Bunyi notifikasi daripada telefon membuatkan Daniel berhenti ketawa lalu membuka peti mesej.Assalamualaikum
Is this Daniel? Ini mama Khai
Mama nak jumpa kamu malam ini boleh?Waalaikumussalam, sure aunty.
Ada apa aunty nak jumpa saya tetiba tu?Nervous pulak dibuatnyaPanggil aunty mama je Daniel
Mama nak bagitahu kamu tentang Khairul
Nanti mama send location tau
Pada malam itu, Daniel buntu. Dia tidak tahu bagaimana ingin meminta izin Khai untuk keluar malam. Khai sendiri tidak keluar lewat malam. Mesti dia akan tanya macam-macam.Pintu bilik ditutup rapat.
" Kenapa tak tidur lagi ni? ," soal Khai meletakkan cermin mata di atas meja. Dia melirik Daniel yang berdiri di hadapannya, seperti patung." Umm awak.. awak hensemlah malam ni.. "
Ha sudah kena sampuk apa Daniel ni sampai puji aku macam tu?
Khai ketawa sambil menekup mulut apabila Daniel menghampiri dan melutut di sisinya.
" Awak? Sejak bila awak awak ni? Mesti ada apa-apa. Cakap jelah.. " Daniel menggigit bawah bibir lalu melarikan pandangan ke bawah, gerun melihat mata tajam itu.
" Aku- "
" Eh 'aku' pulak dah..? ," usik Khai sambil mengusap rambut Daniel.
" Ishh ak- saya.. saya... haihh saya nak keluar malam ni boleh? "
Serentak tangan Khai kaku di udara." Keluar malam-malam macam ni? Nak pergi mana? Bahaya tau tak? "
Aku dah agak dia tak bagi.
" Tapi- "
" Tak boleh. Saya tak benarkan awak keluar " Khai menarik selimut ingin menutup mata.
" Alaa sekejap je. Saya janji akan balik sebelum pukul 12 malam " Daniel duduk di birai katil sambil menarik-narik selimut Khai.Khai mengeluh. " Biar saya temankan " Khai bangkit dari katil sebelum dihalang Daniel.
" Eh tak payahla! Maksud saya, saya boleh naik teksi je ," halang Daniel memegang kemas hujung bajunya. Kelakuan Daniel pada malam itu semakin membuatkan Khai mencurigainya.Dia menarik Daniel ke atas riba.
" Bagitahu saya cepat awak nak pergi mana malam ni? Kenapa saya tak boleh temankan awak? Awak nak kena rogol dengan saya ke? " Tangannya mencengkam pinggul Daniel. Dengan lembut pun dia keras kepala, kita bagi cara kasar sikit.Shit. Sejak bila dia dah pandai cakap benda pelik ni.. Kyro tak guna.
" Saya nak keluar jumpa kawan lama. Kalau awak ikut nanti awak mengantuk " Ah boleh pakai ke alasan tu? Mamposs gi laa.
" Kawan lama yang mana satu ni? Kawan awak Ryan sorang je Daniel. Awak jangan nak tipu saya eh. Cakap betul-betul awak nak keluar jumpa sape malam-malam ni? " Suara Khai mula berubah intonasi kerana barannya semakin menipis. Dia paling tak suka kalau kesayangannya menipu.
" Ada la kawan lama masa.. sekolah rendah! Ha awak bukan kenal pun.. Boleh ye saya nak keluar kejap je. Tak lama pun.. ," rayu Daniel lagi masih tidak mahu mengalah. Egonya pada malam itu memang tercalar habis. Memang bukan style dia 'awak' 'saya' sebegitu.
Kyro: Tipu. Tipu. Tipu.
Khai: Diam lahanat!" No means no! Saya tak benarkan. Either saya temankan awak or no. "
Daniel mengetap gigi. Kalau boleh nak tumbuk je muka hensem tu. ISHH GERAMMNYE AKU!
Tangan kecilnya menggenggam baju Khai, geram.
" Fine! Kau boleh ikut. Cepatlah dia dah tunggu! ," ujar Daniel kasar sambil melangkah keluar. Haih hilang sudah panggilan manja yang keluar dari bibir kecil itu, desis hati Khai.
YOU ARE READING
CINTA MENJADI OBSESI (Slow Update)
Teen Fiction❗❗CERITA INI MENGISAHKAN DUNIA GAY. HOMOPHOBIC? PLEASE LEAVE 😊 HANYA 18+ DIBENARKAN❗❗ Mengisahkan hubungan dua orang lelaki, Daniel dan Khai yang saling mencintai antara satu sama lain. Namun, cinta tersebut telah memakan diri Khai membuatkannya h...