalau nak fly bagitahula bodo! buat risau je
si zarif hampir call polis risaukan khai tau tak!

sorryla mana aku tahu
khai nak culik aku hari tu

bontot kau okay tak?

sibuk dgn bontot orang kau
urus tu zarif 😺

orang risaukan dia, dia
bagi tai pulak eh?
hubungan korang dah alright ke?

hm

mujurlah korang dua dah okay, lega aku tak kena hadap an emo Daniel dah 🥰

🖕🏻🖕🏻

Daniel melemparkan telefon dan melangkah ke dapur untuk menghidangkan makanan. Sejuk dah makanan tu. Terpaksa kena panaskan balik.
Khai tidak terkata merasakan masakan Daniel. Dia tidak henti kata sedap sehingga naik darah Daniel.

" Ye ye aku tahu makanan tu sedap. Telan je la tak payah banyak mulut ," seloroh Daniel geram. Let me enjoy my food in peace, Khairul!

" Biarla saya nak puji. Air tangan awak kot. Lagipun ni first time saya makan masakan awak. Daniel, saya sorang je boleh makan masakan awak, jangan bagi orang lain tau ," balas Khai tegas pada akhir ayat bersama senyumannya yang sentiasa lebar. Nampak manis di mata Daniel ehem walaupun ayat itu berbunyi sus.

Khai menolong Daniel mengemas meja makan kemudian ke ruang tamu untuk menyiapkan beberapa kerja dalam laptop.

" Khai hantar aku balik. Esok dah masuk kerja ," minta Daniel menghampiri Khai yang sedang menaip di hadapan laptop Apple di ruang tamu.
" Balik where? This is your home sayang "
" No ni bukan rumah aku. Rumah aku kat Shah Alam sana, sini KL "

Khai menanggalkan kaca mata dan membawa Daniel ke dalam dakapan. Dia sudah matang dengan sikap Daniel. Apabila Daniel emosi, pelukan hangat adalah jawapannya.

" Awak tak nak tinggal dengan saya ke? Awak tak risau kalau saya keseorangan? Kalau saya rindu awak macam mana? Kalau Kyro muncul lagi macam mana? ," duga Khai merabakan kepalanya ke perut rata Daniel.

" Biar Kyro muncul. Yang penting sekarang aku nak balik! " Rambut Khai ditarik kerana itu adalah kelemahan Khai sejak sekolah menengah lagi. Permainan tarik rambut itu memang kepakaran Daniel.

" AGH sakit sakit.. Okay saya hantar awak balik. Lepaskan rambut saya.. ," rayu Khai memegang kemas tangan Daniel yang menggenggam erat helaian rambut.

Selepas itu, dengan berat hatinya, Khai menghantar Daniel pulang. Dia sempat memberikan kucupan terakhir di bibir Daniel sebelum pergi. Daniel melihat kereta Khai meluncur pergi dengan ekor matanya sebelum melangkah ke lif.

TBC

CINTA MENJADI OBSESI (Slow Update)Where stories live. Discover now