" Aku nak jumpa Daniel "
Ketua kelas 5 Nilam mengecilkan badan takut melihat Khai dan membalas, " Daniel tak datang sejak minggu lepas. Guru kelas cakap dia dah berhenti sekolah ."Khai mengetap gigi geram. Sudah masuk seminggu lebih dia tidak bertemu dengan Daniel sejak kejadian itu. Dia juga baru keluar hospital kerana keinginan membunuh diri. Pergelangan tangan kirinya yang berbalut itu adalah bukti.
Kemudian, Khai mengatur langkah pergi selepas menjeling tajam ketua kelas itu." Khai kau dah makan belum? Jom aku belanja kau ," ujar Zarif prihatin terhadap sahabatnya yang menghampiri. Khai menekup kepala ke meja dengan lemah.
" Aku rindu dia Rif.. aku rindu sangat-sangat.. dia tak rindu aku ke.. ," rintih Khai perlahan. Zarif hanya diam, tidak tahu ingin membalas apa sebaliknya dia mengusap bahu Khai perlahan." Kau dah cuba pergi rumah Daniel? "
" Dah. Jiran dia cakap dia dah pindah. Macam mana kalau aku takkan jumpa Daniel lepas ni? Rif.. aku takut.. " Zarif terus memeluk Khai. Dia turut bersimpati atas masalah sahabatnya itu." Eh abang Khai couple dengan abang Zarif pulak ke? Bukan ke abang Khai couple dengan abang Daniel? ," duga junior tingkatan 4 itu.
" Diorang dah break kot ," tambah kawannya lagi. Mereka ketawa sindir.Khai mendongak dan berdiri. Dia melayangkan tumbukan kepada mereka berempat itu. Tidak cukup dengan tumbukan, tendangan pula dilayangkan. Amarahnya memuncak ingin meletop.
Memang teruk budak-budak junior itu dibantai oleh Khai di padang sekolah. Kekuatan Khai tiada tandingan dengan mereka berempat. Zarif hanya memerhati dari jauh tidak mahu masuk campur.
Apabila melihat mereka berempat pengsan, Zarif memegang Khai. " Dah wey ."" FUCK!! DISEBABKAN LAHANAT MACAM KORANG NI DANIEL TAK NAK JUMPA AKU! SIALL!! " Khai sempat menendang perut mereka sebelum beredar pergi. Baju birunya sudah tidak terurus. Tali leher yang longgar itu dibuang begitu ke tanah. Etika pemakaian sebagai seorang ketua pengawas dan ketua pelajar tidak lagi dihiraukan. Dia sudah tidak kisah tentang semua itu.
Malangnya, terdapat pelajar yang melihat pergaduhan di padang dan telah mengadu kepada pengetua. Khai terpaksa ke pejabat sekolah dengan malas. Mukanya kosong tiada reaksi apa-apa. Dia membuka pintu pejabat sekolah tanpa mengetuk. apabila ketua pengawas memberontak.
" Kamu tahu kenapa kamu di sini Khairul? ," soal pengetua.
" Sebab kau panggil "
Pengetua menarik nafas dalam. Dia tidak percaya Khairul Adler yang peramah dan sopan adalah Khairul Adler yang sama di hadapannya sekarang." Khairul kenapa kamu pukul budak tingkatan 4 tu? Kamu tahu diorang dirawat di hospital sekarang ni? Kalau mereka cedera parah saya nak jawab apa dengan parents diorang? Ini ke ketua pelajar yang saya harapkan sebelum ini? Saya kecewa sangat dengan kamu Khairul "
Khai ketawa perlahan.
" Aku tak hamak pun gelaran ketua pengawas dan ketua pelajar tu. Kau yang pilih aku bukan aku yang nak. Budak-budak hingus yang dah terlantar kat hospital tu aku doakan diorang mamposs terus!! Selagi diorang tak mati aku takkan duduk diam!," melangkah keluar sambil menghempas pintu.
" KHAIRUL!! "
Pengetua mengeluh perlahan. Dia sudah membuat keputusan yang salah dengan mempercayai Khai.Khai menapak ke kelasnya. Dia masuk ke kelas menghiraukan cikgu yang sedang mengajar di hadapan. Bebelan daripada cikgu itu dihiraukan sebaliknya dia menekup kepala ke meja. Jujur dia penat.
Keesokannya, hangat berita tentang empat orang budak tingkatan 4 telah meninggal dunia akibat kecederaan yang parah di bahagian kepala akibat dipukul Khai. Sejak hari itu Khai dipulaukan oleh satu sekolah. Gelaran sebagai ketua pengawas dan ketua pelajar juga telah dipindahkan kepada pelajar lain. Zarif turut meletakkan jawatannya sebagai penolong ketua pengawas sekolah dan hanya menjadi pengawas sekolah biasa seperti Khai.
Masih ada guru-guru yang prihatin dengan masalah Khai dan membiarkan Khai menjadi pengawas sekolah yang tidak mempunyai jawatan khusus.
Sebuah keluhan berat dilepaskan. Khai merenung mesej-mesej yang dihantar kepada Daniel. Mesej-mesej itu hanya dibaca tetapi tidak berbalas. Walaupun dia setuju untuk memberikan masa tetapi penyesalan menghantuinya sedikit demi sedikit. Dia tidak tahu Daniel akan mengelak daripadanya sehingga begitu sekali.
Kalaulah aku tahu akan jadi macam ni.. dari mula lagi aku kurung dia dalam rumah..
Krak! Kukunya mengalir darah pekat akibat digigit tadi.
Khai menghiraukan rasa sakit itu dan terus merenung gambar Daniel di skrin telefon.
Saya rindu awak.. sayang..." Daniel.. jom makan. Abang masak favourite adik, ayam masak merah ," ujar Danish cuba memancing selera Daniel. Tubuh Daniel kurus. Lelaki itu tidak makan sudah beberapa hari. Dia asyik merenung langit di luar kondominium.
" Adik tak tahu perpisahan rasa pedih macam ni.. abang rasa dia sihat tak kat luar sana? Dia.. rindu adik tak? " Daniel memeluk lututnya sambil merenung langit mendung seperti ingin hujan.
Danish tidak membalas. Dia tidak tahu ingin membalas apa." Jom makan " Danish memimpin pergerakan Daniel ke meja makan. Dia memerhati setiap suap Daniel makan. Jujur dia sangat risau dengan keadaan Daniel sekarang. Sekarang dia tahu betapa istimewanya Khairul dalam hidup adiknya itu.
Tiba-tiba loceng apartment berdering. Danish melangkah untuk membuka pintu.
" Hai dani " Ariq mengukir senyum lalu mendakap Danish.
" Rindu saya ye? "
" Ye rindu sangat-sangat! " Ariq mengucup dahi dan pipi Danish manja." Uhuk uhuk excuse me lovebirds. Artis nak lalu ni. Nak berdrama pergi dalam bilik hmph " Ryan berkata sambil merempuh bahu abangnya dan melangkah masuk.
" Budak ni- " Danish memegang lengan Ariq." DANIEL!! AKU RINDU KAU GILE! I MISS YOU! NEOMU BOGOSHIPO!! " Ryan mendakap erat Daniel. Si yang dipeluk diam tidak terkutik. Matanya kosong seperti mayat hidup.
" Shit kurusnya kau. Kau okay tak ni? Asal nampak macam tak happy je tengok aku? ," duga Ryan sambil memeriksa lengan Daniel yang kecil itu." Aku rindu kau jugakla.. Sorry aku termenung tadi " Daniel tersenyum tawar. Dia cuba mengukir senyum untuk sahabatnya seorang itu.
" Takpe tak kesah. Walaupun kau dah berpisah dengan dia, kau kena tahu ada orang lain yang sayangkan kau dan risaukan keadaan kau. Macam aku? Aku kan boleh teman kau dan bantu kau move on? " Ryan memujuk Daniel sambil mengusap bahunya.Danish yang melihat dari jauh merenung lantai. Dia menggigit bawah bibirnya kerana rasa tidak berguna. Dia yang seharusnya berada di tempat Ryan sekarang, memujuk Daniel.
" Abang jenis apa saya kan? Nak tolong adik sendiri pun tak boleh.. " Ariq membawa Danish ke dalam dakapannya. " You already tried your best sweetheart.. I'm proud of you " Dahi Danish dikucup perlahan." Kau nak tahu pasal dia tak? "
Daniel bermain tangannya. Dia tahu 'dia' yang dimaksudkan Ryan adalah Khai. Melihat Daniel tidak membalas, Ryan mula bercerita." Khai memberontak. Lepas dia tak datang sekolah seminggu lebih orang lain terus tak cam dia. Khai jadi orang lain. Dia merokok, ponteng kelas dan lebih teruk pukul budak junior sampai meninggal budak-budak tu. Aku pelik cikgu masih tak buang tittle pengawas sekolah si Khai tu. Satu sekolah pulaukan dia tak termasuk aku dan Zarif la. Kesian aku tengok keadaan dia sekarang Daniel "
Daniel hanya mendengar dalam diam. Bukan dia sahaja yang terseksa malah Khai juga.
" Kenapa dia tak datang sekolah banyak hari? "
Ryan menarik nafas dalam sebelum membalas,
" Suicide attempt ."
Daniel menelan air liur. Lelaki tu memang dah gila la.TBC
YOU ARE READING
CINTA MENJADI OBSESI (Slow Update)
Teen Fiction❗❗CERITA INI MENGISAHKAN DUNIA GAY. HOMOPHOBIC? PLEASE LEAVE 😊 HANYA 18+ DIBENARKAN❗❗ Mengisahkan hubungan dua orang lelaki, Daniel dan Khai yang saling mencintai antara satu sama lain. Namun, cinta tersebut telah memakan diri Khai membuatkannya h...