Beberapa hari kemudian, Ryan membawa Daniel keluar jalan-jalan di kompleks membeli-belah yang terdekat untuk menghiburkan Daniel kembali. Dia sedar yang Daniel kembali despressed seperti dahulu akibat Khai, si tak guna tu. aku pulak yang emo ni eyy
"Senyum la wey.. Aku sedih tengok kau dah jadi macam dulu , " ujar Ryan menyapa bahu Daniel seketika memberikan dia semangat. Daniel seperti mengelamun, hilang dalam fikirannya sendiri. Dia faham Ryan ini. Satu-satunya kawan baiknya sejak dari sekolah menengah lagi. Memang dia faham apa yang Daniel rasa. Nak menipu pun Ryan dapat tahu sekilas pandang je.
"Salah aku ke Khai tak nak contact aku. Aku dah cuba explain tapi dia tak nak dengar. Dah cakap dah kitorang takde buat ape ii pun malam tu.. ," rintih Daniel sambil menyedut minuman yang dipesannya tadi. Ryan ingin bertanya lebih tentang apa yang jadi sebenarnya tapi dia simpan. Fikiran Daniel sekarang tengah serabut. Tak nak serabutkan lagi otak dia.
" Apa kata korang break up je? Aku bukan tak support relay korang tau tapi aku sedih tengok kau penat fizikal dan mental dengan Khai. Makin lama aku tengok makin gila pulak dia. Ingat ke dah baik lepas jumpa hari tu ," seloroh Ryan. Daniel pantas menggelengkan kepalanya. Walaupun Khai tu ada perangai gila ii dia dan Daniel agak serabut, dia tak nak putuskan hubungan ni. Di sudut hatinya, dia ingin bersama dengan dengan Khai sampai akhir hayatnya.
"Betul apa yang dia cakap tu"
Suatu suara daripada belakang Daniel berkata. Terhenjut badan Daniel merasakan susuh tubuh tinggi di belakangnya. Suara ni macam...
Ryan mengerutkan dahi, tidak mengenali susuk tubuh lelaki itu. Agak tinggi seperti Khai, berbadan sasa, hidung mancung dan rahang yang tajam. Hm Zarif lagi hensem la tapi. menyempat
Zikry mengukir senyuman di bibir. Dia mengambil tempat di sebelah Daniel.
"Encik Zikry buat apa kat sini? ," soal Daniel gementar apabila gerangan boss nya di situ. "Dah cakap kan panggil aku Zikry je luar tempat kerja. Tak faham eh? ," duga Zikry menongkat dagunya dengan tapak tangan di meja merenung wajah cantik Daniel membuatkan empunya tidak selesa. Ryan memandang mereka berdua dengan penuh kerutan di dahi.
"Tak nak kenalkan ke? ," Zikry mengerling ke Ryan dan Daniel bersilih-ganti menunggu Daniel memperkenalkan dirinya. "Oh um ni Encik Zikry, boss office aku. Encik Zikry ni kawan saya, Ryan ," ujar Daniel tersenyum kelat. Seriau nokk tibe boss join lepak pulakk..
Zikry tersenyum dan mengangguk ringkas ke arah Ryan. Ryan membalas dengan renungan gatal. Hensem jugak boss Daniel ni. abe hot~
Senyuman gatal mengukir di bibir merah Ryan. Dia merenung Zikry atas bawah. "You single ke? ," seloroh Ryan dengan tak malunya lepas tenung orang macam nak makan tadi. Zikry membalas dengan senyuman sopan, tidak terkilan dengan soalan gatal Ryan itu. "Actually, I am. But hati I dah diambil someone special dah ," balas Zikry merenung Daniel lama. Daniel berdehem, awkward. Boss dia ni ada DID tahap 4 ke. Sejak dia tahu hubungan aku dengan Khai, berubah terus perangai. Dari yang garang jadi soft-spoken matt
"If you maksudkan Daniel, sorry eh Daniel dah berpunya. I je belum lagi tauu. Kalau nak merisik, nanti I hantar location ," ujar Ryan gedik sempat mengenyitkan sebelah matanya.
Entah apa perasaan Zarif dapat tahu Ryan sebegini rupa di belakangnya. Alamatnya 7 hari 7 malam la buat anak.
"Woi kau sedar diri sikit eh kau dah berpunya. Nak aku call Zarif sekarang ke? Biar dia jolok pantat kau 7 hari 7 malam? ," duga Daniel geram dengan si gatal Ryan ni. Dia lantas menutup mulutnya dengan telapak tangan, terlupa bahawa ada orang ketiga di situ. Alamak lupa pulak boss ada sebelah... Minumannya disedut dengan gementar.
"Janganla ko ni tak fun langsung hmph! ," Ryan membalas dengan menaikkan biji matanya ke atas, menyampah. Bukan dia tak tahu, si Zarif tu kalau marah or jealous 2 kali 5 je mengamuk macam si Khai. Memang sesuai sangat berkawan dua orang itu.
Zikry terkilan dengan ayat Daniel lantas ketawa perlahan. Lucu. Tak sangka muka semanis itu berbicara sebegitu rupa hiks
"Encik Zikry buat ii tak dengar je eh apa saya cakap tadi. Lupakan je. Kitorang memang macam ni ," seloroh Daniel menyorokkan rasa panik dengan tersenyum. Habis la nanti aku kena usik kat office. "It's fine. Aku faham. Comel je friendship korang eh. Actually aku nak jumpa kau sebab nak minta maaf pasal hari tu. Ye la malam ii datang rumah kau dengan serabai macam orang gila tepi jalan pastu sebabkan aku Khai mengamuk malam tu. Aku minta maaf ," Zikry berkata dengan nada serius. Daniel terdiam, tidak sangka Zikry akan meminta maaf.
"Jadi kau la dalangnya eh??? ," kolar shirt polo Zikry digenggam Ryan sehingga empunya mendongak sedikit dari tempat duduknya. Zikry memegang muka kosong walau dalam hatinya terkejut dengan tindakan spontan Ryan. "Whoa chill.. Aku dah minta maaf kan? ," balas Zikry. Tiada lagi nada sopan santun dalam percakapannya. "Kau pikir dengan maaf je boleh betulkan balik hubungan diorang ke? Kalau macam tu tak payah ada undang-undang la! Maafkan je senang kan? Yang kau benak ubi pergi rumah dia malam ii buat apa??! Takde adab ke? ," balas Ryan geram mencengkam kuat kolat shirt polo Zikry. Rasa ringan je penumbuk ni. Laki ni memang punca la. Elok ii Khai dengan Daniel berbaik dah gaduh balikk. Panas panas
Mata-mata dari kedai itu mula melihat kejadian di situ dengan rasa ingin tahu.
"Ryan dah weyy. Kita kat public ni gilee," lantas Daniel meleraikan cengkaman Ryan di kolar Zikry. "Saya maafkan Encik Zikry. Benda dah jadi tak boleh nak rewind balik ," sambung Daniel lagi memegang senyuman manis. Zikry membalas dengan senyuman lebar. "Thank you ," Zikry mengelus perlahan pipi gebu Daniel membuatkan telinga Daniel kemerahan. Ryan yang menjadi saksi di situ merenung lama Zikry. Baik jugak kalau Zikry ni gantikan tempat si gile Khai tu. Nampak macam greenflag (or not?)
Telefon Daniel bergetar menandakan mesej masuk.
𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐝𝐥𝐞𝐫
Where are you?
Daniel tergamam. Khai mesej dia??? Khai dah tak marah ke.
Aku otw rumah kau.
Terbangun Daniel dari kerusinya, terkejut. "Aku kena balik! ," memandang Ryan sekilas dan menggalas begnya. " Kita jumpa di office nanti, Encik Zikry. Bye," laju Daniel keluar dari restoran itu meninggalkan mereka berdua yang tidak sempat menyanyakan apa-apa.
~~~~~
Daniel mengambil nafas dalam kepenatan berlari dari keluar kereta ke lif dan menuju ke pintu rumahnya. Kakinya kaku di situ tidak jauh dari pintu. Dia memandang susuk tubuh tinggi itu yang sedang menyandar di sebelah pintu.
"Khai.. aku rindu k- "
"Buka pintu"
Potong Khai laju memandang tajam Daniel yang kaku di situ. Daniel menahan air matanya. Sakit gile. Laki yang cintakan kau gile ii sebelum ni boleh treat kau macam stranger macam tu je....
TBC
ehem ehem ZikryXDaniel anyone??? Adakah KhaiXDaniel akan berakhir? We'll see~~~
YOU ARE READING
CINTA MENJADI OBSESI (Slow Update)
Novela Juvenil❗❗CERITA INI MENGISAHKAN DUNIA GAY. HOMOPHOBIC? PLEASE LEAVE 😊 HANYA 18+ DIBENARKAN❗❗ Mengisahkan hubungan dua orang lelaki, Daniel dan Khai yang saling mencintai antara satu sama lain. Namun, cinta tersebut telah memakan diri Khai membuatkannya h...